Search This Blog

Info : Khasiat Epal Hijau


Hari ni, Mya nak kongsikan khasiat epal hijau yang mungkin ramai sudah tahu. 
Buahan ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan kerana mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh, seperti zat besi, magnesium, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, B dan C serta serat mudah larut yang lain.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, anda boleh kisarkan buah epal ini dan meinum jusnya setiap pagi. Ia boleh membantu membersihakn usus dan membuang toksin dengan pantas. Zat masamnya pula merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Nmaun, kurang digalakkan buat pesakit gastrik.

Khasiat lain :
♀ Menghalang pertumbuhan plak kolestrol dalam dinding saluran darah.
♀ Membantu menguatkan fungsi peparu.
♀ Mengekalkan berat badan.
♀ Mengurangkan risiko penyakit barah
♀ Elok dimakan selepas memakan makanan segera.
Supaya dapat menyeimbangkan zat dan mengurangkan lemak dalam badan

Jadi, jom kita amalkan tip-tip pemakanan sihat untuk kesihatan tubuh yang lebih baik. Mya akan kongsikan tip-tip lain akan datang.
Terima kasih kerana sudi baca.

XOXO

Kuiz/Trivia : Adakah anda seorang 'KEPOHCI' ?

Adakah anda seorang #kepohci atau jenis tidak ambil peduli?


1) Rakan kamu tertinggal telefon mereka sewaktu di perpustakaan, adakah kamu akan menggunakan peluang itu untuk melongkar telefon rakan kamu?
a) Ya. waktu beginilah saya boleh tahu siapa teman istimewanya
b) Tidak. saya tidak berminat
c) Mungkin. jika telefonnya asyik berbunyi

2) Pernahkah kamu mencuri dengar perbualan orang lain?
a) Ya. lebih-lebih jika orang itu menarik perhatian saya
b) Tidak. Buat apa mahu menyibuk?
c) Kadang-kadang. jika orang bercakap dengan kuat di tempat awam

3) Pernahkah kamu digelar #kepohci oleh kawan-kawan sebelum ini?
a) Ya. kerana saya mengetahui semua gosip terkini
b) Tidak. tidak berminat dengan gosip langsung
c) Kadang-kadang. Saya hanya mengambil tahu gosip mengenai perkara tertentu sahaja

4) Adakah ibu bapa kamu menasihati kamu supaya jangan mencampur urusan orang lain?
a) Banyak kali. Terutama di kenduri apabila ibu bapa sedang berbual dengan saudara.
b) Tidak. Saya lebih suka buat hal sendiri
c) Kadang-kadang. saya hanya turut serta jika ada kaitan dengan diri saya

5) Pernahkah kamu mencelah di dalam perbualan orang lain?
a) Banyak kali. saya suka berkongsi pendapat saya walaupun tidak ditanyakan kepada saya
b) Tidak. Saya tidak ambil peduli.
c) Kadang-kadang. Jika keadaan memerlukan sahaja.

6) Adakah kamu mengetahui kisah semua orang di sekeliling?
a) Ya. Malah kisah ahli keluarganya
b) Tidak. saya tidak ambil tahu mengenai mereka
c) Hanya mereka yang rapat sahaja

7) Pernahkah kamu mengintip seseorang?
a) Ya. terutama seseorang yang saya suka
b) Tidak. rasanya tidak perlu
c) Kadang-kadang. Jika keadaan memerlukan. Adakalanya saya masih ingin tahu

-
-
-

BANYAK A
Anda memang #kepohci tegar! Semua cerita sensasi kamu tahu. Jika ada gosip panas, anda pasti tidak mahu terlepas dari mengetahuinya. Mungkin ada baiknya jika dikurangkan sedikit sikap anda yang sebegini. Mungkin ada antara rakan anda yang tidak mnyenanginya. Jika kena kepada anda, anda juga sebegitu, bukan?

BANYAK B
Anda memang tidak ambil peduli mengenai apa yang berlaku di sekeliling anda. Anda lebih suka buat hal sendiri dan ini membuatkan anda menjadi 'loner'. Mungkin sesekali anda patut bergaul dengan orang lain juga supaya tidak digelar katak bawah tempurung.

BANYAK C
Sikap anda neutral. Ada masanya anda menjadi seorang #kepohci, ada masanya anda suka menghabiskan masa dengan perkara lain. Kamu hanya ambil tahu hal-hal mengenai orang yang rapat dengan kamu sahaja.

