Search This Blog

Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?

Berapa kali, sejak dewasa ini awak pernah mengambil ubat cacing? Sangkaan kita,keperluan mengambil ubat cacing ini hanya semasa kanak-kanak sahaja adalah tidak benar sama sekali sebenarnya. Dan untuk makluman kita semua, cacing yang ada di dalam perut kita dewasa ini jauh lebih bahaya dari semasa kita kanak-kanak.

Ubat Cacing : Perlukah tika Dewasa?


Sebenarnya banyak tanda-tanda mudah untuk mengesan sekiranya perut kita mengandungi cacing/parasit ketika dewasa ini. Malah ianya lebih mudah dikesan daripada zaman kanak-kanak. Antara simptom mudah adalah:
πŸ’™ Cirit-birit
πŸ’™ Sembelit
πŸ’™ Cepat lapar
πŸ’™ Insomnia
πŸ’™ Overweight
πŸ’™ Angin dalam perut
πŸ’™ Gatal-gatal sekitar dubur
πŸ’™ Kurang kandungan gula dalam badan
πŸ’™ dan lain-lain lagi

Kesemua simptom yang disebutkan diatas adalah kerana nutrisi dari makanan yang kita ambil setiap hari tidak diterima oleh tubuh kerana wujudnya cacing dalam badan kita. Kita juga akan mudah berasa lapar dan ada juga yang mengalami masalah sistem penghadaman terlalu lancar hingga mengakibatkan mereka kerap ke tandas setiap kali selepas waktu makan.

Pengambilan ubat cacing ketika dewasa adalah perlu dilakukan kerana dewasa ini kita memerlukan lebih banyak nutrien untuk menjamin kesihatan yang baik. Ditambah dengan keadaan sekitar yang kian terjejas, ada baiknya kalau kita mengamalkan kegiatan hidup yang lebih sihat, bukan?
Ubat cacing untuk dewasa
sumber : google

Ubat cacing yang selalu Mya ambil adalah dari jenama Zentel yang mana telah diperkenalkan oleh pihak pharmacist sendiri. Jangan risau. Cacing yang berada dalam perut orang dewasa bersifat lebih kecil dan mudah hapus. Bila kita ambil ubat ini, cacing akan mati, hancur dan keluar bersama najis makanan yang lain. Malah tempoh pengambilan pula berselang antara 6 ke 12 bulan. Easy, right?

Jadi, jom sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga.
Jangan takut untuk mengambil ubat cacing, ya?

Okey ke Kopi? Khasiat dan Kebaikannya

Benda yang paling teringin Mya nak buat dari dulu lagi is merasai suasana minum kopi *most probably mocha* sambil membaca macam dalam drama Korea tu. Sampaikan, pernah pasang angan *masih, sebenarnya* nak bukak book cafe kat tempat Mya ni, walaupun mungkin akan kurang mendapat sambutan atas sebab persekitaran. Anyway, ada yang kata kopi ni sebenarnya tak berapa baik untuk kesihatan kita? Meanwhile, ada juga yang kata minum kopi ni membantu meningkatkan daya konsentrasi *ayat skema habis*. Jadi sebenarnya, okey ke kopi ni? Atau, tak okey ke kopi ni?

Okey ke kopi? Khasiat dan Kebaikannya

Kopi ni sebenarnya terlalu pelbagai. Ada black coffee, white coffee, arabian coffee dan bermacam jenis lagi biji kopi yang memang Mya tak akan pernah habis belajar. Itu baru mengenai biji kopi. Belum termasuk jenis minuman kopi yang lagilah pelbagai. Mocha, latte, americano dan cappucino merupakan antara pilihan terkenal para penggemar kopi. Well, mocha-drinker anyone? *high five*

Okey ke Kopi?

Selalunya bila Mya lepak minum kopi atau nescafe dengan kawan-kawan around tea time, ramai yang mengadu kopi buatkan mereka jadi kurang mengantuk apabila sampai tengah malam, menyebabkan mereka tidur when it's almost 3AM. Tapi, betul ke kesan kopi selama tu? Dari sumber yang berbagai, Mya dapati kesan kopi boleh bertahan hanya dalam tempoh empat ke enam jam sahaja. Well actually, kesan pengambilan kopi juga berbeza bagi setiap orang. Ada 3 jenis atau tahap sensitiviti tubuh dengan kopi iaitu :

Hypersensitive - walaupun minum kurang dari 100mg kopi tetapi mengalami kesan yang agak teruk seperti sukar tidur dan degupan jantung lebih dari kebiasaan.

Normal - Kadar pengambilan antara 200 ke 400mg sehari. Tiada kesan sampingan apabila mengambil kopi pada waktu yang sesuai.

Hyposensitive - Golongan ini boleh minum kopi lebih dari 500mg sehari tanpa sebarang kesan, walaupun diminum sebelum waktu tidur.

Kebaikan kopi

Kopi sebenarnya boleh membantu memaksimakan kesihatan kita. Suprisingly, kopi atau kafein membantu sistem imun tubuh menentang penyakit berbahaya seperti punca diabetes dan sakit jantung. 

Berita baik buat mereka yang mahu mengurangkan berat dan lemak badan. Kopi dikatakan sangat membantu kerana ianya meningkat kadar metabolisma yang yang membakar lemak. Tetapi, kurangkan gula, okey? Oh, dan jangan minum terlalu kerap. Kesannya mungkin akan berkurang.


Be happy with coffee. Kajian menunjukkan mereka yang minum kopi kurang mengalami stress. Malah, kajian juga menyatakan kopi membantu mengelakkan Alzheimer dan Parkinson dengan keupayaannya meransang sistem saraf. 

Inilah sebahagian daripada kebaikan meminum kopi yang sempat Mya kumpulkan pagi ini. Jadi, rasa-rasanyalah kan, okey ke kopi ni? Jom kita fikir sama-sama sambil Mya bancuh mocha kesukaan Mya ni.

Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan

Berita terkini mengenai rancangan variety Korea terkenal, Running Man ini pastinya mengembalikan semula senyuman di wajah para peminat. Pengumuman yang telah dikeluarkan oleh kru penerbitan rancangan itu pada penghujung tahun 2016 kini telah dibatalkan, lanjutan persetujuan ahli-ahli sendiri agar Running Man diteruskan. Berita mengenai Running Man diteruskan semula selepas episod istimewa ahli ini nyata menggembirakan hati para peminat yang asalnya bersedih dengan berita pembuangan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pada Disember 2016.

Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan


Running Man Diteruskan, Tak Jadi Dibatalkan

Bermula dengan penarikan diri oleh Kang Gary pada November tahun lalu, peminat mula berasa sedih dan langsung tidak dapat menduga apabila berita Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga akan menyusul langkah Kang Gary atas alasan tanggungjawab lain mula tersebar. Namun begitu, berita itu disangkal oleh kedua-dua pihak pengurusan yang mendakwa artis mereka telah dilucutkan atas tujuan pembaharuan.

Setelah perbincangan dengan Ketua Ibu Pejabat SBS sendiri, Mr. Nam, keenam-enam ahli akhirnya bersetuju untuk meneruskan pengambaran dan membatalkan pembatalan rancangan yang sepatutnya berakhir bulan hadapan. Kang Gary juga dikatakan akan menghiasi episod minggu ini sebagai tetamu istimewa tanpa pengetahuan para ahli lain.

Kinda a happy news for a 6-years-long loyal fan like me.
Sumber : Koreaboo

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Tarikh 19 Januari semestinya merupakan tarikh penuh emosi buat para peminat Rain seluruh dunia apabila berita mengenai perkahwinannya bersama kekasih hatinya, Kim Tae Hee mula tersebar. Apa yang lebih mengharukan, Rain sempat merakamkan sebuah lagu yang diberi tajuk The Best Gift yang disempurnakan pada awal tahun ini. Lagu itu dikatakan merupakan hadiah Rain buat isterinya berdasarkan lirik yang ditulis pada bahagian korus. Sememangnya the best gift buat kedua-dua mereka.

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/the-best-gift-hadiah-rain-buat-isteri.html

Rain, atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon memaklumkan peminat mengenai berita perkahwinan pada 17 Januari sebelum melangsungkan perkahwinannya dua hari kemudian melalui surat bertulisan tangan yang dipos pada laman media sosialnya.  Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila menyaksikan kisah cinta yang dijalinkan lebih lima tahun itu berakhir dengan sebuah perkahwinan. 

Sekadar menjalankan sebuah majlis ringkas dan tertutup, Kim Tae Hee dan Rain disatukan di sebuah gereja Katolik, dihadiri seluruh kaum keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin. Rain juga dikhabarkan telah menyanyikan lagu terbarunya, The Best Gift, buat isteri tersayang di hadapan para tetamu yang telah hadir. 


Kim Tae Hee, yang popular dengan drama My Princess, kemudiannya turut mengepos surat bertulisan tangan di laman media sosialnya sebagai tanda terima kasih kepada peminat mereka berdua yang menyokong dan mengucapkan tahniah atas perkahwinannya. Janjinya adalah untuk menjadi pelakon yang lebih baik, disamping memberikan yang terbaik sebagai seorang isteri.

Pasangan ini dikhabarkan akan menetap di apartment milik Rain di Cheondamdong dan akan berbulan madu di Bali, Indonesia. Rain dan Kim Tae Hee kini disahkan pasanagn artis Korea yang memiliki aset harta terbanyak iaitu sekitar 43 Million Dolar.

Bedak Asmak : Penawar Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi

Sekarang ni, penyakit kulit ekzema sudah tidak asing lagi pada bayi. Penyakit ekzema pada bayi ini mungkin sahaja boleh berterusan sehingga menjelang dewasa sekiranya tidak dirawat dan dicegah dari awal. Penyakit kulit ekzema pada bayi boleh dikesan dengan munculnya ruam-ruam merah pada kulit bayi terutamanya di bahagian pipi. Keadaan ini akan mengakibatkan rasa gatal dan mengganggu waktu tidur bayi.

Bedak Asmak : Penawar Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi


Penawar Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi

Apa itu Bedak Asmak?

Bedak Asmak merupakan bedak penawar yang diperbuat dari 100% BAHAN SEMULAJADI iaitu tanah liat putih yang berkualiti tinggi. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, ianya juga boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Ianya membantu merawat ruam pada bayi, ekzema, kudis buta, kurap, panau, kayap, cacar air dan penyakit kulit yang lain.

Keistimewaan Bedak Asmak

Bagi orang dewasa, kecantikan wajah merupakan aspek penting. Jangan risau! Bedak Asmak boleh membantu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika sering digunakan dengan kerap dan konsisten. Boleh digunakan seperti bedak sejuk dan dipakai sebelum tidur.

Bedak Asmak

Apa yang lebih menarik, bedak asmak mengandungi kadar penapis sinar UVA (penyebab kedutan) yang agak tinggi, justeru membantu mengelakkan kedutan pada wajah. Ianya juga tidak menyumbat liang pori dan membantu menjadikan kulit wajah lebih licin dan halus.

Testimoni Bedak Asmak Penawar Penyakit Kulit Ekzema pada Bayi

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,
boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ:
019 - 970 8897


Website rasmi syarikat :

Instagram Rasmi : mham.sdnbhd

FB Page Produk :

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page : 

[LYRICS] Round and Round (Goblin OST) - Heize ft Han Soo Ji

[LYRICS] Round and Round (Goblin OST) [LYRICS] Round and Round (Goblin OST) 

[LYRICS] Round and Round (Goblin OST)

Heize ft Han Soo Ji


See Ya
Never gone my way
Better will someday
Never far away

See Ya
Never gone my way
Better on my stay
Never far away

Round and round
and I never know why
Round and round
and it will show us way out
It’s my delight

As day goes by
 you hold on tight another day
You’re wondering why
but you know why no other way

Someday the sun will shine down
Someday the moon will cry
Tomorrow we‘ll see
Tomorrow will be
As we go on our way

The world in your eyes forever is lie
as we go on our way
There is a thousand things to know
Sometimes we’re standing by
the things we never understand
As we go on our own way

The sun goes down
The tides are low
I’ll see you on the day
Letting you go on your way

See Ya
Never gone my way
Never will someday
Never far away

See Ya
Never gone my way
Never on my day
Never far away

Round and round and I never know why
Round and round and it will show us way out
It’s my delight

*Lyrics by ears*

5 Jenis Fobia yang Unik

Idea untuk entri ini tercetus semasa Mya tonton semula potongan episod lama Running Man yang bakal berakhir Februari ini. Seperti yang ramai maklum, Haha dan Yoo Jae Suk sememangnya dikenali sebagai ahli yang mempunyai banyak ketakutan. Takut kepada ketinggian, takut kepada kegelapan dan pelbagai lagi. Song Ji Hyo yang sering tampil dengan imej gadis berani pula mempunyai ketakutan kepada serangga. Semua jenis ketakutan yang dimiliki mereka merupakan ketakutan, atau lebih senang dipanggil fobia yang sering kita dengar. Tetapi, tahukah awak adanya banyak lagi fobia yang unik dan pelik, sehingga kita rasakan bagai tidak percaya fobia seperti itu wujud? Dalam entri ini, Mya akan senaraikan 5 jenis fobia yang unik dan pelik yang wujud di sekeliling kita.

