Search This Blog

Domino's tahu bulan kelahiran MF?

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Semalam, my little brother belanja Domino's Pizza untuk makan malam kami sekeluarga. And, masa dia hantar pizza untuk kakak dia yang masih dalam waktu kerja ni, dia beri sekali desk kalendar yang dia dapat. Memang my favourite la bila dapat rectangular desk calendar ni. Sebab bila dapat yang jenis gantung tu, Mya selalu letak kat tempat yang bukan kawasan tumpuan. End up, tak tengok pun kalendar tu langsung. Sedar-sedar, dah dua bulan tak berusik.

Masa belek kalendar comel ni, Mya terperasankan yang pihak Domino's Pizza cetak birthday deals pada bulan kelahiran Mya. Rasa macam dihargai pula. I told my brother and dia kata Mya kuat perasan *huh?* Well, bukan selalu nak berangan VVIP macam tu kan?

[LYRICS] Beautiful - Crush (Goblin OST)

[LYRICS] Beautiful - Crush (Goblin OST) [LYRICS] Beautiful - Crush (Goblin OST)

[LYRICS] Beautiful - Crush (Goblin OST)

Korean

Romanized

English

it`s a beautiful life
난 너의 곁에 있을게
it`s a beautiful life
너의 뒤에 서 있을게
beautiful love
하늘아래 너와 있다면
숨쉬는 것만으로도 좋아
it`s a beautiful life
beautiful day
너의 기억에서 내가 살텐데
beautiful life beautiful day
내 곁에서 머물러줘
beautiful my love
beautiful your heart
it`s a beautiful life
it`s a beautiful life
it`s a beautiful life

언제나 널 지켜줄게
it`s a beautiful life
내게 기댈수가 있게
beautiful love
너의 눈물 너의 미소도
곁에서 함께 할 수 있도록
it`s a beautiful life
beautiful day
미치도록 널 사랑했었던 날
beautiful life beautiful day
너를 잃고 싶지 않아
beautiful my love
beautiful your heart
it`s a beautiful life
세상에 너와 닮은 추억이
또 덩그러니 내게 남겨져있어
너와의 기억 너와의 추억

it`s a sorrowful life
sorrowful day
슬픔을 이기지 못하는 내게
sorrowful life sorrowful day
내 곁에서 떠나지마
추억속에 내가 살지 않도록
it`s a beautiful life
It's a beautiful life
nan neoui gyeote isseulge
it`s a beautiful life
neoui dwie seo isseulge
beautiful love
haneurarae neowa issdamyeon
sumswineun geosmaneurodo joha
it`s a beautiful life
beautiful day
neoui gieogeseo naega saltende
beautiful life beautiful day
nae gyeoteseo meomulleojwo
beautiful my love
beautiful your heart
it`s a beautiful life
it`s a beautiful life
it`s a beautiful life

eonjena neol jikyeojulge
it`s a beautiful life
naege gidaelsuga issge
beautiful love
neoui nunmul neoui misodo
gyeoteseo hamkke hal su issdorok
it`s a beautiful life
beautiful day
michidorok neol saranghaesseossdeon nal
beautiful life beautiful day
neoreul ilhgo sipji anha
beautiful my love
beautiful your heart
it`s a beautiful life
sesange neowa talmeun chueogi
tto deonggeureoni naege namgyeojyeoisseo
neowaui gieok neowaui chueok

it`s a sorrowful life
sorrowful day
seulpeumeul igiji moshaneun naege
sorrowful life sorrowful day
nae gyeoteseo tteonajima
chueoksoge naega salji anhdorok
it`s a beautiful life
It’s a beautiful life
I’ll stay by your side
It`s a beautiful life
I’ll stand right behind you
beautiful love
If I am with you under this sky
Just breathing alone makes me happy
It`s a beautiful life
beautiful day
I live in your memories
beautiful life
beautiful day
Stay by my side
beautiful my love
beautiful your heart
It`s a beautiful life
It`s a beautiful life
It’s a beautiful life

I’ll always protect you
It`s a beautiful life
So lean on me
beautiful love
Your tears, your smile
So we can be together
It`s a beautiful life
beautiful day
I loved you like crazy
beautiful life beautiful day
I don’t wanna lose you
beautiful my love
beautiful your heart
It`s a beautiful life
Memories that resemble you
Remain with me
Your memories, your recollections

It`s a sorrowful life
sorrowful day
I can’t win over sadness
sorrowful life sorrowful day
So don’t leave me
So I won’t live just in your memories
It`s a beautiful life

Korean & English Translation by: Klyrics.net 
Romanization by: MF
[LYRICS] Beautiful - Crush (Goblin OST)
source: google

Keep the smile, ladies! Part 2

Assalamualaikum w.b.t
.
Hai semua.
.
Cuba tengok ke cermin sekarang. Apa yang awak nampak? Wajah yang ceria? Atau wajah yang sedang dihantui rasa resah, tidak selamat dan curiga?
.
Sayang,
walau ditolak jatuh sekalian pun, teruskan tersenyum. Walau dihenyak masalah besar sekalipun, cuma tersenyum. Kerana apa? Kerana senyum dan ketawa itu lambang kekuatan. Kerana senyum dan ketawa itu lambang ketabahan. Kerana senyum dan ketawa itu jugalah, orang jadi takut untuk mematahkan semangat.
.

Cinta, sayang dan setia

Kerana cinta dan sayang, awak sanggup setia kepada si dia yang masih belum halal bagi awak. Kerana cinta dan sayang, awak sanggup dilukai si dia. Kononnya, dia mungkin akan sedar suatu hari nanti. Kononnya, dia akan kembali mencinta.
.
Sayang,
itu bukan cinta dan sayang. Itu ketakutan. Takut awak akan ditinggalkan dan kembali sendiri. Jangan begitu. Ini bukan drama bersiri pukul 7 di TV3 yang silih berganti. Ini realiti. Satu kesilapan yang awak buat, akan bawa beban sesalannya hingga ke akhir nyawa. Mungkin bagimu setia, baginya kebodohan. Percayalah, kesetiaan yang digembar-gemburkan itu jatuh pada orang yang salah.
.
Ladies,
jangan terlalu mendamba kasih seorang lelaki yang tidak menghargaimu. Sedangkan yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula yang masih di fasa percintaan. Jaga hatimu sebelum menjaga hati orang lain.

