Search This Blog

Awas, Tekanan Darah Rendah!

Berbanding tekanan darah tinggi, masalah tekanan darah rendah kurang diberi perhatian.
Adakalanya, kerana bimbangkan masalah tekanan darah tinggi, kita akan berdiet dan terlalu berjaga-jaga dalam pemakanan. Namun begitu, ia mungkin mengakibatkan tekanan darah rendah.

Sama bahaya, sama mudarat!


Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah rendah atau istilah mediknya hipotensi adalah satu keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah dari kadar yang diperlukan,  mengakibatkan organ tidak mendapat aliran darah secukupnya. 

Tekanan darah normal  →  120/80 mmHg
Tekanan darah rendah  →  90/60 mmHg

Golongan yang mudah terdedah kepada tekanan darah rendah?

Tekanan darah dalam tubuh kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia, aktiviti harian, perasaan, ubatan dan infeksi. Pada usia 25 tahun dan kebawah, jangan hairan jika pakar perubatan memberitahu bahawa tekanan darah anda setinggi 110/82 mmHg adalah normal. Ini kerana di usia yang masih muda, kadar jantung anda mengepam masih terkawal. *I was panic bila tengok tekanan darah rendah but the doctor said that it's fine for someone in my age range*

Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah hipotensi adalah atlet dan pengamal diet. Pemakanan yang terkawal serta aktiviti yang terlalu berat boleh mengundang kepada masalah ini. Selain itu, ibu mengandung juga berpotensi untuk menghidap hipotensi kerana sistem peredaran darah yang berkembang, membuatkan tekanan darah mudah merendah.

Petanda awal tekanan darah rendah?

Petanda Tekanan Darah Rendah
→ cepat penat  → sukar fokus
→ pening kepala ketika mengubah posisi badan
→ pandangan kabur  → mual 
→ pucat dan lesu  → depresi  → cepat haus

Cara atasi tekanan darah rendah

 Makan lebih garam tetapi dalam kuantiti terkawal.
Takut jika berlebihan, akan mengundang masalah lain nanti!

♀ Minum lebih banyak air.
Lebih digalakkan untuk minum air yang mengandungi ORS.
Masih, awasi kadar pengambilan anda!

♀ Ubah posisi anda perlahan-lahan.
Tarik nafas panjang selama beberapa minit
sebelum mengubah posisi lebih membantu.

♀ Bersukan secara berpada.
Janganlah berlebihan sehingga menjejaskan diri sendiri.

http://myafarisha.blogspot.com/2016/11/diet-awas-tekanan-darah-rendah.html

Tekanan Darah Rendah

Day 6 : Random Post

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Disebabkan cabaran untuk hari ini adalah random post, Mya nak share happy moment semalam.
But first, let's give our cheer to newlywed Melly and Paan #meloffmarket.
Seronok berkumpul ramai-ramai di majlis resepsi Melly and Paan semalam. 
Betullah kata orang. Bila berkumpul ramai-ramai ni, satu je kesimpulannya.
Makin ramai, makin best, makin rindu.
Jam belum masuk hari baru pun masing-masing dah mengadu rindu.
Lama sangat tak jumpa and buat gila sama-sama.



Zaman sekolah memang best . Zaman degree pun . Tapi tak boleh lawan zaman diploma .
Overnight , lepak McD sampai pagi , mandi air terjun , berhimpit naik kereta Viva .
Rindunya zaman tu~

Review Wayang : Fantastic Beast and Where To Find Them

Assalamualaikun w.b.t

Hai semua

I just could not resist myself . Memang Mya dari kecil suka indulge in fantasy world . Kawan-kawan yang kenal Mya pun tahu Mya ni sometimes imagination tahap melampau tapi sedikit sebanyak benda tu membantu Mya move on after every downs came into my life . So, after Mya berikan tiket percuma tayangan ekslusif tajaan Media Prima kepada kawan baik Mya macam yang Mya ceritakan dalam entri sebelum ini, I decided untuk pergi tonton filem terbaru hasil rekaan J.K. Rowlings sendiri di pawagam terdekat .