5 Jenis Fobia yang Unik

5 Jenis Fobia yang Unik


Chirophobia - Fobia kepada tangan

Ini bukan sahaja bermaksud pesakit takut kepada sentuhan tangan, malah dengan anggota tangan itu sendiri. Mungkin bunyinya pelik dan tidak logik memandangkan tangan merupakan anggota penting dalam kehidupan seharian kita. Pun begitu, ada beberapa orang yang mengakui mempunyai ketakutan ini. Ianya terjadi akibat trauma kepada sesuatu yang berlaku ketika mereka menggunakan tangan mereka sendiri. Unik bukan?

Botanophobia - Fobia kepada tumbuhan

Bagi orang lain, ketakutan ini mungkin kedengaran mengarut. Namun bagi pesakit dengan ketakutan ini, mereka sanggup untuk terus tinggal di dalam rumah tanpa keluar demi mengelakkan dari berhadapan dengan sebarang tumbuhan. Ada antara mereka yang memiliki ketakutan yang sangat ekstrim hingga boleh membayangkan tumbuhan itu boleh bergerak sendiri dan memakan mereka. Punca ketakutan ini biasanya apabila melibatkan kematian ataupun kesakitan yang teruk.

Papyrophobia - Fobia kepada kertas

Bunyi seperti kelakar. Apatah lagi dengan keadaan di sekeliling kita yang dipenuhi dengan penggunaan kertas. Tetapi, ketakutan ini benar-benar wujud. Mereka dengan ketakutan ini bukan sahaja takut kepada kertas A4 putih yang bersih itu sahaja, malahan dengan kertas yang sudah direnyuk dan sebarang kertas pembalut pun begitu juga. Punca? Masih lagi dalam kajian.

Nephophobia - Fobia kepada awan

Harapnya tiada kawan Mya yang mempunyai masalah ini. Jika tidak, pastinya Mya sudah menyiksa jiwanya. Tidak seperti pesakit dengan fobia ini, Mya sangat suka melihat awan dan menikmati pemandangan yang disertakan awan yang memutih. Eh, dah macam berpuisi. Anyway, sehingga waktu ini, punca ketakutan yang dapat dikenalpasti dalam dari keadaan trauma teruk yang pernah dialami.

Geumophobia - Fobia kepada rasa

Suka menikmati makanan yang tidak mempunyai sebarang rasa? Tanpa rasa masin, pedas, masam, manis mahupun pahit? Awak mungkin memiliki fobia kepada rasa. Bagi Mya yang sangat suka makanan yang kaya dengan pelbagai perasa, pastinya Mya dan pesakit sebegini tidak sehaluan.

Terdapat beratus lagi ketakutan yang unik selain daripada lima ketakutan yang yang sudah Mya senaraikan di atas. Rasakan ketakutan anda biasa-biasa saja? Fikirkan semula.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Seiring peredaran zaman yang kian maju, pelbagai bidang teknologi kini semakin bercambah dan berkembang. Hal ini tidak terhad kepada perkembangan dunia penggunaan data dan teknologi smartphone yang mula berubah dan semakin canggih sahaja. Malah, dalam segala aspek kehidupan. Berbalik kepada tajuk utama kita, iaitu ' Apakah ciri hard disk terbaik?', kita...

Opss! Back up a sec. Too hardcore to be followed, 'aite?


Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Dalam zaman kita sekarang ini, storage merupakan salah satu perkara paling penting. Bukan semata dalam telefon, malah apa-apa sahaja simpanan mudah alih yang membolehkan kita menyimpan maklumat, audio, video, gambar dan segala jenis adik-beradik mereka yang lain. Bukan trying to be funny, tapi dalam zaman sekarang ni, storage 16GB pun belum tentu cukup. Itu dalam dunia smartphone. Bagaimana pula dengan portable memory storage?

Apabila ditanya kepada orang ramai, ciri pertama yang disebut semestinya saiz storage yang BESAR. Why BESAR? Semestinya untuk menyimpan data yang banyak dan pelbagai. Video langkah pertama anak, video Smule bersama Charlie Puth malam tadi, gambar helang terbang dan sebagainya. Semuanya perlu disimpan dalam satu storan yang berkapasiti besar. Takkanlah hendak disimpan di dalam pendrive kecil sahaja, bukan? 

Speed juga perlu diambil kira. It's an easy equation. Semakin tinggi kadar kelajuan pemindahan data keluar atau masuk ke storage, semakin baguslah hard disk tersebut. Nobody loves waiting too long, kan?

Ciri Hard Disk Terbaik : No waiting ~
Antara ciri lain hard disk yang terbaik adalah ianya ringan dan mudah dibawa. Seriously, ini mungkin nampak mudah, tetapi sangat perlu diambil kira. Lagi best apabila ianya bersaiz kecil dan tahan lasak. Bukankah mudah bila kita boleh simpankan memory storage dalam beg dan bawa ke mana sahaja tanpa halangan? Andai kata berlaku gegaran atau terjatuh dalam bekas air pun, ianya tidak begitu terjejas. Manalah tahu. Ia boleh terjadi.

Last but not least, harga pun kenalah BEST jugak. Selain huge storage, high data transferring speed, mudah dibawa dan tahan lasak, harga juga merupakan elemen utama yang menjadikan suatu hard disk menjadi SUPER BEST dan TERBAIK. Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak sekarang ni, harga adalah antara perkara yang paling awal dinilai oleh pengguna. Hence, harga adalah ciri hard disk terbaik yang terakhir.

Wujudkah hard disk dengan semua ciri yang sudah ditulis di atas? 
What will you do if I say 'YES'?

Ciri hard disk terbaik

AData, hard disk dengan harga berpatutan, kapasiti besar, kadar kelajuan pemindahan data yang tinggi, tahan lasak, malahan, boleh berada sehingga kedalaman 1.5 meter selama 60 minit.
Paling best, dengan pilihan warna dan corak yang menarik perhatian.

Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Drama bersiri Korea, Goblin yang kini menjadi bualan ramai peminat seluruh dunia kini telah sampai ke kemuncaknya dalam episod 13 pada 14 Januari lalu (waktu siaran Malaysia). Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan peminat, tvN telah menyediakan dua-bahagian episod khas Goblin Special yang dihoskan oleh watak Setiausaha Kim (Jo Woo Jin). Kenyataan mengenai episod Goblin Special ini sedikit sebanyak meredakan kegelisahan peminat yang rata-rata mesih terkejut dengan pengakhiran episod 13.