[LIRIK] Dirgahayu - Faizal Tahir / Dato' Siti Nurhaliza

 Lirik Dirgahayu Faizal Tahir Siti Nurhaliza Lirik Dirgahayu Faizal Tahir Siti Nurhaliza

Tajuk: Dirgahayu
Penyanyi: Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu [2x]
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu

Cinta dirgahayu

Travelog #DNIAGoingPlaces Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

5 Hari 4 Negeri.
Travelog #DNIAGoingPlaces bersambung lagi.
Selepas percutian kami di Johor dalam bahagian 1 yang lepas, sebenarnya, trip hari kedua kami tidak berakhir di situ sahaja. Dari Johor Bahru, kami terus bergerak ke Melaka dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam. Pada perancangan asalnya, kami mahu bermalam di Batu Pahat dan bertemu dengan bekas rakan sekerja ayah di sana. Tapi malangnya, beliau berada di Pontian ketika itu. So, we decided to just have the night in Malacca.

Dah 11 tahun sebenarnya kami tak menjejakkan kaki ke bumi bersejarah ni. Sesat tu dah jadi makanan kami sejak bermula perjalanan bercuti. Paling kelakar bila sampai di Dataran Pahlawan. Yes, dulu tak ada bangunan di situ. Well, that was eleven years ago. Ayah was dumbfounded
At least, we found a place for our dinner that night. Memandangkan ianya malam minggu, the city was crowded. Kami nyaris buat keputusan untuk tidur dalam kereta when we found a place, nice enough to spend the night.

Lucky us. Pheww.

Day 3 (Melaka)

Menara Taming Sari

Selepas perbincangan awal pagi itu, kami decided untuk mulakan exploration di Melaka dengan Menara Taming Sari. Tinggi menara ni, perghh. Oh, ya! Mungkin ada yang dah tahu. So, Mya nak beritahu kepada yang belum tahu. Menara Taming Sari bukan seperti menara lain yang ada di Malaysia. Jadi, jangan terkejut apabila melihat struktur utama menara ini yang umpama tiang sahaja. Keistimewaan menara ini adalah kawasan tinjau yang boleh berputar 360 darjah. Ketinggian menara ini pula adalah demi membolehkan pengunjung melihat keseluruhan kawasan Bandar DiHilir.

Ambil masa lebih kurang 20 minit untuk satu trip


Beli tiket untuk naik ke Menara Taming Sari di sini

Solusi buat yang gayat tapi masih mahu menaiki menara ini:
Pandang ke langit semasa glass case sedang naik ke atas.
Hadkan pemandangan lurus ke hadapan.
Jangan sesekali memandang ke bawah.
atau : Lihat pemandangan luar melalui skrin kamera / telefon bimbit.

p/s: I dont know if this works on everyone.
Tapi, ini cara yang my mom guna.
Her acrophobia is beyond compare.

Food Truck juga ada di sini.

Muzium Samudera

One of the most visited place in Malacca. Mungkin kerana tarikan sejarah dan rekabentuknya. I have so much fun in exploring the ship. Nanti kalau ada kesempatan, Mya akan kongsikan videonya yang telah dihasilkan dalam bentuk time-lapse.

Berangan jadi Pirates of the Carribean kejap, boleh?

Thou' my face look funny bila pakai sunglasses ni, I really love it.
Instead of kawasan dalam kapal, Ayah lebih tertarik untuk mengkaji kawasan luar kapal. Bayangkan, kalau orang lain tertanya-tanya kalau ianya kapal sebenar, ataupun mungkin bagaimana ianya terkandas di situ, Ayah was wondering sedalam mana kapal itu berada di permukaan air. Hampir empat kaki katanya.

Tempat menarik di Bandar DiHilir, Melaka

Banyak. Sangat banyak.
Bila sampai di sini, rajinkan kaki untuk menjelajah ke semua kawasan bersejarah ini. Kedudukan antara satu bangunan sejarah ke bangunan lainnya sangat dekat. Kalau penat, perkhidmatan beca juga ada disediakan di setiap titik utama kawasan ini. 

Di bawah ini, Mya senaraikan beberapa tarikan utama yang perlu awak lawati:

1. Bangunan Stadthuys
2. Muzium TLDM
3. Muzium Kastam
4. River Cruise
5. Kota A'Famosa
6. Istana Kesultanan Melaka
7. Muzium Islam Melaka

Taman tema air di Melaka

Dalam negeri Melaka, terdapat dua taman tema air yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk setempat, iaitu A'Famosa Resort dan Bayou Lagoon Resort. But, to be honest, Mya belum pernah sampai ke Bayou Lagoon. Jadi, Mya tak tahu nak komen apa. Dan, it's been eleven years since Mya masuk ke A'Famosa Resort jugak. So, di sini, Mya akan sediakan alamat untuk memudahkan awak mengatur perjalanan ke sana

A'Famosa Resort
Address: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Malacca, Malaysia
Phone: 06-552 0888

Bayou Lagoon Park Resort
Address: Jalan Wakaf, 75450 Melaka, Malaysia
Phone: 06-233 0888

Tempat menarik di Melaka

1. Pantai Klebang

Ada bustel dan berbagai lagi di sini.
2. Muzium Kapal Selam
3. Dataran Pahlawan
4. Taman Buaya
5. Zoo Melaka
6. Australia Village
7. Perigi Hang Li Po

The day in Malacca ends as we continue our journey to Seremban next.
Hari keempat di Negeri Sembilan; to be continued...

Travelog #DNIAGoingPlaces Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.

5 Hari 4 Negeri.
Kata orang disekeliling kami, ini kerja gila.
Malah, ada yang tidak percaya, sampaikan minta bukti.
Paling kelakar, reaksi kawan baik Mya sendiri, Mr. B, yang terkejut apabila dapat tahu Mya sudah berada di Melaka. Sedangkan, pada malam sebelumnya, Mya baru sahaja update keberadaan Mya di Johor melalui Instagram. Haihh, cerita panjang pun tak guna.

Let's start our journey.

