Search This Blog

Review Wayang : Marvel's Doctor Strange

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

Maybe dah agak lewat pun untuk Mya review wayang kali ni. Tetapi, bagi yang meminati siri Marvel dan masih belum pergi menonton filem ini di pawagam, sila berbuat begitu segera sebelum terlewat. Terutamanya, yang merasa kecewa dengan filem Captain America : Civil War yang ditayangkan sekitar awal tahun ini.


Benedict Cumberbatch yang cukup terkenal dengan watak Sherlock Holmes telah dipilih untuk watak utama drama ini. I was puzzled masa tengok tajuk filem pada awalnya. Then, tak sampai 10 minit cerita bermula, dah faham kenapa tajuknya sebegitu *lain kali jangan culas baca komik*

Bagaimana seorang doktor neurology yang sangat berpegang teguh dengan fahaman logik dan hukum alam, akhirnya berubah menjadi seorang hero dan watak utama dan peperangan wizardry modern? Bagaimana pula dengan nasib dunia kemudiannya ? *ooppss, spoiler alert!*

Seperti kebanyakan filem Marvel lain, unsur jenaka kering dan sempoi jugak turut diselitkan. Bagi Mya, bagaikan satu kelainan luar biasa bila melihat Benedict membawakan watak ini. Nampak begitu bersahaja dan sebati dengan diri dia. *suka tengok dia dalam Sherlock Holmes* 
Sound effect, CGI dan segala jenis multimedia lain tak perlu diterangkan lagi. Kalau tak capai 5 bintang, bukan filem dari siri Marvel-lah namanya. 
Cuba bayangkan *bayangkan saja*
roh keluar dari badan, bumi berputar, bangunan bergerak dan lain lain lain.
*stop imagine!*

Perkaitan dengan The Avengers atau hero Marvel lain?
Jawapan yang tu, perlu dicari sendiri. Jangan risau, nanti akan diterangkan oleh supporting role *senyum senget* Tetapi, yang Mya boleh beritahu, tinggal satu lagi dari 6 batu infiniti *peminat Marvel pasti tahu* yang belum didedahkan.


Jadi, siapa yang belum tonton, jangan terlepas peluang. Memang boleh tengok secara haram, tetapi, perasaannya berbeza. Watch it and you'll know. 

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO.

Bawal Pucci Tia Lovely

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Terasa lebar je senyum hari ni. Mana taknya, barang yang Mya tunggu dah sampai . Ingatkan lambat lagi, sebab si penjual, schoolmate Mya sendiri beritahu yang koleksi terbaru ni belum release walaupun ura-uranya dalam masa terdekat. Beliau beritahu lagi, mungkin minggu hadapan baru start edar kepada pembeli. 

Dah sebab berkenan sangat dengan corak dan tudung bawal tu sendiri, Mya just agree to pay and wait.  Adatlah kalau barang preorder kan? Kalau tak boleh tunggu, jangan beli. So, with that mindset, Mya just anggap kalau nasib Mya baik, Mya sempat pakai untuk kenduri kawan Mya hujung minggu depan.

Tup-tup, kawan Mya beritahu yang barang dah delivered. Tunggu masa nak sampai kat tangan je. Rasa nak melompat je bila dapat tahu. Nasib baik tengah kerja. Nanti orang pandang pelik pulak.

Mya pilih Begonia Carnation
after berperang jiwa dengan dua design lain yang sama cantik.
Siapa yang taste sama macam Mya , pergilah usha dekat instagram Tia Lovely ni. Kalau tak rambang mata tu, tak tahu nak kata apalah. Sebab Mya yang malas bergaya ni pun jadi tak senang duduk tengok design dia yang cecantik semuanya.

Anyway stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

Mya & Photography

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Harap semuanya sihat-sihat belaka. Mya sejak kebelangan ni kurang quality sleep sebab sibuk sikit dengan kerja photo editing untuk job preconvocation photoshoot yang baru Mya selesaikan minggu lepas. Bukan sengaja abaikan masa tidur, tapi, Mya tak boleh tidur kalau tak hadap kerja tu dulu. Bila dah hadap, tak sedar jam dah masuk pukul 3 pagi . Bangun pagi, nak pergi kerja hakiki pulak .

Ada orang pernah tanya, bukankah penat kerja shoot gambar orang lepas tu kena edit bagai ? 
Kalau nasib baik, ada job masuk. Kalau tak, cuti hujung minggu habis dengan merenung ke luar jendela saja.

Sebenarnya, I really love this job. Walaupun asalnya Mya dari bidang lain. 
Mya tak dapat nak masuk bidang photography and belajar from basic sebab masa tu kewangan terhad. Jadi, Mya belajar dari kawan-kawan yang ambil bidang tu dan simpan dalam kepala 
*sebab masa tu tak ada duit nak beli DSLR*
Sebab, seronok sebenarnya berkongsi momen-momen bahagia dengan orang yang kita snap gambarnya. Bukan semata nak duit sahaja, ya? Muka happy dorang bila bergurau dengan pasangan, muka happy bila dorang sarung convo robe. Really made my day brighter.


Anyway, love what you do and do what you love might be different.
But, at some point, what really matter is you live your life to the fullest.
Stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO.

Header bertukar wajah

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Hari ini, setelah lebih setahun Mya menggunakan header yang sama,
akhirnya sudah bertukar wajah.
Dah banyak kali terfikir nak tukar, tapi bila masuk bab idea header baru je mesti sangkut.
Bila dah ada idea, editor pulak buat hal .
Nasib baik ada abang kesayangan yang tolong install semula Adobe Photoshop di laptop adik Mya.
Jadi, sempatlah Mya godek sikit lepas balik kerja malam tadi.