Goblin Special : Kemuncak bermula


Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Dalam sidang media, tvN memberitahu bahawa episod Goblin Special ini adalah demi membantu peminat dan penonton setia untuk lebih memahami jalan cerita dan hubungan antara watak memandangkan drama ini menggabungkan beberapa genre iaitu, fantasi, cinta, kehidupan dan kematian di dalam sebuah drama. Jalan cerita drama ini juga dikhabarkan akan lebih memuncak dan peminat bakal bermain emosi dalam tiga episod terakhir yang akan kembali ditayangkan pada hujung minggu ini.

Episod Goblin Special bahagian satu memaparkan bagaimana permulaan kisah seorang pahlawan menjadi goblin dan bagaimana hubungan antara Kim Shin dan Ji Eun Tak bermula. Manakala di bahagian kedua pula memaparkan kisah Wang Yeo dan Kim Sun yang bertemu di atas jambatan.

Sama-sama kita saksikan pengakhiran drama Goblin yang akan berakhir pada episod 16 nanti .

Hazama, Genervie akhirnya bersatu

Pelantun suara bagi lagu Di Amaran Mama akhirnya kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya pada jam 10.30 pagi semalam. Dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri para sahabat dan keluarga, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam, kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz akad sahaja. Dengan mas kahwin sebanyak RM 300, Hazama menyatakan dia dan isteri memilih untuk disatukan dalam majlis yang sederhana sahaja demi menyempurnakan apa yang perlu dan patut sahaja. 

Hazama Fokus demi AJL31

http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/hazama-akhiri-zaman-bujangnya.html
Hampir lima tahun menyulam cinta, Hazama dan Genervie disambut dalam majlis persandingan yang diadakan di Orchad Villa malam tadi yang turut dihadiri rakan artis dan media itu, tampak lebih bahagia dengan persembahan khas daripada Hafiz Suib yang mendendangkan lagu Ku Akui buat pasangan pengantin. Lega dan bersyukur kerana majlis pernikahan dan persandingannya berjalan lancar, Hazama kini akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Anugerah Juara Lagu ke-31 yang akan berlangsung Ahad, 22 Januari ini.

Hazama, Genervie akhirnya bersatu.

Sumber : BH Online
Gambar : Instagram Shuib Sepahtu

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop

Mya nak kongsi satu ilmu photoshop editing yang boleh dikatakan menarik untuk dipelajari. Bagi peminat filem futuristik seperti Mya, mungkin awak pernah melihat poster yang menggunakan teknik mata futuristik atau sebagainya yang sama seperti contoh dibawah ni. Mungkin juga ada yang lebih tahu dan miliki langkah lebih mudah untuk teknik mata futuristik menggunakan Photoshop ini. 

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop
Teknik ini tidak terhad untuk digunakan pada bahagian mata sahaja. Ada yang menggabungkan teknik ini dengan tangan, bola dan apa sahaja objek yang tampak bersesuaian. Jadi untuk sesi tutorial ini, awak cuma perlukan gambar mata dan gambar angka binary seperti yang dibawah ini:

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop

Teknik Mata Futuristik menggunakan Photoshop


1. Klik 'File' dan pilih 'New'. Masukkan saiz canvas yang diinginkan.
Sebaiknya, ikut saiz gambar mata yang sudah siapa disediakan.


 2. Klik ikon 'Add New Layer'.

3. Pilih fungsi 'Rectangle Shape'.

4. Ubah 'Style' kepada kosong dan 'Color' kepada warna putih seperti gambaran diatas.
Lukiskan beberapa garisan random dalam jarak yang berbeza.


 5. Klik pada kesemua layer shape tadi dan right-click pada tetikus.
Apabila keluar menu, pilih 'Merge Layers'.
Sesudah itu, right-click pada shape sekali lagi dan pilih 'Duplicate Layer'.
Klik pada icon mata kecik untuk sembunyikan salah satu shape.

6. Klik pada shape yang hendak digunakan, pilih fungsi 'Filter'.
Pilih 'Distort'  dan 'Polar Coordinates'.
Apabila keluar pop-up window, terus tekan 'Enter'.


7. Sembunyikan pula layer yang sudah siap pada arahan 6 tadi.
Tayangkan semula layer yang sudah disembunyikan pada arahan 5.
Pusingkan gambar hingga menjadi garisan tegak seperti dalam gambar.

8. Ulang Arahan 6.


9. Sembunyikan semua layer kecuali yang paling bawah.
Klik pada ikon 'Add New Layer'.

10. Ubah tetapan pada 'Style' kepada 'Stroke,0% Fill Opacity' seperti dalam gambar di atas.
Lukiskan satu petak segi empat dalam saiz sederhana.


11. Double-click pada layer shape yang baru dilukis.
http://myafarisha.blogspot.com/2017/01/teknik-mata-futuristik-menggunakan-photoshop.html
12. Pada pop-up window 'Layer Style', klik pada petak 'Stroke'
dan ubahkan tetapan seperti dalam gambar.


13. Teruskan melukis segi empat dalam berbagai saiz dan bentuk.
Sesudah selesai, highlight ke semua layer segi empat tadi dan right-click pada tetikus.
Pilih 'Rasterize Layer' pada menu yang keluar.
Kemudian, right-click sekali lagi untuk merge layers.


14. Klik pada 'File' dan pilih 'Place'.
Pilih gambar mata yang sudah disediakan.


15. Susun layer supaya gambar mata berada di kedudukan paling bawah.

16. Munculkan shape yang telah disembunyikan satu persatu dan 
klik pada kotak 'Normal' yang berada di sebelah Opacity. Pilih 'Soft Light'.
Ulang langkah yang sama pada gambar garisan kedua.


17. Double-click pada layer segi empat.

18. Pilih 'Outer Glow' dan ubahkan tetapan seperti dalam gambar.


19. Ulang langkah 14 untuk memasukkan gambar angka binary.
Susun supaya gambar angka berada paling atas. 
Right-click pada layer gambar angka binary dan pilih 'Soft Light'


20. Right-click pada gambar angka binary seklai lagi dan pilih 'Screen'.


21. Ubah opacity kepada peratus rendah supaya gambar angka binary menjadi samar-samar.
Klik pada fungsi 'Eraser' dan tetapkan hardness kepada 0%.
Padam gambar angka binary pada kawasan yang diingini.

22. Siap!

Semoga berjaya kepada yang mencuba.