Day 1

Nothing much.
Perjalanan selama 9 jam dari Lumut, Perak ke Gelang Patah, Johor.Lebih kurang 30% masa perjalanan dihabiskan di RnR.Makan, minum, rehat tandas, rehat minum dan sebagainya. Tiba di Gelang Patah lebih kurang jam 7 malam dan terus check-in di 'The Vintage Hotel'. *Later I review hotel ye. Ngee* So, since dah agak lama on road, kami rehat sebentar untuk mandi dan solat, sebelum keluar semula untuk dinner. Tempat makan pun tidak begitu jauh dari tempat kami menginap. Restoran Tajri namanya. Our evening end early since semua orang dah sabar nak pengsankan diri.

Day 2 ( Johor )

Kota Iskandar

Ramai kawan-kawan Mya yang berasal dari Johor yang mencadangkan tempat ini sebagai salah satu kawasan yang perlu dilawati di Johor Bahru. Bila dah sampai sana, I know now why they are so proud dengan tempat bernama Kota Iskandar. Memang cantik. Dengar cerita, ramai photographer yang memilih kawasan ini untuk sesi fotografi.

Legoland

To be frank, Mya and family tak masuk pun dalam taman tema paling gah dalam negara kita ni. Well, the simplest reason is Mya dan adik dah muak main lego dari kecil. The other reason is harga tiket yang tidak kena dengan tema percutian kami kali ini. Jadi, kami cuma singgah untuk ambil gambar di luar dan beredar. Punyalah ramai orang, hinggakan tak terdetik di hati kecil Mya untuk masuk. Mya memang kurang gemar pergi ke tempat yang perlu bersesak.


Kilang Bateri

Tempat wajib lawat di Johor Bahru. Sebenarnya kilang bateri ini merupakan bekas kilang sebenar yang kemudiannya diubah menjadi kawasan tarikan yang menggabungkan sektor fesyen dan makanan bawah satu bumbung. Tidak susahpun mahu mencari tempat ini sebenarnya. Pilihan makanan? Dari barat ke timur, sampailah Jawa, semuanya ada dijual. And yang paling best *walaupun Mya bukan kuat shopping* semua jenama pakaian ada dijual, termasuklah para selebriti tanah air.


Stadium Larkin @ Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos

As per wish, my brother wajibkan untuk melawat stadium utama setiap negeri. So, here we are. 
*I was laughing sebab takde orang lain yang ambil gambar tepi jalan macam kami.
So, jadilah gambar selfie tutup mulut macam ni*


Tempat menarik di Johor

Di sini Mya nak senaraikan beberapa tempat menarik lain yang boleh dilawati jika bercuti ke negeri Johor. Ini termasuklah tarikan semulajadi yang telah kami skip kerana ianya ada di kawasan rumah kami sendiri *ngee*

1. Air Terjun Kota Tinggi
2. Wet World Batu Pahat
3. Desaru Beach
4. Pantai Mersing
5. Tanjung Piai
6. Pekan Yong Peng

Selesai dengan beberapa tempat lain, kami terus bertolak ke Melaka.
Travelog #DNIAGoingPlaces akan bersambung ke entri seterusnya.
Nanti Mya kongsikan tempat wajib lawat di Melaka pula.

Tukar Kad Debit dengan Maybank2U

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Tengok tajuk pun dah rasa lapuk kan? Yelah. Ramai lagi yang dah buat dulu sebelum Mya kan? Semuanya gara-gara pemalas sangat nak pergi ke bank. Ayah dah banyak kali bising dengan Mya. Yelah, sebab ayah tahu anak dia ni rajin shopping online beli macam-macam. Sudahlah proses nak tukar kad di bank ambil masa sampai dua hingga tiga jam.

At last, Mya try jugak guna cara online lepas Mr. B asyik bebel suruh guna Maybank2U sahaja. *maybe sebab tahu kawan baik dia ni pemalas macam dia jugak* Tapi walaupun dah buat, rasa macam tak percaya yang segala urusan dah selesai. Macam senang sangat. Cuma perlu pastikan nombor kad ATM dan masukkan alamat surat-menyurat.

Enam hari Mya tinggalkan rumah untuk vacation dengan family. Jejak je depan pintu rumah semalam, ayah terus serah surat yang ada dalam postbox. Nak melompat je rasanya bila tengok kad debit Maybank dah sampai depan muka. Tak sampai 21 hari bekerja pun. Dah boleh sambung shopping.


my new debit card

[LYRICS] Sit Still, Look Pretty - Daya

[LYRICS] Sit Still, Look Pretty - Daya [LYRICS] Sit Still, Look Pretty - Daya

LYRICS : SIT STILL LOOK PRETTY

SINGER : DAYA

Could dress up
To get love
But guess what?
I'm never gonna be that girl
Who's living in a Barbie world

Could wake up
And make up,
And play dumb
Pretending that I need a boy
Who's gonna treat me like a toy

I know the other girls wanna wear expensive things
Like diamond rings
But I don't wanna be the puppet that you're playing on a string
This queen don't need a king

Oh, I don't know what you've been told
But this girl right here's gonna rule the world
Yeah, that is where I'm gonna be because I wanna be
No, I don't wanna sit still, look pretty
You get off on your 9 to 5
Dream of picket fences and trophy awards
But no, I'm never gonna be 'cause I don't wanna be
No, I don't wanna sit still look pretty

Mr. Right could be nice for one night
But then he wanna take control
And I would rather fly solo

That Snow White
She did right
In her life
Had 7 men to do the chores
'Cause that's not what a lady's for

The only thing a boy's gonna give a girl for free's captivity
And I might love me some vanilla but I'm not that sugar sweet
Call me HBIC

Oh, I don't know what you've been told
But this girl right here's gonna rule the world
Yeah, that is where I'm gonna be, because I wanna be
No, I don't wanna sit still, look pretty
You get off on your 9 to 5
Dream of picket fences and trophy awards
But no, I'm never gonna be, 'cause I don't wanna be
No, I don't wanna sit still look pretty

Sure, I'm a pretty girl
Up in a pretty world
But they say pretty hurts
And I don't wanna sit still
I'm a pretty girl
Up in a pretty world
But no, I won't sit still, look pretty
[2X]

Oh, I don't know what you've been told
But this girl right here's gonna rule the world
Yeah, that is where I'm gonna be because I wanna be
No, I don't wanna sit still, look pretty
You get off on your 9 to 5
Dream of picket fences and trophy awards
But no, I'm never gonna be 'cause I don't wanna be
No, I don't wanna sit still look pretty

Oh, I don't know what you've been told
But this girl right here's gonna rule the world
Yeah, that is where I'm gonna be because I wanna be
No, I don't wanna sit still, look pretty
You get off on your 9 to 5
Dream of picket fences and trophy awards
But no, I'm never gonna be 'cause I don't wanna be
No, I don't wanna sit still, look pretty

Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

Hari ni Mya update pakai phone sahaja sebab masih dalam mood bercuti *Ngee*
Esok dah masuk mode kerja, Mya update pasal travelog #dniagoingplaces ye. Rabak jugak mata and badan bila merayap empat negeri dalam empat hari je. Tapi, lumrahlah kan tak cukup tidur time travel. Takkan nak stay on bed je sepanjang hari, kan ? Nasib baiklah dapat berehat di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam ni. 