Berlatarbelakangkan bandar New York lama , Newt Scamander melawat bandar itu dengan alasan mahu mendapatkan hadiah istimewa yang hanya ada di sana. Entah di mana silapnya , kekecohan mula berlaku apabila dia terbawa seorang No-Mag *a.k.a Muggle dlm versi Harry Potter* dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan salah seekor beast jagaannya.

Disebabkan masalah itu juga, dia akhirnya ditangkap oleh seorang pegawai MACUSA . Tanpa disangka, masalah demi masalah mula timbul dan kekecohan di dalam bandar New York semakin menjadi-jadi. Kematian No-Mag , kemusnahan bandar dan pelbagai lagi.

Penggunaan spells yang biasa digunakan di dalam siri filem Harry Potter sebelumnya sedikit mengujakan . Pun begitu , kewujudan beasts di dalam filem ini lebih mengujakan . Kagum rasanya dengan daya imaginasi J.K. Rowlings yang sangat tinggi namun bersahaja ini . Watak Newt Scamander ini sememangnya layak dibawakan oleh Eddie Redmayne . Terasa setiap elemen imaginasi yang ada dalam filem ini betul-betul hidup .

Imaginasi - 5 bintang
Special effect - 5 bintang
Cinematography - 5 bintang

Bagi yang kurang berminat menonton siri Harry Porter, mungkin awak akan mengalami sedikit masalah pemahaman. Penat juga nak explain everything kepada adik Mya tadi. Overall , filem ini menarik dan mungkin juga anda boleh menantikan watak jahat yang baru
*teringat Voldemort tiba-tiba*

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO

Day 5 : Book Review

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Untuk cabaran hari kelima ni, Mya nak review satu buku yang sebenarnya dah agak lama di pasaran . First time kenal buku ni melalui kawan baik Mya iaitu Mr. Z 
*lebih kepada ternampak dalam kereta and tertarik kepada tajuknya*.


Nama Buku : S.M.I.L.E

Penulis : Irma Hasmie & Zamri Mohamad

Tahun Penerbitan : 2012

Syarikat Penerbitan : PTS Milennia

Review:
Buku ini menghimpunkan beberapa kisah dari zaman milenia ini untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada setiap golongan masyarakat; yang mentarbiah , yang ditarbiah , yang mendengar , yang melihat dan yang berbicara .


Kisah-kisah yang ditampilkan di dalam buku ini ditulis dengan gaya bersahaja bagi memudahkan pembaca menerima dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Irma dan Zamri sendiri. Nota Irma di bahagian penutup membantu pembaca membuat kesimpulan dari kisah yang diceritakan .
Apa yang menarik adalah buku ini turut menyelitkan halaman kit tindakan selepas setiap kisah , sebagai dorongan .

Buku ini merupakan salah satu dari buku motivasi kesukaan Mya sebenarnya . Tidak pasti sama ada buku ini masih lagi diterbitkan di pasaran atau tidak . Tetapi , jika masih ada , tidak rugi untuk memilikinya .

Day 3 : Appreciation Post (Artist)

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Untuk cabaran hari ini, Mya perlu menulis sebuah entri apresiasi kepada artis yang menjadi inspirasi Mya. Namun , disebabkan Mya bukanlah jenis yang terlalu mengambil tahu mengenai dunia hiburan, Mya memilih untuk menulis mengenai Hanis Zalikha, blogger yang kini bergelar pelakon dan isteri kepada Hairul Azreen.


Kenapa Hanis Zalikha?
Hanis a.k.a Keknis bukan semata-mata dikenali sebagai bekas power blogger dan pelakon terkenal, malahan sebagai pengusaha perniagaan yang berjaya. Bagi Mya, walaupun di permulaannya, Keknis termasuk dalam kalangan orang berada, Keknis bukanlah seorang yang suka memanjakan diri. Berkahwin pada usia muda, Hanis mempunyai kebolehan memasak setanding para suri rumah yang lain. Semestinya, semua ilmu dipelajari sejak sebelum bernikah lagi.