Izham dan Mia kini Sah Bergelar Suami Isteri

Berseri. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah penjaga gol JDT FC, Mohamad Izham Tarmizi dan pasangannya, Shamiha Ahmad Baderi, atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad, ketika ini. Izham dan Mia kini sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10 pagi. Majlis akad nikah Izham dan Mia telah ditayangkan di laman web rasmi Tonton.my bagi membolehkan peminat mengikuti lintas langsung majlis bahagia kedua mempelai.

Kisah Izham dan Mia bermula di laman Twitter


Izham dan Mia selamat disatukan jam 10 pagi tadi.
Gambar dari instagram rasmi Mia Ahmad

Dalam sesi media yang lalu, Mia dan Izham akhirnya bercerita mengenai permulaan kisah cinta mereka yang sebenarnya bermula di Twitter. Kesungguhan Izham akhirnya membuka hati Mia untuk menerima kasih yang telah dihulurkan. Jika sudah bersungguh, hati perempuan mana yang tidak terusik, bukan?

Mia juga turut menyatakan bahawa dia hanya menerima tajaan baju pengantin, pelamin serta beberapa hal kecil lain keranan mahu menyediakan segala persiapan mengikut selera dan citarasanya sendiri. Ini kerana, Mia mahu merasa lebih puas hati dan dan selesa ketika majlis resepsinya esok yang akan diadakan di Taiping Golf and Contry Club.

Mya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan. 
Semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke jannah.

Lihat artikel hiburan lain :

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat

Sejak dari kali pertama Mya memahami maksud perkataan ‘Vegetarian’ lagi, Mya selalu terfikir sama ada golongan ini mendapat zat yang diperlukan tubuh secukupnya ataupun tidak. Di akhirnya, hanya satu yang Mya selalu simpulkan : vegetarian amalan yang tidak sihat. Namun begitu, bukankah dikatakan kita perlu mengambil banyak sayuran dan semestinya juga veterian memiliki kaedah mereka sendiri bagi mendapat zat yang hilang. Mengapa masih vegetarian amalan yang tidak sihat?

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat


Golongan vegetarian adalah golongan yang tidak menjamah sebarang jenis daging haiwan, termasuk ikan dan binatang ternakan. Malahan, ada di antara mereka yang langsung tidak menyentuh sebarang produk berasaskan haiwan seperti telur, susu, keju dan sebagainya. Namun begitu, amalan ini bukanlah suatu amalan yang baik kerana tubuh kita juga memerlukan zat yang hanya boleh didapati dari daging haiwan.

Benarkah vegetarian amalan yang tidak sihat?
sumber gambar : google

Kurang Vitamin A

Vitamin ini sangat penting bagi memastikan sistem imunisasi, penglihatan dan pertumbuhan tulang berlaku dengan baik. Sudah terlalu banyak kes yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana kanak-kanak menjadi buta sementara kerana kekurangan vitamin A. Manakala 50% dari jumlah itu pula meninggal dunia dalam masa 12 bulan *ngeri*

 Badan kita memproses beta karotena daripada sumber menjadi vitamin A. Sememangnya ada sayuran dan herba yang mengandungi khasiat itu, namun proses penukaran itu memerlukan elemen lain yang dihasilkan tubuh. Elemen itu pula dihasilkan dengan ransangan lemak pada daging haiwan. Tetapi perlu diingatkan, hanya makan sekadarnya sahaja.

Kurang Vitamin B12

Daging merah merupakan pembekal vitamin B12 yang sangat baik untuk badan. Ada yang berpendapat bahawa daging merah perlu dijauhi kerana boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung. Namun begitu, masalah itu hanya akan terjadi apabila mengambil daging merah melebihi kadar yang diperlukan badan. Purata pengambilan yang digalakkan hanyalah sebanyak 3 hingga 5 auns sahaja setiap hari.

Vegetarian : Amalan yang Tidak Sihat
sumber gambar : google

Walaupun dikatakan vitamin ini boleh diperoleh daripada alga, tempe, ragi dan spirulina, kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan ini tidak membantu meningkatkan kadar vitamin B12 di dalam tubuh kita. Malahan, vitamin B12 yang didapati dari produk berasakan haiwan juga tidak mampu memberikan kadar yang sama seperti daging merah.

Kurang Omega-3

Sebut sahaja Omega-3, pasti ramai yang terbayang zat daripada ikan. Betul. Zat asid linolenik yang boleh diperoleh daripada ikan dan telur ini mampu membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengurangkan peratus risiko menghidap kanser.

Tambahan lagi, dengan pengambilan sayuran yang mengandungi zat Omega-6 sebenarnya tidak membantu tubuh mendapatkan Omega-3, sebaliknya kadar asid lemak Omega-6 yang tinggi pula akan meningkat risiko  mendapat sakit jantung.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dan berpada-pada, sesuai dengan keperluan zat oleh tubuh kita. Makan dalam kadar berlebihan boleh mengakibatkan kita mendapat penyakit, begitu juga sebaliknya.


Bahan penulisan ini diperoleh dari buku Quran Saintifik, hasil tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Lihat artikel kesihatan lain :

Pearl Magic Lipstick : Mengembalikan kemungilan bibir

Perkara yang paling tidak digemari oleh wanita adalah apabila warna lipstick yang dipakai tidak kena dengan kulit. Apatah lagi apabila bibir mula menghitam akibat plumbum. Dengan Pearl Magic Lipstick, tiada masalah lagi kerana ianya memerah mengikut warna darah. Apa yang lebih baik, Pearl Magic Lipstick bebas plumbum yang boleh merosakkan bibir.

Pearl Magic Lipstick


Pearl Magic Lipstick : Mengembalikan kemungilan bibir


Selari dengan namanya sebagai produk mesra wudhuk, Pearl Magic Lipstick mudah dicuci semasa mengambil wuduk. Hanya sapukan dengan tisu dan cuci sedikit dengan air. Lipstick ini juga bertindak sebagai pelembab bibir (lipbalm) yang membantu merawat bibir kering dan menggelupas.

Bahan yang terkandung di dalam Pearl Magic Lipstick adalah :
Collagen
Vitamin E
Pearls
Olive oil

Minyak kelapa dara

Testimoni Pearl Magic Lipstick
HARGA ASAL : RM 30 sebatang

HARGA PROMOSI
Hanya RM 24 /kotak sahaja

PROMOSI BERGANDA PEARL MAGIC LIPSTICK: BELI 3 KOTAK DENGAN HANYA RM70 SAHAJA


Whatsapp/call/message 017-5721620 (Mya) atau email mynurulatika@gmail.com untuk membuat tempahan atau mahu menanyakan maklumat lanjut.