Hotel De Art, Shah Alam

Mungkin ada yang sudah familiar dengan hotel ini. Mungkin juga ada yang pernah melihat hotel ini di laman Facebook. Tapi, untuk pengetahuan awak yang baru seperti Mya dan family, terdapat dua cawangan Hotel De Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen 19. Bagi yang ingin ke I-City, sebaiknya ambil di Seksyen 7.

Tempat Berhampiran Hotel De Art Sek 7

McDonald
KFC
Pizza Hut
Hospital
I-City
Shell

Kadar Harga Bilik Hotel De Art Sek 7

Standard - RM 158
Family - RM 258

Review Hotel De Art Sek 7

Suasana selesa. Bilik yang luas. Terasa berada di rumah. Sesuai dengan namanya sebagai hotel seni, banyak lukisan 3D pada dinding hotel. Pekerja dan receptionists mesra pelanggan. Paling best, ada baucar sarapan *Ngee*. Sorry la Mya tak dapat sediakan gambar dalam bilik. Every time masuk bilik, Mya akan over excited nampak katil. Terus landing. 



Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik #AIM22

Anugerah Kembara
Yuna Zarai

Anugerah Sri Wirama
Sheila Majid

Album Terbaik
Dato Siti Nurhaliza

Lagu Terbaik
Faizal Tahir

Lagu Pop Terbaik
Sejati (Faizal Tahir)

Lagu Rock Terbaik
Mata Hati (Azlan & The Typewriter)

Penyanyi Pilihan Malaysia
Dato Siti Nurhaliza

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (wanita)
Dato Siti Nurhaliza

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (lelaki)
Akim Ahmad

Kulit album terbaik
Sekumpulan Orang Gila

Nada Dering Pemanggil Tertinggi
Sejati (Faizal Tahir)

Lagu Strim Paling Tinggi
Projektor Band

Muzik Video Paling Popular
Projektor Band

Jualan Lagu Muat Turun Tertinggi
Akim & The Majistret

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
#Supergirl (De Fam)

Video Muzik Terbaik
Not For Sale (Stacy)

Artis Baru Terbaik
Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik
Janji (Altimet @ Takahara Suiko)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Firefly (Sonaone)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Sulam Sakti (Reena Ricky)

Lagu Nasyid Terbaik
Mikraj Cinta (Dato Siti Nurhaliza)

Source : Twitter Rasmi #AIM22

Adab Berdoa

Sebagai hamba, kita amatlah ditekankan untuk sentiasa berdoa kepadaNya dengan penuh rasa kerendahan hati dan penuh pengharapan. Pun begitu, terdapat beberapa adab berdoa yang sebaiknya dipatuhi ketika kita berdoa kepadaNya. Malahan, dengan adab berdoa ini, ia menunjukkan kesungguhan dan keyakinan kita terhadap Maha Perkenan.


ADAB BERDOA DALAM ISLAM


Berdoa dalam waktu mustajab

Hari Jumaat
Hari Arafah
Sepertiga malam
Sebelum berbuka puasa
Sujud terakhir solat
Ketika hujan
Ketika perang
Antara azan dan iqamah

Menghadap kiblat dan menadah tangan

Dari Jabir r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di Padang Arafah, baginda menghadap kiblat dan terus berdoa hingga terbenam matahari (H.R. Muslim)

Khusyuk dan penuh harapan

Yakinlah dalam berdoa. Ucapkanlah doa dalam bahasa yang difahami agar lebih khusyuk. Tetapkan hati untuk merendahkan diri dan mengharap dengan sepenuh hati agar doa dimakbulkan.

Tidak menggesa

Jangan sesekali menggesa agar doa awak segera dimakbulkan. Hindari rasa was-was dan menidakkan keputusan yang diberikanNya. Barangkali apa yang diberikanNya lebih baik dari apa yang diharapkan.

Dalam suara yang rendah

Cukuplah sekadar terdengar pada pendengaran sendiri sahaja. Doalah dengan suara yang rendah dan lembut. Allah mendengar doa awak walaupun dalam suara yag paling perlahan.

Memulakan dengan puji-pujian

Mulakan doa dengan menyebut namaNya dan memuji kebesaranNya, ikuti selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.aw, keluarga dan sahabat. Sebutlah nama-nama Tuhan (Asma-ul Husna) ketika berdoa.

Hindarkan untuk mendoakan keburukan

Adalah lebih baik untuk mendoakan kebaikan, baik kepada diri sendiri, adik beradik, mahupun musuh.

Jauhkan diri dari perkara haram

Memakan makanan dari sumber yang haram adalah salah satu sebab doa terhijab. Ini kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Sebaiknya, awasi sumber harta dan makanan kita.

Moody? Jom makan!

Assalamualaikum wb.t

Hai semua

To be honest, Mya seorang yang ill- and quick-tempered. Pantang terusik sikit. Mulalah moody sepanjang hari. Seriously, this one kind of bad habit sangatlah tidak baik untuk Mya sendiri dan orang sekeliling. Selak-selak majalah Dara.com baru ni, Mya jumpa senarai makanan yang boleh menghilangkan rasa moody. Now, Mya nak kongsi dengan awak semua.

Dark Choc
Ini satu makanan yang Mr. F paling suka, but not really going that way on my side.
Tapi, Mya memang ada simpan bar dark choc, just in case.
Dark choc lebih baik dari bar coklat biasa.
Sebab katanya boleh mengurangkan hormone stress.

Epal
Ini satu lagi makanan yang sentiasa ada dalam peti ais Mya. Memang diakui berkesan. Unknowingly, tak kisahlah sama ada epal merah atau epal hijau, mood Mya akan jadi lebih baik bila makan epal. So, tak terkejut bila buah ini termasuk dalam senarai ini.