Sebagai seorang entrepreneur pula, Mya melihat Hanis sebagai seorang yang selalu memandang jauh ke hadapan . Produk yang dikeluarkannya mungkin sudah berada di pasaran. Namun, Hanis sentiasa mencuba untuk memberikan kelainan dan cuba mencari kemudahan kepada pengguna. Mya kagum dengan semangatnya di samping caranya membahagikan masa untuk bersama keluarga dan masa bekerja.


Tak banyak yang Mya boleh tulis mengenai Hanis sebenarnya. Kerana Mya pun bukanlah betul-betul mengenali Hanis di dunia sebenar. Sekadar sedikit sebanyak mengagumi wanita muda yang juga merupakan ibu kepada bayi lelaki comel, Yusuf Iskandar.

Day 2 : A Movie Review

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Hari ni Mya nak review pasal salah sebuah filem Jepun yang pernah Mya tonton .

Tajuk : Another (Live Action Movie)


Tahun : 2012

Genre : Thriller , Horror , Suspense

Review : 
Filem ini diadaptasi dari siri manga Jepun . Filem ini bermula dengan seorang remaja lelaki bernama Koichi yang baru berpindah ke kawasan pendalaman dan tinggal bersama datuk dan makciknya, yang ditahan di hospital atas masalah kesihatan , bertemu seorang gadis cantik seusianya di hospital yang sama . Gadis itu memakai eye patch dan menghilang di bahagian simpanan mayat. 



Sebaik sihat , Koichi pergi ke sekolah dan menyedari gadis cantik itu sekelas dengannya. Pun begitu , gadis bernama Mei Misaki itu tidak dilayan oleh semua guru dan rakan sekelas mereka . Termasuklah makcik Koichi sendiri , iaitu guru kelas pembantu, Ai Kato.

Atas dasar ingin tahu yang dalam , Koichi cuba mencari jawapan . Namun begitu , jawapan yang diterimanya tidak begitu meyakinkan sehinggalah berlaku kemalangan yang meragut nyawa salah seorang rakan sekelasnya. Menurut salah seorang sekelasnya , kelas mereka mempunyai sumpahan di mana hanya jumlah tertentu dibenarkan di dalam kelas itu . Apabila jumlah mereka terlebih , salah seorang akan menerima padah .

Sangka mereka , kemalangan pertama itu berlaku sejak Koichi menegur Mei dan menganggap gadis itu wujud . Namun , kemalangan demi kemalangan terus berlaku sehinggalah mereka menemui rahsia sebenar dari tape rakaman senior mereka . Dari rakaman itu , mereka mendapat tahu bahawa bencana besar akan berlaku selagi 'orang tambahan' sebenar tidak ditemui .

Bagi Mya yang memang kurang melayan filem bergenre horrow, thriller dan suspense , filem ini dikategorikan sebagai filem yang seram. Namun, lebih baik sekiranya awak tonton dulu anime versi drama untuk lebih faham dan lebih seram .

Day 1 : 5 FACTS about Myself

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua .

Mya sepatutnya share 5 fakta pasal diri Mya hari ni .
Tapi Mya pun tak tahu nak share apa . Anyway , let's just be honest .

1) Korean .
I speak , read and write in Korean after about 3 years of learning the language myself . Masih dalam proses belajar sehingga ke hari ni . Vocabulary masih banyak kekurangan , apatah lagi dari segi ejaan .

2) Forteen
People who close with me semestinya tahu about this one fact; I do love my boys so much . Kena perli dengan En. Barney pun pedulikan je . Tapi , bukan obses ye . Itu tajuk lagu Akim & The Majistret .


3) Photography


One kind of obsession . Totally an amature in the subject. Really love to snap photos but never really mean to make money out of it . Tapi , kalau dah rezeki datang dari arah itu , nak kata apa kan ?


4) Bestfriends
My bestfriends are my soulmates. Two guys bestfriends really made my day whenever I was down , while the girl bestfriends help in finding the lady in me. Memang tak pernah nak elok kalau melepak dengan kawan lelaki . Dissing each other as symbol of affection . Prank tu wajib sekali dalam setahun. Tapi , merekalah guide , driver , partner and one of my biggest supporters .