Untuk lihat produk lain, klik di sini

Nurraysa Beauty : Produk Mesra Wudhuk Pilihan Ramai

Nurraysa Beauty diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli yang berasal dari Pahang pada Julai 2012.
Nama Nurraysa sebenarnya diambil daripada gabungan nama beliau sekeluarga dan kini Nurraysa Beauty memiliki 20 produk rangkaian kecantikan dan kesihatan yang diproses tanpa campuran sebarang bahan kimia terlarang dan merbahaya.

Nurraysa Beauty : Produk Mesra Wudhuk Pilihan Ramai

Produk-produk di bawah Nurraysa Beauty


1. Nurraysa Collagen Powder

Hanya perlu koyak sachet dan terus tuang dalam mulut.
Rasa manis delima yang sangat sedap.
Mencuci usus dan membuang toksid dalam badan.
Harga asal : RM 150.00 | Harga Promosi : RM 75.00

2. Nurraysa Collagen Soap

Mengatasi jeragat, jerawat dan kulit berminyak.
Boleh juga digunkan untuk masalah ekzema, gatal-gatal dan panau.
Sesuai untuk semua lapisan umur, lelaki dan perempuan
Harga asal : RM 70.00 | Harga Promosi : RM 40.00

3. Nurraysa Skincare Set Trial

Mengandungi Collagen Soap, UV Cream, Serum dan Whitening Spray.
Tiada bahan merkuri yang membahayakan kulit.
Merawat kulit dari dalam.
Harga asal : RM 150.00 | Harga Promosi : RM 75.00

4. UV Cream

Melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF 50.
Tidak melekit.
Harga asal : RM 39.00

5. Treatment Serum

Sebagai antiseptik / antimikrobik yang melindungi kulit dari masalah jerawat.
Menjadikan kulit lebih berseri dan kelihatan lebih mulus.
Harga asal : RM 39.00

6. Mineral Whitening Spray

Memutihkan dan menegangkan kulit wajah.
Mengecilkan liang pori serta mengurang garis halus dan kedutan pada wajah.
Harga asal : RM 49.00

7. Pearl Magic Lipstick

Tanpa Plumbum yang boleh menghitamkan bibir.
Merawat bibir dengan memberikan kelembapan berterusan.
Mengikut warna darah.
Harga asal : RM 30.00 | Harga Promosi : RM 24.00

8. Glowing DD Moist Cake

Foundation + Concealer + Powder
Dengan SPF 50 , terdapat dalam tiga ton warna.
Harga asal : RM 39.00

9. Flawless Mineral Loose Powder

Bersifat halus dan diperbuat daripada bahan semulajadi.
Sesuai digunakan bersama Glowing DD Moist Cake
Harga asal : RM 50.00 | Harga Promosi : RM 29.90

10. Shining Mineral Blusher

Menaikkan seri wajah.
Tekstur ringan dan mudah disapu.
Juga diberikan brush
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 19.90

11. Instant Pearl Glow Body Lotion

Dengan wangian yang lembut dan tidak melekit.
Terus meresap ke dalam kulit selepas di sapu.
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 29.90

12. Stemcell Feminie Wash

Menyegarkan Miss V.
Merawat keputihan yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman.
Sesuai untuk wanita hamil.
Harga asal : RM 30.00 | Harga Promosi : RM 25.00

13. Miracle Black Eyeliner

Waterbased, tanpa silikon. Mudah dicuci dengan air.
Tidak comot hingga menghitamkan mata
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 29.00

14. Habbatus Sauda' Hair Treatment

Syampu + Conditioner (2 in 1).
Bebas paraben & SLES (Sodium Lauryl Ether Sulphate) yg boleh membahayakan kulit.
Dengan efek dingin yang menyegarkan kulit kepala.
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 29.90

15. Organic Body Wash

Bebas paraben & SLES (Sodium Lauryl Ether Sulphate) yg boleh membahayakan kulit.
Tak melekit selepas dicuci. Mengekalkan kelembapan kulit
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 29.90

16. Argan Whitening Moisturizer

Membantu melembapkan dan menghaluskan kulit.
Mengurangkan parut dan noda hitam.
Sesuai dipakai bagi mengurangkan dark circle.
Harga asal : RM 50.00 | Harga Promosi : RM 39.00

17. Perfect Brow Shaping

Mudah dicuci kerana tidak mengandungi silikon.
Didatangkan dalam warna coklat gelap sahaja dan mudah membentuk kening.
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 25.00

18. Mascara Perfect Long Lash

Mudah dicuci walau hanya menggunakan air.
Bersifat waterbased tanpa kandungan silikon. 
Tidak comot sehingga menghitamkan mata.
Harga asal : RM 35.00 | Harga Promosi : RM 29.00

19. Fast Clean Eye Make-up Remover

Dengan sumber dari tumbuhan dalam bentuk water-based, menanggalkan mekap dengan mudah. Bukan hanya sesuai digunakan pada bahagian mata, malahan muka keseluruhannya.
Harga asal : RM 49.90 | Harga Promosi : RM 29.90

20. Japanese Sweet Cherry Perfume

Wangian berasaskan bungaan sakura Jepun yang tahan sehingga 8 jam.
Bersaiz poket dan mudah dibawa ke mana-mana.
Harga asal : RM 99.90 | Harga Promosi : RM 39.90

Jangan malu dan jangan segan untuk whatsapp 0175721620 untuk tempahan.
Bagi yang ingin menambahkan pendapatan sampingan dengan produk yang kian mendapat tempat di Malaysia ni pun boleh whatsapp 0175721620.
Sertai team kami dan awak akan diberikan bahan marketing dan panduan secara PERCUMA


Berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Satu topik yang pernah ditanyakan kepada Mya. Berbahayakah tidur dalam lampu terang? Ada yang gemar tidur dalam suasana bilik yg gelap. Ada pula yang lebih gemar tidur dalam keadaan terang sepanjang malam. Tetapi, tahukah kita bahawa memasang lampu sepanjang malam bukanlah satu tindakan yang baik untuk kesihatan, selain ianya menambahkan kadar penggunaan elektrik? Persoalannya, berbahayakah tidur dalam lampu terang?

Berbahayakah tidur dalam keadaan lampu terang?


Seperti yang pernah Mya sentuh dalam entri "Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca" tempoh hari, tubuh kita memiliki jam biologi dan sistem yang menyeimbangkan kadar tidur dan jaga. Apabila kita tidur dalam keadaan lampu yang terpasang, ianya boleh mengganggu jam biologi tubuh dan mengganggu penghasilan hormon 'melatonin' yang membantu kita tidur lena.