Green Tea
Mya not really a green-tea lover. Tapi, dari bacaan Mya, green tea mengandungi theanine yang dipercayai boleh menenangkan fikiran. Tapi, Mya memang jadi lebih tenang after minum any kind of tea. *Ok, moving on.*

Cereal & Susu
To me, rasanya kerana the fact yang susu segar sememangnya membantu memberi tenaga dan menambahkan pengeluaran hormon, membuatkan makanan ini termasuk dalam senarai. Ditambah pula dengan cereal yang lazat, siapa sahaja yang tidak akan berubah menjadi tenang, kan?

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi

Sekarang ni banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran, kan? Dari yang murah sampailah ke produk mahal. Malahan ada yang tiruan lagi. Ini kerana permintaan yang tinggi dan keadaan masyarakat yang mula sedar dan peka dengan kecantikan diri. Mya nak kongsi 4 petua cantik dengan bahan semulajadi yang mungkin ada di dalam peti ais di rumah sahaja. Bolehlah cuba, memandangkan sudah sampai hujung minggu.
Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi


1. Lobak Merah
kawasan : tubuh
Parut sebatang lobak.
Campurkan dengan satu sudu besar tepung jagung
dan sebutir kuning telur
Kacau sebati dan sapukan pada tubuh.
Biarkan kering.
Bersihkan dengan air suam.
Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi : Lobak

2.Kubis
kawasan: muka
Kisar kubis hingga hancur.
Tapis dan perah untuk dapatkan airnya.
Campurkan sedikit madu lebah, gaul.
Pakai seperti mask dan biar kering.
Kemudian bilas seperti biasa.
Elok diamalkan untuk berselang dua ke tiga hari sekali.

3. Kunyit
kawasan : tumit kaki
Giling lumat kunyit dengan sedikit garam bukit.
Gosok perlahan-lahan di tumit semasa mandi.
Bilas dengan air suam.
Lakukan setiap kali mandi.

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi : Kunyit

4. Beras
kawasan : gigi
Goreng beras tanpa minyak.
Tumbuk hingga lumat
Gosokkan beras yang sudah hancur pada gigi dengan jari.
Kemudian gosok gigi dengan berus dan ubat gigi seerti biasa

5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak

Awak yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, sila angkat tangan. Oh, tak perlu angkat tinggi. Cukup sekadar awak tahu, awaklah orangnya. Sebab Mya nak kongsi 5 tabiat punca kulit tambah berminyak. Jadi, jom kita teruskan dengan topik punca kulit tambah berminyak ini.

5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak


1. Salah Pilih Pelembap
Ramai yang menggunakan pelembap jenis minyak kelapa, minyak koko ataupun minyak zaitun. Kononnya, ia bertujuan untuk melembapkan kulit dan menghilangkan kekotoran.
SALAH!
Penggunaan pelembap yang mengandungi minyak atau gliserin ini mungkin memburukkan lagi keadaan kulit wajah.
Sebaiknya pilih pelembap dalam jenis cecair, gel atau serum.

2. Solekan tebal
Solekan yang tebal dan tidak membersihkannya dengan teliti dan betul-betul bersih boleh mengkibatkan pori-pori wajah tersumbat.
Elakkan dari membeli produk mekap yang mengandungi minyak.
Cuci dengan baik setelah menanggalkan mekap sebelum tidur.

3. Skrub Wajah
Elakkan dari melakukan skrub dengan terlalu kerap.
Ini kerana, amalan menggosok wajah dengan kasar boleh membuatkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.
Lakukan hanya sekali atau dua kali seminggu sahaja.
Carilah produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan liang pori dan menghilangkan minyak.

4. Kerap Mencuci Muka
Ya, mencuci wajah membuatkan kita rasa lebih segar.
Tetapi, janganlah terlalu kerap.
Wajah kita memiliki minyak semualajadi yang membantu mengekalkan keseimbangan liang pori wajah.
Lebih kerap mencuci akan membuatkan lebih banyak minyak ini terhasil dan mengakibat liang pori menjadi semakin besar.

5. Tidak Membersih selepas Bersenam
Jangan jadikan ini amalan.
Ini kerana semasa bersenam, peluh dan kotoran mampu mengakibatkan liang-liang tersumbat.
Cucilah dengan baik selepas bersenam bagi mengelakkan wajah anda lebih berminyak di kemudian hari.

Punca kulit tambah berminyak : Tidak dibersihkan sebaiknya | Sumber : Google

Bina Mood Positif dengan Haruman

Dalam hidup kita sehari-hari, adakalanya mood kita menjadi tidak menentu dengan perubahan sekeliling dan juga hormon dalam badan kita. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ianya mungkin turut menjejaskan kesihatan fizikal. Aura negatif yang dalam minda kita boleh diubah menjadi mood yang lebih baik dengan menghidu bauan yang sesuai. Bagaimana memilih bauan untuk emosi yang berbeza?
Bina Mood Positif dengan Haruman

Bina Mood Positif dengan Haruman


Perasaan Aroma
Tidak Tenang Citrus
Lemon
Anggur
Membantu mengembalikan rasa tenang.
Kurang Keyakinan Lavender
Vanilla
Jasmin
Amber
Membuatkan diri rasa lebih berkeyakinan.
Stress Mandarin
Ros
Sandalwood
Chamomile
Elok digunakan tika mandi. Juga membantu membangkitkan rasa tenang.
Kurang Fokus Cypress
Lemon
Pudina
Rosemary
Memberi lebih konsentrasi, menajamkan fikiran dan memori.
Sedih Frankincense
Cypress
Ros
Vetiver
Sangat sesuai digunakan untuk membangkitkan rasa gembira.

source: google.com
Terdapat banyak produk dipasaran yang menggunakan asas bauan untuk membantu membina semula mood positif. Antaranya, lilin, minyak pati dan semburan. Pilih yang mana bersesuaian.

Sumber: Majalah Dara.com

Tips hadapi Peperiksaan

Bagi pelajar-pelajar universiti, waktu ini mungkin boleh dikira genting bagi mereka. Apatah lagi buat pelajar tahun akhir. Tika ini, mungkin ada tugasan yang masih belum selesai, walaupun musim peperiksaan makin hampir. Pesan Mya, tidak mengapa! Jangan panik. Lakukan setiap tugasan yang diarahkan dengan tenang. Di sini Mya nak kongsikan beberapa tips hadapi peperiksaan:
Tips hadapi Peperiksaan

Tips hadapi Peperiksaan

Peperiksaan makin hampir.
Apa yang patut dilakukan?