Sumber: Majalah Dara.com

Habbatus Sawda 2-in-1 Shampoo : Rawatan Rambut secara Menyeluruh

Siapa ada masalah rambut gugur dan kulit kepala gatal macam Mya dulu-dulu? Meh rapat ke sini sebab Mya nak beritahu pasal syampu Habbatus Sawda 2-in-1 daripada Nurraysa Beauty ni. Serius ke berkesan? Serius ni. Bak kata Phua Chu Kanglah kan, don't play-play! Yang paling Mya suka sebab dia dah gabungkan sekali conditioner dalam syampu Habbatus-Sawda 2-in-1 ni. Memang kena sangat dengan Mya yang pemalas ni. Memang bukan style Myalah nak sapu conditioner lepas syampu. Remeh sangat rasanya.


Habbatus Sawda 2-in-1 Shampoo : Rawatan Rambut secara Menyeluruh


Bukan sekadar rawatan kelemumur dan kulit kepala gatal sahaja, tau. Bila pakai syampu dari Nurraysa Beauty ni, kepala jadi lebih ringan dan sakit kepala pun berkurang. Masalah migrain pun tidak selalu menjengah. To be honest, it's been a while since I last having migrain tahap nak guling atas katil.

Apa yang menarik pasal syampu ini ialah ianya menggunakan gabungan bahan semulajadi yang sangat membantu merawat rambut dari akarnya. Antara kandungan bahan yang ada di dalam formula syampu ini ialah:

Cuka Lemon : Mengurangkan kegatalan kulit kepala
Cuka Delima : Mencegah keguguran rambut
Minyak Habbatus Sawda : Meregenerasi rambut yang mula memutih
Kalsium Ikan : Membantu pertumbuhan rambut
Salicilic Acid : Mengurangkan kelemumur
Menthol Crystal : Memberi efek dingin pada kulit kepala
Betaine : Menguatkan akar dengan kandungan vitamin B

Ya, one of the important element yang membuatkan Mya pilih syampu ini adalah menthol crystal. Bayangkan dalam penat badan selepas balik kerja, kepala yang mula berat, dicuci dengan syampu Habbatus Sawda Nurraysa ni. Terus rasa segar dan sejuk aje. Dan yang paling utama, syampu ni bebas SLES yang berbahaya untuk kulit.


HARGA : RM 29.90 (semenanjung/sabah sarawak)
HARGA ASAL : RM 35.00 (semenanjung/sabah sarawak)

Whatsapp/call/message 017-5721620 (Mya) atau email mynurulatika@gmail.com untuk membuat tempahan atau mahu menanyakan maklumat lanjut.

Untuk lihat produk lain, klik di sini

Review Wayang : Lights Out


Tarikh Mula Tayang : 22 Julai 2016
Pengarah : James Wan 

Review Mya:
Mungkin ramai yang dah menonton filem ini di pawagam ketika ini. Tapi, Mya still nak share pendapat Mya as non-horror-movie-lover. Orang yang rapat dengan Mya know best yang Mya paling tak suka tengok wayang filem seram. Tak kira keluaran negara mana. 

TAK PUAS HATI!

Rasa macam sekejap sangat filem ini berakhir. Apatah lagi bila ada persoalan di akhir cerita yang tak berjawab. *Tapi orang lain macam tak ambil kisah dengan bahagian yang tak selesai tu.* 
Mya memang tak suka tengok filem seram di pawagam.
But this movie should be given an exception. 
*Walaupun sebenarnya Mya dipaksa ikut tengok.*

Bermula dengan makhluk misteri yang membunuh Paul di permulaan cerita, filem ini berkembang terus dengan satu demi satu misteri mengenai makhluk misteri bernama Diana. Memang tak ada satu masa pun yang dibazirkan. Tak ada lewah. Tak ada bahagian yang dibuat semata untuk memanjangkan cerita. Jadi, tak hairanlah kalau filem semenarik ini hanya berdurasi satu jam dua puluh minit . 

Mya mengaku, banyak elemen saspens yang buatkan Mya tersentak berkali-kali. Putus nafas sesaat pun ada. Maklumlah, Mya menonton wayang ni pada tengah malam dan hanya ada lebih kurang 12 orang di dalam cinema hall yang besar tu. 

I will not suggest this film to someone with fear of dark. 
But, you should try to fight your fear or you'll have to live with it forever.