Tidur dengan cahaya dari skrin laptop adalah tidak baik utk kesihatan.
sumber gambar : google
Tidur dalam cahaya terang, mungkin cahaya dari lampu, skrin TV atau laptop sebenarnya sangatlah berbahaya kepada kesihatan. Ada kajian yang menyatakan bahawa keadaan itu boleh mengakibatkan kita menjadi lebih gemuk, lebih berasa tertekan dan berkemungkinan besar boleh mengakibatkan kanser.

Akibat tidur dalam lampu terpasang


Antara akibat yang jelas kelihatan berpunca daripada tidur dalam keadaan lampu terpasang adalah :
1. Tidur terganggu
2. Badan mudah letih
3. Mudah tertekan
4. Kesihatan tubuh terganggu
5. Kanser
6. Berat badan bertambah

Cara mengatasi ketakutan/masalah tidur dalam gelap


Ketakutan atau masalah tidur dalam gelap boleh diatasi dengan beberapa langkah berikut yang sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan masalah achluophobia awak.

Gunakan lampu malam (berwarna oren/merah)

Kajian menunjukkan penggunaan lampu malam berwarna oren/merah yang agak malap tidak akan memberikan kesan ke atas sistem biologi tubuh seperti menggunakan lampu berwarna putih dan biru. Cadangan ini telah disarankan sendiri oleh Persatuan Kesihatan Amerika (AMA).

Biasakan diri dengan keadaan gelap

Cuba dapatkan nasihat dan rawatan dari pakar perlakuan cognitif. Ketakutan kepad kegelapan bukanlah sesuatu yang boleh dirawat dengan cara biasa. Namun, ianya juga tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan kesihatan awak di kemudian harinya.

Memandu dalam keadaan separa sedar

Pernah tak awak merasa yang awak tidak sedar atau ingat apa yang berlaku sepanjang pemanduan awak pulang dari tempat kerja atau kawasan yang sering awak kunjungi? Baru sebentar tadi awak mula memandu, dan apabila sedar sahaja, awak sudah sampai di rumah atau mana-mana tujuan awak? Tahukah awak yang awak sudah memandu dalam keadaan separa sedar? Bagaimana keadaan memandu dalam keadaan separa sedar boleh terjadi?


Memandu dalam keadaan minda separa sedar


Minda separa sedar selalu dikaitkan dengan keadaan di bawah hipnosis atau mimpi. Namun begitu, kedaan minda separa sedar ketika memandu bukanlah bererti awak sedang dipukau atau bermimpi. Sebaliknya, ia terjadi kerana penguasaan otak yang membimbing anggota badan bertindak seiring dengan rutin.

Memandu dalam keadaan separa sedar
Sumber : Google.com

Apabila awak memandu ke arah destinasi yang kerap dikunjungi sambil mendengar lagu ataupun berbual, otak awak telah membahagikan tugas antara refleks dan tugas lain. Disebabkan itulah, awak boleh memandu tanpa terlalu memberikan sepenuh perhatian kepada perjalanan awak. Memori yang ada dalam otak pula menginterpret setiap halangan dalam laluan (lampu isyarat/selekoh/simpang dsb) sebagai halangan kekal dan membolehkan tubuh memberikan refleksnya apabila mata melihat halangan di hadapan. 

Berbahayakah memandu dalam keadaan minda separa sedar?


Secara jujur, masih banyak kajian mengenai perkara ini sedang dijalankan. Ini kerana setiap orang memberikan reaksi dan refleks berbeza sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa pemanduan separa sedar. Malah punca kemalangan adalah berbeza. Ada pemandu yang mengatakan bahawa beliau sedang berbual dengan penumpangnya apabila kemalangan berlaku. Ada juga yang menjadi kurang berhati-hati kerana jarak dan laluan yang digunakan adalah jarak dan laluan yang sama digunakan setiap hari.

Antara langkah yang boleh diambil adalah, pastikan mengamalkan rehat yang secukupnya dan cuba untuk terus fokus pada pemanduan. Jangan ambil ringan walaupun untuk seketika. Antara punca penat boleh dibaca di sini.

Memandu dalam keadaan separa sedar adakalanya membahayakan diri
Sumber : Google.com

Faiz Subri julang Anugerah Puskas

Setelah lama menanti, akhirnya keputusan akhir Anugerah Puskas telah  pun diumumkan. Tercalon sebagai 3 Kedudukan Teratas sahaja pun sudah menjadi satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia apabila Mohd Faiz Subri memasuki sesi pusingan undian terakhir dengan dua lagi calon daripada Brazil, Marlone dan juga Daniuska Rodriguez dari Venezuela, yang berakhir jam 12 tengah hari waktu tempatan apatah lagi saat menerima berita Faiz Subri julang Anugerah Puskas.

Ini merupakan kali pertama apabila Malaysia turut dicalonkan sebagai salah seorang calon Anugerah FIFA Puskas selepas aksi Mohd Faiz Subri melakukan tendangan percuma dalam perlawanan menentang Pahang pada 16 Februari tahun lalu. “Bagai menentang hukum fizik!” Itulah reaksi yang diberikan oleh rata-rata penyokong arena bola sepak tanah air.


Faiz Subri bawa pulang Anugerah Puskas


Mohd Faiz telah bertolak ke Zurich bagi menerima keputusan Anugerah FIFA Puskas bersama keluarganya dengan penerbangan pagi 8 Januari 2017. Isteri Mohd Faiz menyatakan rasa bangga dan sedikit sebanyak menzahirkan harapan agar suaminya menerima anugerah ini kepada media yang hadir semalam.

Selain Anugerah Puskas, beberapa anugerah lain juga turut diadakan. Antaranya ialah Anugerah Terbaik Pilihan Ramai yang telah disampaikan kepada Cristiano Ronaldo yang bersaing dengan dua nama besar lain iaitu Lionel Messi dan Antoine Griezmann.