1.       Ambil masa dan pilih tempat yang sesuai.
Bagi Mya sendiri, Mya lebih gemar mengulangkaji pelajaran di perpustakaan, walaupun adakalanya suasana sunyi embuatkan Mya mudah mengantuk. Ini adalah untuk menambah fokus ketika menelaah. Matikan telefon atau tukarkan ke mod senyap.

2.       Mohon maaf dengan ibu bapa dan orang sekeliling
Penting bagi kita untuk memastikan setiap apa yang kita lakukan direstui oleh ibu bapa. Ini kerana, doa ibu bapa adalah doa yang paling mujarab ke atas diri kita. Mohon maaf dengan mereka sekiranya ada melakukan kesalahan. Begitu juga dengan orang di sekeliling kita, termasuklah pensyarah dan rakan-rakan.

Tips hadapi Peperiksaan
source : google
3.       Faham sebelum hafal
Jika awak faham apa yang awak belajar dan baca, proses menghafal akan menjadi lebih mudah. Ambil contoh ini; terdapat enam tahap dalam proses pemikiran kritikal. Tanpa memahami setiap tahap dan perkaitan antara satu sama lain, mungkin ianya mengambil masa lebih lama untuk menghafal susunan enam tahap tersebut dengan lancar.

4.       Jaga hubungan dengan Tuhan
Seringkali kita mendengar akronim ini; D.U.I.T. Doa merupakan satu amalan penting yang paling disukai Allah. Berusaha untuk belajar dengan tekun sambal istiqamah dalam berdoa dan tawakkal kepadaNya. Perbanyakkan amalan sunat.

5.       Tekun & Konsisten

Ulangkaji dengan tekun selama 30 minit dan berhenti seketika selama 5-10 minit dapat membantu daya ingatan dan daya fokus awak. Ulang proses untuk beberapa kali sebelum berhenti lebih kurang 30 minit untuk memberi ruang untuk otak memproses ilmu yang diterima. Uji dengan soalan-soalan peperiksaan lepas atau soalan yang terdapat di dalam buku teks. Cuba sebaik mungkin untuk tidak mencari jawapan dan menjawab dalam tempoh sama seperti di dalam peperiksaan sebenar. Semak dan cari jawapan sebenar untuk setiap jawapan. Beri lebih penekanan kepada soalan yang berulang setiap semester atau soalan yang sering menjadi kelemahan awak. Dengan cara ini, awak tidak akan berada kekal pada satu topik sahaja. 

Melancong Percuma dengan Traveloka

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua 

Can I say something crazy?

No.
Ini bukan dialog animation Fozen by Disney tu. 
Tapi, ini memang crazy. 
Melancong secara percuma ke destinasi idaman.
Tak cukup crazy ke?


Bayangkan *bunyi thought bubble*,
Traveloka belanja Mya pergi ke Sabah dengan #MyTravelokaEscapade.
Umpama pergi keluar negara while you still in Malaysia.
Maldives + New Zealand + Malaysia = my dream,
Memang dah lama cakap dengan family nak ke sana.
Modal je belum mengizinkan.

Tapi, bayangkan *bunyi thought bubble lagi* 
Mya berenang sambil menyelam dekat Pulau Mabul atau Pulau Sipadan.
Siap dengan aksi kuak lentang, kuak rama-rama dan pelbagai lagi.
Ataupun, Mya boleh pergi ke Pulau Boheydulong.
Dengar kata, cantiknyaaa~ 
Yang pernah pergi semuanya tak habis-habis memuji.
Dengan laut biru jernih, hidupan laut yang dekat di depan mata.
Berangan jadi Shim Chung dalam Legends of the Sea sekejap.
Paling dekat pun, mungkin watak Puteri lakonan Maya Karin dalam filem Duyung.

Dulu, masa kecil-kecil selalu berangan, kalau Mya dapat ke Sabah,
Mya teringin ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.
Dari dulu lagi, tempat ini selalu ditayangkan di TV.
Sebab tu, Mya teringin sangat nak ke sana.

Tapi, tak lengkaplah #MyTravelokaEscapade kalau tak bersiar-siar di Kundasang. 
Tak payah jelaskan panjang lebar pun, orang sudah mampu teka ke mana destinasi pilihan Mya di Kundasang ni. Semestinya Desa Cattle Dairy Farm. Bukan senang nak merasa berada di New Zealand. Berangan pun jadilah. Nak pergi ke luar negara sangatlah jauh sekali.

And, for extreme-activities-lover macam Mya ni,
Mya nak sangat cuba paragliding yang ada di Ranau tu. 
Bila tengok orang lain terbang dengan muka bangga dan happy di TV,
lagilah rasa teringin yang teramat sangat.

So, if dapat menang free travel dari Traveloka.com.my ni, Mya nak sangat ke Sabah. 
Memang dah lama sangat teringin nak pergi ke tempat-tempat yang Mya senaraikan kat atas tu.
Itu baru sebahagian je. 

Anyway, stay with me till next time, okay?
Bye, XOXO.

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi

Yang follow instagram Mya, pasti tahu kemana Mya pergi hingga menyepi selama beberapa hari. Bukan semata kerana sibuk, line internet pun tidak berapa cantik di sana. Dah beberapa kali Mya pergi ke Langkawi sebenarnya. Tetapi, wishlist utama Mya masih tidak tercapai. Mya memang teringin sangat nak naik ke Sky Bridge yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan hanya kita, malah pelancong juga sangat teruja apabila sampai ke Sky Cab & Sky Bridge Langkawi ni.

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi

Jadi, bila dah sampai ke Langkawi kali ini, Mya terus sewa motor dan bertolak ke Oriental Village yang jaraknya lebih kurang 26km dari motel tempat kami menginap. Gigih sangat kan?

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi : Transparent Floor

Nak ke Sky Bridge dari Rest Point tu ada dua cara. Boleh berjalan kaki atau menaiki glide. Untuk berjalan kaki, hanya RM5 sahaja dikenakan sebagai yuran. manakala untuk glide adalah sebanyak RM15. Konon nak berjimat dan nak menghayati keindahan alam, Mya dan kawan-kawan pilih untuk hanya berjalan kaki.