TQVM header lama :)

welcome header baru :D
Wah, berbunga-bunga!
Ada apa-apa ke ?
Saja tukar selera sikit .
Walaupun dah buang ayat 'blogger & forteenager in heart',
Mya masih seperti dulu *eh, termasuk tajuk lagu Forteen pulak*

Mana yang lebih menarik pada pandangan awak?
Yang lama atau yang baru ?
Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO.

Tips : Jimat Travel

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

Hari ni , Mya nak kongsi sikit beberapa tip atau rahsia 
untuk melancong dengan kos rendah, 
walau di mana sahaja destinasi pilihan awak.


1. Rancang destinasi pilihan
Pilih lokasi yang sesuai dengan bajet yang awak ada.
Baik dalam mahupun luar negara, pastikan bajet mencukupi untuk keseluruhan percutian,
dari pergi hinggalah pulang semula ke rumah.

2. Rancang bajet / penggunaan wang.
Bagi yang bercuti dengan pakej dari agensi pelancongan, awak biasanya tidak perlu bimbang mengenai bajet berlebihan yang terlampau. Ini kerana, jadual awak akan sedikit terikat dengan apa yang telah diaturkan oleh ejen. Bahkan, bagi sesetengah aktiviti atau lokasi terkenal, bayaran masuk / penggunaan telah dijumlahkan sekali dengan pakej yang telah awak pilih.

Bagaimanapun, jika awak pergi secara backpacking, potensi untuk berbelanja secara berlebihan adalah besar. Sebaiknya rancang dahulu lokasi tumpuan dan semak di Internet kos-kos tambahan yang mungkin ada. Tetapkan hanya 10-15% dari bajet untuk membeli-belah. Manakala 20-25% lagi adalah untuk kos pengangkutan. 30-40% selebihnya adalah untuk makanan dan tempat tidur. Baki dari bajet adalah untuk sebarang hal kecemasan yang mungkin berlaku.

Tidak perlulah awak cari hotel sehingga bertaraf lima bintang. Cukup sekadar tiga bintang untuk memastikan tidur awak selesa dan selamat tanpa gangguan. Ingat! Semakin tinggi taraf bintang, semakin mahal kos penginapan *#vacationhypothesis*

3. Keperluan vs Kehendak
Ini merupakan salah satu aspek penting ketika melancong. Ramai yang terlebih belanja apabila melancong hanya kerana tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.
Antara contoh paling jelas adalah makan dan membeli-belah. Mungkin benar awak mungkin tidak akan dapat mencuba yang sama di tempat lain. Namun, sekiranya bajet awak menyekat, jangan diturutkan kehendak, ya?

4. Melancong secara berkumpulan
Ada yang berpendapat, lagi besar kumpulan, lagi jimat. Kenyataan ini ada benar ada salahnya. Bilangan ahli kumpulan yang paling ideal ketika bercuti adalah antara 4-5 orang. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan penginapan dengan menempah bilik yang disertakan dua buah katil bersaiz queen ataupun sebuah katil bersaiz king dengan satu katil tambahan. Sekiranya anda menyewa kenderaan untuk memudahkan pengangkutan, bukankah jumlah itu sudah cukup selesa untuk sebuah kereta bersaiz mini ?

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

Travelog Mya : Taiping & Kuala Kangsar

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Bila sebut Taiping , pasti ramai akan terfikirkan Zoo & Night Safari , kan ? Jadi , short vacation kami bermula di sana .  Hampir satu jam setengah kami berada di dalam Zoo Taiping dan memerhati setiap haiwan yang ada .
Tiket : 
Dewasa RM 18.00
Kanak-kanak RM 8.00

 

Next , kami berehat makan tengah hari di Taman Tasik Taiping . Memang lokasi ini menjadi pilihan ramai untuk berkelah kerana keadaannya yang nyaman dan damai . Terdapat kaunter untuk Ride & Cruise bagi mereka yang ingin menaiki bot kayuh di atas tasik . Maaf , Mya tak dapat sediakan maklumat fee kerana Mya tidak sempat singgah di sana . Cuaca tengah hari yang masih panas menghalang niat Mya untuk menunggang bot kayuh di sana .



Lokasi ketiga , Muzium Perak . Mungkin ada yang bertanya , mengapa memilih untuk ke muzium ? Mya bukanlah seorang yang begitu mendalami sejarah . Tapi , Mya memang suka pergi ke muzium . Suka melihat idea asal kehidupan orang-orang di Malaysia sebelum menggunakan teknologi yang ada zaman ini .
Tiket
Dewasa (dgn MyKad) RM 2.00
Warga Emas RM 1.00

Kategori
Pameran Seni
Pameran Haiwan Darat
Pameran Haiwan Laut
Pameran Kebudayaan Melayu
Pameran Orang Asli
Pameran Kereta Antik ( luar muzium)



Disebabkan ini hanyalah short vacation , jadi , sebelum balik , kami singgah sebentar di Kuala Kangsar . Teringin mahu merasa laksa Kuala yang selalu disebut-sebut warga Kuala Kangsar sendiri . Memang memuaskan hati . Apatah bagi Mya yang memang sukakan laksa ni. Jadi , sangat disarankan singgah di pesisiran sungai Perak Kuala Kangsar dan cuba sendiri .