5) Art
Tak pandai melukis pun . Doodle pun tengok hasil artwork orang . Menjahit kraf bermula tahun 2012 bila kawan-kawan minta buatkan keychain . Menyanyi is my main hobby and sometimes I do dancing randomly *kadang-kadang ada jugak ikut routine KPop Song* sekadar untuk exercise.

Anyway, stay with me till next challenge okay?
Bye, XOXO.

Supermoon kembali 14 November 2016

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Apa itu supermoon?


Supermoon adalah satu fenomena alam yang mana kedudukan bulan purnama berada pada jarak paling dekat di dalam pusingan orbitnya. Fenomena ini juga turut dikenali sebagai perigee-sygyzy;
perigee = jarak terdekat antara bulan dan bumi , sygyzy = kedudukan selari bulan - bumi - matahari.

Bagaimana Supermoon terjadi?

Ada juga yang bertanya, apa yang dimaksudkan dengan jarak terdekat? Memandangkan Mya bukan pakar dari bidang astrological, Mya akan tunjukkan gambar yang Mya pinjam dari pakcik Google ni.


Orbit bulan berbentuk eklips atau bujur. Jadi, ada satu ketika di mana kedudukannya lebih dekat dari kebiasaan. Kedudukan terdekat ini digelar sebagai Perigee , manakala kedudukan terjauh pula digelar sebagai Apogee. Ketika perigee inilah kejadian Supermoon akan terjadi.

Kesan Supermoon ?

Memandangkan pergerakan bulan ada mendatangkan kesan ke atas bumi, seperti pasang surut air laut dan sebagainya, ada yang berpendapat bahawa akan terjadi beberapa bencana alam besar seiring fenomena ini. 

Namun, pendapat ini masih tidak diterima pakai kerana para pengkaji alam masih belum menemui sebarang perkaitan antara Supermon dan mana-mana bencana alam besar yang pernah terjadi.

Secara ringkas, bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang berbanding kebiasaannya.
So, just enjoy your view!

Supermoon of June 23, 2013 at Umaid Bhawan Palace, India
Source : WIKIPEDIA

p/s: Supermoon akan lebih kelihatan jika awak berada di tempat yang gelap dan tinggi.
Wish my place tak banyak lampu jalan. *hujanhujanmukasedih*

Review Buku : Think Positive & Things Will Go Right

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu semua .

Tajuk Buku:
Think positive & Things will go right

Penulis :
A.K. Kamath (2015)

Review :


Buku ini bermula dengan pengenalan mengenai pemikiran dan daya pemikiran itu sendiri. Pemikiran seseorang itu sendiri yang mendatangkan kesan kepada tubuh si pemikir. Jika seseorang berfikir yang baik-baik dan sihat, tubuhnya akan ikut merasakan yang sama.

Pemikiran yang baik bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada pemilik tubuh, malahan orang-orang di sekelilingnya juga. Kuasa pemikiran bukan semata-mata terhad kepada kebolehan berfikir, ianya termasuklah kuasa pemastian. Ini bermaksud, apabila awak berfikir : "Aku boleh buat!", ia perlu diiring dengan kuasa pemastian , iaitu "Aku memang boleh buat!". 

Buku ini banyak mengajar bagaimana mengubah negative thinking kepada positif dan seterusnya , kesan kepada kesihatan dan orang di sekeliling yang Mya kira sebenarnya lebih terkesan berbanding pemikiran itu sendiri.

"You've got to get up every morning with determination 
if you're going to go to bed with satisfaction." 
- George Horace Lorimer.

Keep the smile, ladies

Pernah tak menangis sebab rasa diri tak dihargai dan diperlukan? Rasa macam orang yang datang dalam hidup semuanya untuk kepentingan sendiri sahaja dan lepas tu pergi tanpa kata? Pernah tak menangis sebab orang yang disayangi tak balas kasih sayang? Atau mungkin orang yang disayang buat tidak tahu kewujudan dan rasa sedih bila tengok dia dengan orang lain? Atau mungkin dia layan orang lain lebih baik dan mesra? Atau pernah tak menangis sebab rasa macam rendah diri sebab orang pandang hanya dengan sebelah mata?