200 anak tangga sejauh 130 meter.

Mohon, kalau awak nak pergi, pakai sneakers atau sport shoes. Pilihan yang lebih baik dan sihat.
Jangan jadi macam Mya yang redah je pakai wedges sebab dah excited sangat nak pergi.

Sky Cab & Sky Bridge Langkawi : Kabus

Kabus memang agak tebal. Tetapi masih selamat untuk menaiki Sky Bridge sebab masih boleh nampak hingga 50 - 100 meter di hadapan. Yang best, bila berada di tengah-tengah dalam keadaan itu sebenarnya. You cannot see both ends, tapi, tiba-tiba orang muncul dari celah kabus. Lama jugak Mya dan kawan-kawan berehat di end point sebelum berpatah balik ke rest point untuk turun.

The joy is over.

Bila tengok jalan yang sama Mya masuk tadi terpampang depan mata, laju je otak decide untuk tanggalkan kasut dan berkaki ayam. Sebab, kalau pakai kasut, the pain will be doubled. Nak sampai ke atas, hampir 10 minit. Both me and my friend dah rasa nak merangkak naik tangga. Mungkin betul pesanan seseorang pada Mya. 

Mya Farisha perlu mula bersenam!

Anyway, the experience was thrilling and joyful in the same time.
Dah boleh dah move on untuk bercuti di tempat lain selepas ini.

[LYRICS] Stay With Me - Chan Yeol (EXO) ft Punch (Goblin OST)

Lyrics Stay With Me Chanyeol Exo Punch Goblin OST Lyrics Stay With Me Chanyeol Exo Punch Goblin OST

[LYRICS] Stay With Me (Goblin OST)

Chan Yeol (EXO) ft Punch 


Korean
Romanized
English
나의 두 눈을 감으면
떠오르는 그 눈동자
자꾸 가슴이 시려서
잊혀지길 바랬어
꿈이라면 이제 깨어났으면 제발
정말 네가 나의 운명인 걸까
넌 Falling You

운명처럼 너를 Falling
또 나를 부르네 Calling
헤어 나올 수 없어 제발 Hold Me
내 인연의 끈이 넌지
기다린 네가 맞는지
가슴이 먼저 왜 내려앉는지

Stay With Me
내 마음속 깊은 곳에 네가 사는지
Stay With Me
내 안에 숨겨왔던 진실

나의 두 눈을 감으면
떠오르는 그 눈동자
자꾸 가슴이 시려서
잊혀지길 바랬어
꿈이라면 이제 깨어났으면 제발
정말 네가 나의 운명인 걸까
넌 Falling You

가슴은 뛰고 있어
여전히 널 보고 있어
자꾸만 숨이 막혀서
아직은 멀리에서
너를 지켜보고 싶어
내가 또 왜 이러는지
처음 너를 봤을때부터 다르게
운명의 시간은 또 더디게 갔지
내 가슴은 널 향했고
내 심장은 다시 또 뛰었고
꺼져버리던 희미한 불빛
너로 인해 다시 타오르는 눈빛
마치 오래전부터 널 사랑한 것 같아
무언가에 이끌리듯 끌려온 것 같아

나의 두 눈을 감으면
떠오르는 그 눈동자
자꾸 가슴이 시려서
잊혀지길 바랬어
꿈이라면 이제 깨어났으면 제발
정말 네가 나의 운명인 걸까
넌 Falling You
naeui du nuneul gameumyeon
ddeo oreuneun geu nundongja
jakku gaseumi siryeoseo
ijhyeojigil baraesseo
kkumiramyeon ije kkae-onasseumyeon jebal
jeongmal niga naeui unmyeongin geolkka
neon Falling you

unmyeongcheoreom neoreul Falling
tto nareul bureune Calling
heeo naol su eopseo jebal Hold Me
nae inyeonui kkeuni neonji
gidarin nega majneunji
gaseumi meonjeo wae naeryeoanjneunji

Stay With Me
nae maeumsok gipeun gose nega saneunji
Stay With Me
nae ane sumgyeowassdeon jinsil

naui du nuneul gameumyeon
tteooreuneun geu nundongja
jakku gaseumi siryeoseo
ijhyeojigil baraesseo
kkumiramyeon ije kkaeeonasseumyeon jebal
jeongmal nega naui unmyeongin geolkka
neon Falling You

gaseumeun ttwigo isseo
yeojeonhi neol bogo isseo
jakkuman sumi makhyeoseo
ajigeun meollieseo
neoreul jikyeobogo sipeo
naega tto wae ireoneunji
cheoeum neoreul bwasseulttaebuteo dareuge
unmyeongui siganeun tto deodige gassji
nae gaseumeun neol hyanghaessgo
nae simjangeun dasi tto ttwieossgo
kkeojyeobeorideon huimihan bulbit
neoro inhae dasi taoreuneun nunbit
machi oraejeonbuteo neol saranghan geot gata
mueongae ikkeullideut kkeullyeoon geot gata

naui du nuneul gameumyeon
tteooreuneun geu nundongja
jakku gaseumi siryeoseo
ijhyeojigil baraesseo
kkumiramyeon ije kkaeeonasseumyeon jebal
jeongmal nega naeui unmyeongin geolkka
neon Falling You
When I close my eyes
I see those eyes
My heart kept aching
So I wanted to forget
If this is a dream, please let me wake up
Are you really my destiny?
Falling you

Like destiny, falling
You’re calling out to me, calling
I can’t escape
Please hold me
Are you the line of my fate?
Are you the one I’ve been waiting for?
Why is my heart sinking?

(Stay With Me)
Are you living
Deep in my heart?
(Stay With Me)
The truth hidden in me

When I close my eyes
I see those eyes
My heart kept aching
So I wanted to forget
If this is a dream, please let me wake up
Are you really my destiny?
Falling you

My heart is racing
I’m still looking at you
Because I keep running out of breath
I’m still watching over you
From far away
Why am I being like this?