Faiz Subri julang Anugerah Puskas
Sumber Twitter Rasmi Fifa.com
Carta Keputusan Penuh Kedudukan Undian Anugerah Puskas
Sumber Twitter Rasmi Fifa.com
Apa-apa pun, tahniah Mohd Faiz Subri kerana telah berjaya memperkenalkan nama Malaysia di arena bola sepak antarabangsa. Semoga penghormatan ini akan menjadikan pemain-pemain bola sepak Malaysia lebih bersemangat dan terus bekerja keras untuk kembali ke persada bola sepak dunia

Senarai Pemain Perak F.A 2017

Bahang bola sepak Malaysia bakal kembali dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 20 Januari 2017 ini antara pasukan JDT FC dan Kedah FA. Perak The Bos Gaurus merupakan salah satu pasukan di dalam Liga Super yang melakukan reformasi dengan menampilkan 16 wajah baru yang akan membantu membawa nama Perak untuk tahun 2017 ini. Berikut adalah senarai pemain Perak F.A 2017 (senarai awal) :

Senarai Nama Pemain Perak The Bos Gaurus 2017

Penjaga Gol

1     Muhammad Syazani Mat Puat 
22   Muhd Hafizul Hakim Khairul Nizam
?     Khairul Amri Salehuddin (Pulau Pinang)

Pertahanan

3     Mohd Shahrul Saad
5     Muhd Arif Ismail 
15   Raffi Nagoorgani
21   Nazirul Naim Che Hashim
23   Amirul Azahan Aznan 
26   Thiago Junior Aquino (Brazil)
?     Shahrom Kalam (Selangor)
?     Idris Ahmad (Felda United) 
?     Ibrahim Aziz (DRB Hicom)
?     K. Sathiya (DRB Hicom)


Midfield (Tengah)

4     Mohd Nasir Basharuddin (Kapten)
8     Mohamad Hafiz Ramdan
10   Mohd Nor Hakim Isa
11   Muhammad Ridzuan Azly Hussham
12   D. Kenny Pallraj
?     Hafiz Kamal (Selangor)
?     Nazrin Nawi (Johor DT)
?     Jaszarin Jamaluddin (Johor DT)
?     Wan Syukri (MIFA)
?     Shamar Fadzil (DRB Hicom)
?     Faton Toski (Kosovo/LaΓ§i)
35   Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri

Striker (Penyerang)

?     Nizad Ayub (MOF FC)
?     Zaquan Adha Abd Razak (JDT II)
?     Abdul Hadi Yahya (Selangor)
?     Yashir Pinto (Palestin/MUSA)
?     Vladislav Mirchev (Bulgaria/Nessebar)


Tanda (?) adalah melambangkan nombor jersi yang masih belum diumumkan. Semoga pemain-pemain yang dipilih akan membantu menaikkan nama Perak dalam arena bola sepak Malaysia.

Senarai Pemain Perak F.A 2017
Sumber : google.com
P/s : Post ini adalah sumbangan bersama Seladang Tacts Amirul, pengulas bebas bola sepak

Mengantuk selepas Tidur Lama : Sebab dan Punca

Pernah tak rasa mengantuk selepas tidur lama? Atau mungkin, awak masih rasa mengantuk di waktu malam walaupun sudah tidur sepanjang hari? Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Bukankah sepatutnya kita akan lebih segar bila sudah lena dalam waktu yang panjang? Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?

Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?
Sumber : Google

Soalan: Mengapa masih mengantuk selepas tidur lama?

Badan manusia memiliki sistem jaga/lena homestasis yang membantu mengekalkan keseimbangan tahap sedar dan lena. Sistem inilah yang membantu kita untuk kekal sedar selepas tidur lena di waktu malam. Tubuh manusia mempunyai had masa kesedaran tersendiri dan apabila tempoh sedar dipenuhi, kita akan mula rasa mengantuk. Jadi, lebih lama kita berjaga, kita akan lebih mengantuk dan mahu tidur lebih lama.

Situasi : awak kebiasaannya tidur selama 6 jam setiap malam. Namun begitu, kerana sibuk atau mungkin faktor sekeliling, awak telah memotong waktu tidur awak menjadi kurang dari 6 jam. Mengambil kira faktor sistem jaga/lena homeostasis, awak akan menjadi lebih mengantuk dan memerlukan tidur yang lama. Namun, apabila awak berjaga selepas ‘qada’ tidur selama 10 jam, awak masih mengantuk dan berasa letih.

Ini kerana, jadual pada jam biologi tubuh telah terganggu dan badan awak masih tidak boleh menerima perubahan itu. Tubuh kita dipengaruhi oleh jam biologi yang menjaga sistem setiap organisasi tubuh. Ini termasuklah waktu tidur, waktu segar dan waktu makan. Apabila waktu tidur, awak mengantuk. Apabila waktu makan, awak akan lapar. Begitulah sebagainya. Apabila rutin jam biologi ini terganggu, badan akan mula menjadi letih dan tidak menentu. 

Cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan mengekalkan waktu tidur yang secukupnya. Jadikan ianya rutin dan elakkan dari melanggar rutin itu agar badan awak lebih segar dan bertenaga.

SPORT CAM F60R

Apa must-have-item yang seorang traveler patut ada? Kalau Mya, selain daripada keperluan asas, Mya sangat perlukan kamera mudah alih yang membolehkan Mya merakam aktiviti Mya di sesuatu tempat. Tobe honest, sport cam F60R yang Mya beli sebelum ke Johor dulu tu sangat membantu. Baik di tempat tinggi, dalam air, gambar atau video, sport cam F60R menjalankan tugasnya dengan baik. 

Captured with sport cam F60R

SPORT CAM F60R REVIEW


F60R adalah salah satu sport cam yang sangat sesuai bagi mereka yang memiliki bajet rendah. Harga pasarannya hanya dalam lingkungan RM 200 sahaja. Pun begitu, kualiti gambarnya mungkin tidak setanding gambar dihasilkan kamera aksi berjenama seperti Go Pro dan XiaoMi. Tetapi, ianya masih baik dan cantik. Antara gambar yang telah Mya snap dengan F60R ini boleh dilihat di sini.

Unbox-ing SPORT CAM F60R . USB Cable and Plug
also included but not in the picture

Seperti sport cam yang lain, antara kelebihan F60R juga ialah ianya boleh dibawa ketika aktiviti menyelam, setidaknya sehingga kedalaman 30M dibawah paras laut. Apa yang paling Mya suka tentang set F60R ini ialah segala kelengkapan telah diberi di dalam satu kotak. Hanya perlu beli kad memori dan monopod untuk memudahkan kegunaan.

SPORT CAM F60R

Antara kelebihan lainnya, F60R ini hadir dengan 8 pilihan warna yang sangat menarik dan sangat ringan untuk dibawa. Dengan memori 16GB, awak boleh merakam video berformat MP4 sehingga 160 min. Bermakna, dengan memori 64GB, awak boleh merakam sehingga lebih 10 jam secara berterusan.

Contoh video yang pernah Mya ambil dengan F60R boleh ditonton di instagram Mya. Even dengan fungsi fast-forward, video yang diambil masih cantik dan nampak dengan jelas. That’s why Mya sangat mencadangkan F60 R untuk awak yang inginkan sport cam dengan harga yang murah, tetapi dengan kualiti gambar/video yang baik

p/s: I was lucky sebab peniaga yang jual F60R ni sangat baik and considerate
He was asking for my budget and preference before suggesting a few kinds of sports cam to me.