Well, you better stop crying and look around you dengan mata bengkak tu. Adakah orang tu menangis sama bila awak menangis? Adakah orang tu worth your tears? Big fat NO, dear.

Be it a man or a friend, real friends take your smile as theirs, as well as your tears. They will be by your side anytime and make you laugh when it's matter. Walau apa pun idea atau kata-kata yang awak luahkan, mereka akan tetap berada di sisi awak. Some might laugh at first, but stay even in fear of danger. Still, that is the definition of real friend.

Dear ladies, wipe away your priceless tears. Buang rasa yang masih bersisa jauh dari hati. Be strong and look up to the sky upon. Bisik pada diri bahawa inilah permulaannya. Open your heart. Do believe, you are special. Even your existence are. Jadi, tak perlu bersedih dan menangis demi orang yang tak tahu keistimewaan awak. You can be different in your own way.



Pedulikan mata-mata yang memandang pelik setiap apa yang awak lakukan. Pedulikan orang yang hanya tahu menjatuhkan awak, dear. If I have to tell you a little secret to make you feel better; believe me, mereka juga ada perkara pelik yang hanya dilakukan saat bersendiri semata demi menjaga nama.

You are not alone, dearies. Ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama. Maybe ada yang lebih teruk lagi. Dikhianati dan dilukai oleh orang lain bukan perkara baru. Tetapi, dikhianati dan mengkhianati diri sendiri is not even a choice to make. Believe yourself, be yourself, love yourself. 

Strong is beautiful. You are beautiful.

Senarai Lagu Layak ke Anugerah Juara Lagu 31 #AJL31

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya, Muzik-Muzik telah melabuhkan tirainya untuk tahun 2016. Persembahan yang terbaik telah diberikan oleh kesemua artis yang terpilih untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik 31. Namun, hanya 12 lagu berikut yang tercalon untuk meneruskan perjuangan di Anugerah Juara Lagu. 


1. Terakhir - Sufian Suhaimi
2. Sudahku Tahu - Projector Band
3. Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar
4. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
5. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
7. Di Amaran Mama - Hazama
8. Obses - Akim & The Majistret
9. Setia - Faizal Tahir & Elizabeth Tan
10. Kalah dalam Menang - Mawi & Syamsul Yusof
11. Hang Pi Mana - Khalifah
12. Anugerah Terindah - Black

sumber : Instagram TV3 Malaysia

Kepada lagu dan penyanyi terpilih, tahniah diucapkan dan semoga anda melakukan yang terbaik untuk pentas Anugerah Juara Lagu ke-31 akan datang. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa dan teruskan berkarya. Semoga anda akan berjaya untuk musin hadapan.

Sambut Birthday Ma 9 November

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Happy Birthday to My Queen,
the most amazing lady in my whole world!

Tahun ni sambutan birthday Ma lain sikit dari kebiasaan.
Sebab sambut dengan kawan-kawan satu sekolah menengah Ma dulu.
Bayangkan after 32 years, sambut birthday bersama-sama,
walaupun bukan semuanya dapat hadir.




Will my friendship lasts that long too?
Only ALLAH knows the best.

Anyway, stay with me till next time okey?
Bye, XOXO

[LIRIK] Lagu Mu - Alvin Chong

Lirik Lagu Mu - Alvin Chong Lirik Lagu Mu - Alvin Chong

Lirik Lagu Mu - Alvin Chong


Telefonku menyanyikan lagu
ku mengharap terpapar namamu
Oh indahnya
Waktu dulu bersama
Selamanya di selubung rindu

Tak pernah aku luahkan hati padamu
hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah lagu ini 
ku tulis untukmu
Suara hatiku 
ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang 
ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku
Laguku untukmu

Tak pernah ku lupa wajah itu
takkan luput kenangan dengan mu
Kau membisu
Sedangkan kamu tahu
Hanya satu ku ingat selalu

Lupakan semua biar kita mencoba
Mulakan cerita baru

Dengarkanlah lagu ini 
ku tulis untukmu
Suara hatiku 
ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang 
ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku
Laguku untukmu