Different from the moment I first saw you
This time of fate is passing slowly
My heart was heading towards you
My heart was racing again
The faint light was turned off
But my eyes are lighting up again because of you
Feels like I’ve loved you from a long time ago
Feels like I’m being pulled by something

When I close my eyes
I see those eyes
My heart kept aching
So I wanted to forget
If this is a dream, please let me wake up
Are you really my destiny?
Falling you

Full Lyrics : klyrics.net
Romanized by : MF

[LYRICS] Stay With Me - Chan Yeol (EXO) ft Punch (Goblin OST)

8 Menu Makanan Ringan (Snek) Sihat

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Macam yang kita semua tahu, snek bukanlah satu pilihan yang baik jika anda ingin menurunkan berat badan mahupun membakar lemak. Tapi, betulkah wujudnya snek sihat? Sejauh mana kebaikannya? Jom kita lihat satu persatu 

Biskut dan Tuna
Tuna merupakan sumber Omega 3 yang sihat.
3 aun tuna dan 6 keping biskut mengandungi:
20g Protein, 3g Serat, 200kcal Kalori

Smooties Berry
Campuran yogurt rendah lemak dan buah beri ini mengandungi:
9g Protein, 4g Serat, 139kcal Kalori

Buah Pir dan Kulit Kayu Manis
Potongkan buah pir dalam bentuk dadu 
dan gaulkan dengan satu teh serbuk kulit kayu manis.
Snek yang membuka selera ini mengandungi:
8g Protein, 5g Serat, 170kcal Kalori

Udang
Goreng dengan sedikit sahaja minyak bersama avokado
atau rebus dan campurkan dengan yogurt rendah lemak 
menjadikan makanan ini lebih sihat dan berkhasiat.
9g Protein, 4g serat, 162kcal Kalori

Tauhu
Snek paling mudah untuk disediakan.
Boleh dijadikan snek atau dimakan dengan hidangan utama.
Tauhu mengandungi:
12g Protein, 3g Serat, 164kcal Kalori

Roti Bakar dan Pir
Hidangan sarapan yang mudah 
dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Dapat membentu menambah tenaga untuk tugas harian dengan kandungan khasiat iaitu:
11g Protein, 3.5g Serat, 200kcal Kalori.

Source: google.com

Teh Hijau
Minuman ini sangat popular dalam membantu mengurangkan lemak badan.
Namun, ia sebenarnya bergantung kepada kaedah penyediaan.
Kurangkan kandungan gula dan tenusu yang mungkin mengurangkan keberkesanannya.

Asparagus dan Telur Rebus
Gandingan dua bahan ini bukan sahja membantu membakar lemak,
malahan, ianya kaya dengan serat dan protein semula jadi.
11g Protein, 5g Serat, 126kcal Kalori

Sumber : Majalah Dara.com

Minyak Herba Asmak - Penawar yang terbukti berkesan!

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua

Sakit betul pinggang and tengkuk ni. Time kerja asyik duduk membongkok saja. Bila berdiri, kena angkat stok susun kat kabinet. Memang tak tahu nak explain macam manalah rasa tak selesa tu. Kadang-kadang tu, disebabkan banyak membongkok sambil mendongak hadap komputer, sakit kepala mula datang.

Tapi itu dululah . Sekarang ni, kalau rasa tak selesa, badan lenguh-lenguh, kepala sakit, tergeliat urat masa angkat stok, sapu je Minyak Herba Asmak keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. (MHAMSB) ni. Bau minyak asmak ni pun tak kuat sangat sampai ganggu pelanggan. Botol pun kecil je. Senang nak bawa ke sana ke mari.


Kegunaan Minyak Herba Asmak

Sebenarnya , selain untuk melegakan lenguh-lenguh badan dan sakit kepala, minyak asmak ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain . Antaranya ialah asma , semput , batuk , selsema , resdung , migrain , sakit gigi , sakit mata , sembelit dan buasir . Cara guna pun senang je . Macam Mya , bila senggugut , sapu je minyak herba asmak ni di bahagian bawah perut . Alhamdulillah , lepas tu terus lega . Sama lah bila luka , kena gigit nyamuk atau semut dan lecur kena api sekalipun . Sapu je penawar herba keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. ni.


Benda paling obviously penting dalam daily life Mya is kesihatan ahli keluarga Mya sendiri . Anak-anak saudara , parents and siblings . Jadi , bila guna minyak asmak ni sebenarnya amat memudahkan kerja . Lenguh badan ? Cari minyak asmak . Anak - anak kecil batuk ? Sapu minyak asmak . Luka or lecur kena kuali atau minyak panas ? Guna je minyak asmak . Risau bila anak - anak saudara batuk ni . Takut simptom asma .

Kelebihan Minyak Herba Asmak
Ada yang bertanya , tak mengapa ke minyak asmak ni kat budak kecil ? Risau panas sebab namanya pun minyak herba asmak . Jangan risau . Penawar asma ni memang best sebab semua orang boleh pakai , terutama untuk bayi . Sedikit berangin tapi tidak panas kerana proses R&D untuk membuat minyak herba asmak yang mengambil masa agak lama sememangnya bertujuan demi menghasilkan minyak asmak yang selamat dan berkesan serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kalau tak selamat, tak mungkinlah Mya pakai kan ?

Mya dapat tahu ada pihak tidak bertanggungjawab telah menjual minyak asmak tiruan di pasaran . Jadi , saranan Mya , sebelum beli pastikan pengedar atau stokis berkenaan memiliki ID yang telah didaftarkan dengan pihak Minyak Herba Asma Mujarab Sdn. Bhd. sendiri. Rugi sahaja beli harga yang sama tetapi tidak mujarab , bukan? Nanti bila MHAMSB dah letakkan meditag pada penutup , insyaAllah lebih mudah untuk kenal . Oh ya ! Mya ada terbaca yang awak akan mendapat kotak tabung yang sangat comel dengan setiap pembelian Minyak Herba Asmak mulai bulan ini . Jadi, boleh la borong sekarang !


Sekiranya awak berminat untuk mencuba atau mahu menjadi salah seorang agen produk mujarab ini, boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan-pautan berikut, atau boleh terus hubungi

Hotline HQ Minyak Herba Asma Mujarab : 019 - 970 8897



Website rasmi Minyak Herba Asma Mujarab :


http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :

http://penawarasma.com.my

Instagram Minyak Herba Asma Mujarab : mham.sdnbhd


Facebook Page :

Penawar Asma Mujarab  |  Minyak Herba Asmak HQ

Youtube Minyak Herba Asmak : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag


Anyway, stay with me till next time , okay?
Bye, XOXO.