Biar ku pejam mata
hanya dalam lena
Warna kembali nyata
ku harap akhirnya
Kau dan aku bersama

Tak pernah aku luahkan hati padamu
hingga kau melangkah pergi

Dengarkanlah melodi yang 
ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku
Laguku untukmu

Dengarkanlah lagu ini 
ku tulis untukmu
(Kaulah) suara hatiku 
ku beri padamu
Dengarkanlah melodi yang 
ku cipta untukmu
Simpanlah kasihku
Laguku untukmu

Simpanlah kasihku
Laguku untukmu

Resepi : Sos Black Pepper

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Hari ni Mya nak kongsi resepi kuah sos lada hitam yang selalu Mya buat.
Resepi asas yang sangat senang untuk dijadikan sebagai sos untuk chicken chop atau apa saja juadah pilihan anda.

*gambar ehsan pakcik google. dah lama tak buat*

Bahan:
2 sudu makan Mentega
2 sudu makan Tepung Gandum
1 biji bawang merah (cincang)
Lada Hitam (Secukup rasa)
2 cawan Air
Cendawan *optional*
Garam/Gula
Kicap
Stok/Kiub ayam

Cara
Cairkan mentega
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan tepung, kacau
Letakkan lada hitam *ikut tahap kepedasan*
Masukkan air *jika nak cair, masukkan lebih*
Masukkan kicap *ikut kepekatan warna yang dimahukan*
Masukkan kiub ayam dan cendawan
Laraskan rasa dengan garam dan gula

[LIRIK] Izzue Islam - Bimbang (OST Tak Beli Tak Cinta)

Lirik Bimbang - Izzue Islam Lirik Bimbang - Izzue Islam

Lirik Bimbang - Izzue Islam


Pandangan matamu memukau ku seketika
Senyuman manismu membuatku terpesona
Tiba trafik hatiku memecut laju
Laju seperti panahan hujan ribut

Jangan kau bimbang
ku bukan lelaki pencuri hati
Hanya lelaki biasa
yang lucu mencuit hati
Jangan kau bimbang
ku mempermainkan hati
Jangan kau bimbang
ku kan sinari hidupmu

Berikan aku kesempatan
Untuk ku luahkan segala rasa ini
Aku berjanji padamu
Kan ku curahkan segala rasa cinta yang ada

Jangan kau bimbang
Jangan kau bimbang

Pandangan matamu memukau ku seketika
Senyuman manismu membuatku terpesona
Tiba trafik hatiku memecut laju
Laju seperti panahan hujan ribut

Berikan aku kesempatan
Untuk ku luahkan segala rasa ini
Aku berjanji padamu
Kan ku curahkan segala rasa cinta yang ada

Ku berjanji padamu
Kan ku curahkan segala rasa cinta yang ada

Berikan aku kesempatan
Untuk ku luahkan segala rasa ini
Aku berjanji padamu
Kan ku curahkan segala rasa cinta yang ada

Jangan kau bimbang
Jangan kau bimbang
Jangan kau bimbang
Jangan kau bimbang


Selamat Bercuti Warga Perak

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Kepada semua warga dan anak Perak yang bercuti hari ini, selamat bercuti.
Walaupun masih bekerja hari ni *kedai mana boleh tutup*, Mya tumpang happy.
Sebab hari ni tak ada kelas belajar memandu. Jadi boleh rehat lama sebelum masuk kerja tadi.

*gambar ehsan Google*

Mulai tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Tuanku Sultan Nazrin Shah telah bertitah akan memberikan cuti umum pada hari Jumaat pertama November setiap tahun. In fact, hari ini bukanlah hari keputeraan sebenar Tuanku Sultan. Namun, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Perak dan tanda kebahagiaan untuk hari keputeraan Baginda Sultan yang sebenar iaitu pada 27 November, Tuanku telah menurunkan titah yang semua telah maklum hari ini.


Whatever the real reason and occasion is, yang penting kita dapat cuti. 
Sebab tu, kami sayang Sultan kami lebihhh~
Semoga Tuhan merahmati kepimpinan dan memberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat Tuanku Sultan Nazrin Shah sekeluarga

Anyway, selamat bercuti and stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO