Search This Blog

Jep, Sari Yanti akhirnya bersatu

Dalam diam. Memang terkejut sikit bila scroll instagram Sinar FM tadi. Ya lah. Angin tak ada, ribut apatah lagi. Yang selama ni digembar-gemburkan pun cumalah majlis persandingan dan ulangtahun perkahwinan Shuib dan Siti Sarah yang akan dilangsungkan esok. Tiba-tiba sahaja Admin instagram Sinar FM upload live update majlis pernikahan Jep dan Sari Yanti. Lokasi majlis di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Tapi, dari gambar-gambar yang dimuatnaik, ramai juga rakan artis yang dijemput, terutama dari kalangan pelawak. 

 

Mya adore cara Jep dan Sari Yanti yang tidak terlalu menunjuk hubungan mereka. Hendak kata menafikan, masing-masing lebih senang berdiam. Tup-tup, hari ni terus upload gambar majlis bernikah. Antara artis yang dijemput menjadi bridesmaids dan groomsmen adalah Elfira Loy, Wan Sharmila, Ebby Yus, Ropi, Mark Adam serta ahli Sepahtu yang lain. Mya sukakan tema yang digunakan Jep dan Sari Yanti untuk majlis mereka hari ini. White + soft purple is absolutely my favourite of all time.

Cantik sangat Sari Yanti dengan persalinan putih. Memang patutlah dipanggil bidadari oleh Jep *I adore her way of keeping herself fit and pretty* Anyway, buat Jep dan Sari Yanti, tahniah atas pernikahan. I really do love both of you. Semoga berkekalan hingga akhir hayat, indah bahagia sehingga ke syurga. 

Sumber Gambar : instagram Sinar FM

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik

Sebenarnya Mya bukanlah orang yang sangat sesuai untuk berikan tips ambil gambar ala candid yang cantik, berkesan atau terbaik. Kalau diukur dari tahap kepakaran dan kelulusan Mya dalam bidang fotografi ni, memang macam tak layak langsung. Tapi, dengan sedikit ilmu yang Mya ada ni, Mya nak kongsikan sedikit sebagai panduan awak-awak di luar sana beberapa tips ambil gambar ala-candid yang cantik dan nampak natural. Tips ini juga boleh digunakan dengan smartphone ataupun DSLR.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik

Bersedia

Bersedia yang dimaksudkan di sini, bukan terhad kepada subjek dan alatan sahaja. Awak sebagai jurugambar juga perlu bersedia kerana gambar candid yang cantik memerlukan pengiraan masa yang tepat. Kata orang, it's like a once-in-a-lifetime chance. Good candid photo comes with perfect timing.

Setkan device dalam mod burst/continuous

Gambar ala-candid yang nampak natural tidak terjadi dalam satu click sahaja sebenarnya. Setkan smartphone/ digital camera/DSLR dalam mod continuous dan ambil gambar subjek untuk beberapa ketika. Ambil contoh dari rentetan gambar yang pernah Mya tangkap lebih kurang dua bulan yang lalu untuk pre-convo kakak senior Mya ini *versi edited*

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Bersedia dalam mod burst/continuous

Dengan mengambil gambar sebegini, awak akan mendapat lebih banyak pilihan gambar yang boleh digunakan dan gambar candid awak juga akan nampak lebih natural. Ini kerana, subjek lebih bebas bergerak berbanding one-click photoshoot.

Selesa

Subjek, kamera dan sekeliling.
Ketiga-tiga aspek ini perlu diambil kira untuk menjamin gambar candid yang cantik. Apa yang dimaksudkan dengan selesa adalah, ketiga-tiga aspek ini tidak terikat dan bebas bagi memudahkan proses fotografi. Model yang tidak berasa selesa, ianya akan jelas terpamer di wajah. Jadi, biarkan model berasa selesa berada di hadapan kamera buat beberapa seketika dalam suasana yang ingin awak capture. Smartphone atau camera awak juga perlu berada dalam keadaan yang selesa untuk digunakan.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Selesa

Alih Perhatian

Cara ini bukan sahaja untuk model kanak-kanak, malahan orang dewasa. Pergerakan akan sedikit terkawal apabila mereka sedar adanya kamera disekeliling mereka. Berpura-pura mengambil gambar subjek lain atau berbual mengenai tajuk yang mungkin menarik perhatian mereka, boleh membantu awak mengambil gambar yang cantik.

Tips ambil gambar ala-candid yang cantik : Alih perhatian

'Under the eye'

Ini bukan bermaksud awak kena pukau subjek ya. This simply means yang awak perlu elakkan dari mengambil gambar dari sudut yang lebih tinggi dari mata subjek. Kedudukan device haruslah berada sama ada sama tinggi dengan paras mata subjek atau sebaiknya, lebih rendah. Kenapa perlu elakkan mengambil gambar dari atas? Ini kerana, ia akan menyebabkan gambar awak nampak distant, kurang menarik dan tidak nampak natural.

Setakat ini yang boleh Mya kongsikan.
Bagi yang mahu mencuba, bolehlah cuba.
Seperti yang Mya beritahu di awal tadi, Mya bukanlah pakar.
Sekadar berkongsi ilmu selepas ditanya oleh beberapa teman dan keluarga.
Check-out lebih banyak gambar preconvo di atas dgn klik di sini

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 7

"ABANG jangan lupa yang kejap lagi abang kena temankan Nia beli barang."

Pintu biliknya yang tiba-tiba dikuak dari luar sedikit mengejutkannya. Hilang sebentar fokusnya kepada fail laporan projek yang hampir selesai disemaknya. Wajah Hadi dipandang lama, membuatkan adiknya mula tidak senang. Pandangan Haqiem dibalas dengan dahi yang berkerut.

"Abang confuse. Siapa sebenarnya yang tinggal kat London lama sangat ni? Abang ke kau? Ataupun waktu tadika dulu cikgu kau tak ajar? Nak masuk bilik atau rumah orang kena ketuk pintu dan bagi salam dulu. Mama hantar pergi sekolah, kau tidur masa cikgu mengajar?" Panjang leteran Haqiem tanpa jedaan.

Hadi menggaru kepala yang tidak gatal. Pandangannya dialihkan dari memandang tepat ke arah abangnya. Abangnya yang seorang ini, jika sudah berleter, kalah mama di rumah. Salah dia sendiri juga. Kelam-kabut teramat. Sampaikan terlupa mahu mengetuk dahulu pintu bilik pejabat abangnya. Sekarang, hadaplah leteran berapi Haqiem. Hadi mengundurkan langkahnya sedikit, menutup pintu sekadar sebagai syarat.

"Assalamualaikum, tuan. Maafkan saya atas kesilapan saya. Saya cuma kelam kabut sebab nak kena masuk bilik mesyuarat sekarang. Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih." Hadi terus menghilang tanpa sebarang kata.

Haqiem memerhati jam dinding yang berada betul-betul di hadapannya. Baru pukul 10 pagi. Mana-mana pasaraya juga baru mula beroperasi pada waktu begini. Tetapi, mengagak dari gelagat Nia tiga hari yang lalu, pastinya gadis itu sedaya upaya cuba mengelak daripada terpaksa pergi bersamanya. Dan pastinya, dia yang akan dihukum sekiranya Nia benar-benar pergi tanpanya.

Eh, kau mana ada nombor telefon dia! Macam mana kau nak ugut dia macam ni? Haqiem menepuk dahinya perlahan atas kesilapannya sendiri. Bagaimana dia boleh lupa perkara kecil sebegitu? Mahu diminta daripada Hadi, pasti adiknya sedang bersedia untuk mesyuarat yang tinggal beberapa minit lagi sebelum berlangsung. Tanpa sedar, mejanya diketuk dengan hujung jari telunjuk.

Mak Timah! My sole savior!

Nama Mak Timah dicari dalam ratusan nama yang memenuhi buku kenalan di telefon bimbitnya. Terus diklik ikon gagang sebaik sahaja nama itu ditemui. Lama dia menunggu sebelum panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum, Mak Timah." Wajah Haqiem berubah ceria.

"Waalaikumussalam. Ada apa abang tiba-tiba telefon Mak Timah ni? Tak pernah-pernah sejak balik ke Malaysia." Suara Mak Timah di sebelah sana panggilan jelas keliru dengan tindakan mendadaknya. Namun, ini sahaja cara yang ada.

"Mak Timah, anak angkat mama tu dah keluar ke?" Soalan Haqiem berbahasa-basi.

"Tadi Mak Timah tengok dia tengah bersiap-siap nak keluar. Kenapa?" Mak Timah sekadar menjawab bersahaja. Masih hairan dengan tujuan utama Haqiem menghubunginya. Namun, akhirnya mengukir senyum dalam diam. Bagai dapat mengagak apa yang cuba dilakukan Haqiem.

"Mak Timah tolong abang, boleh?" Suara Haqiem kedengaran riang. Rancangannya diterangkan satu persatu kepada Mak Timah yang langsung tidak banyak menyoal. Dia tahu dia boleh mengharapkan wanita sebaya mamanya itu.

Panggilannya dimatikan dengan perasaan puas hati. Fail yang tadinya belum habis disemak dibuka semula. Yakin dan puas hati dengan isi laporan yang dibacanya, dia menurunkan tandatangan dan cop rasminya tanpa berlengah. Sekarang, masa untuk rancangan yang baru dikhabarkan kepada Mak Timah sebentar tadi.

"Reen, saya tak ada sebarang appointment petang ni, kan?" Butang intercom ditekan. Lembut suara setiausahanya membalas soalan yang diberi. Senyuman Haqiem makin melebar. Now, I have the whole day untuk kenakan anak angkat mama, hati kecil Haqiem riang berbisik.


LAJU NIA MENURUNI anak tangga. Bimbang juga rancangannya untuk melarikan diri daripada Haqiem tidak menjadi. Jadi, sebelum mamat psiko itu sampai di rumah, lebih baik dia meninggalkan rumah itu segera. Tiga hari tanpa mamat psiko itu adalah hari-hari yang sangat menenangkan hatinya. Tidak sanggup dia membayangkan terpaksa keluar dengan lelaki itu sepanjang hari ini, apatah lagi jika ianya benar-benar terjadi.

"Nia!"

Eh? Laju dia menoleh ke arah dapur. Mak Timah yang muncul dengan mop dan baldi dipandang dengan senyuman yang diukir semanis mungkin. Takkanlah Mak Timah nak minta aku mengemop lantai pulak saat-saat genting macam ni? Tapi, takkanlah jugak aku nak menolak? Aku ni pun menumpang je dalam rumah ni.

"Nia dah nak keluar ke? Abang belum sampai lagi. Mak Timah baru nak minta tolong Nia siramkan pokok bunga mama kat luar tu. Nanti mama bising pulak kita tak jaga pokok-pokok kesayangan dia." Mak Timah menarik wajah kasihan. Dalam hatinya cuba menahan gelak. Bukannya dia sesibuk mana. Mop dan baldi ini pun sekadar penyeri jalan cerita sahaja.

"Siram pokok bunga je, kan? Tak apa. Nia buat." Nia menarik nafas lega. Setakat siram pokok bunga, pejam celik dah siap. Jam di dinding dikerling dengan hujung mata. Masih ada dua belas minit dari masa yang diberitahunya kepada Hadi pagi tadi. Memang sengaja dia memberitahu masa yang salah. Supaya sempat dia melarikan diri dari mamat psiko!

Mak Timah mengangguk laju. Sibuknya dibuat-buat. Sesekali dia mengerling ke arah Nia yang tampak berat melangkah keluar rumah. Maaflah ya Nia! Mak Timah ni cuma menjalankan apa yang disuruh. Hendak melawan, dia bos. Mak Timah ni kuli je. Mak Timah mencari alasan di dalam hati. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Entah kenapa hati tuanya dipamit rasa bahagia.

Nia yang ralit menyiram pokok bunga di sisi kiri rumah agam itu diintai dari celahan langsir yang rapat menutupi tingkap. Sesekali mulut Nia dilihatnya terkumat-kamit berbicara entah apa-apa dengan dahan bunga lavender di hadapannya. Mungkin tidak puas hati disuruh membuat kerja sebegitu saat dia sudah siap bergaya mahu keluar. Atau mungkin ada saja perkara lain yang berbekas di hatinya. Namun, senyuman di bibir Mak Timah masih belum mati.

Sejak dari hari pertama Nia muncul semula di rumah agam milik Puan Sri Azizah ini, serinya kian terasa. Dengan karenah Hadi dan Nia yang tidak habis-habis bergaduh, walau tentang hal kecil sekalipun. Puan Sri Azizah pula mula tersenyum kerana merasakan dirinya memiliki anak perempuan yang selama ini diidamkannya. Haqiem yang selalunya sebulan sekali baru memunculkan diri, pulang semakin kerap.

"Mak." Perlahan Lutfi memanggil emaknya yang masih asyik mengendap anak dara kesayangan Puan Sri Azizah. Kelakar pun ada bila emaknya menceritakan semula rancangan Haqiem kepadanya tadi. Nasib baiklah mereka berdua sempat menghalang Nia daripada keluar dengan rancangan yang difikirkan betul-betul di saat akhir. Jika tidak...

"Haqiem baru call Fi tadi. Dia dah sampai kat luar tu. Kalau mak nak lepaskan Nia sekarang pun tak apa." Mak Timah mengangguk tanda faham. Dipanggil Nia yang ralit menyanyi lagu yang langsung tidak difahami Mak Timah. Bukan kerana ianya di dalam bahasa lain, tetapi terlalu perlahan dinyanyikan untuk didengari dan dihadam kotak fikiran.

"Tak apalah, Nia. Biar Mak Timah saja yang sambung siram pokok tu. Nanti basah lencun pulak. Nia kan nak keluar." Lutfi yang menyorok di sebalik pintu, sudah hampir putus nafas menahan ketawa. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang emaknya cukup handal berlakon.

"Kalau macam tu, Nia gerak dulu ya, Mak Timah." Beg tangan yang tadinya ditinggalkan di atas sofa di tengah ruang tamu. Dipandang jam di dinding sekilas. Masih ada lebih kurang tujuh minit lagi. Masih sempat untuk dia melarikan diri. Bibirnya melakar senyum tanpa sedar. Butang suis yang mengawal pagar besar ditekan, membuka laluan untuk dia keluar. Tiada bayang kereta Haqiem di mana-mana. Langkahnya terasa terbang, seperti hatinya.

Pinnn!

Langkah Nia terhenti. Nissan Murano yang berhenti betul-betul di belakangnya mematikan senyuman. Pintu pagar yang sudah kembali bertutup dipandang sepi. Antara Mak Timah sememangnya sudah berpakat dengan Haqiem untuk mengenakannya atau takdir sedang mengujinya. Tetapi, kebetulan itu terlalu sempurna untuk diterima akal.

"Masuk." Suara Haqiem hanya mendatar.

"Saya boleh pergi sendiri. Encik tak perlu susahkan diri untuk temankan saya. Mungkin encik boleh keluar dengan girlfriend encik. Jangan risau. Saya tak akan beritahu Puan Sri." Suara Nia ikut mendatar, dengan wajahnya yang sengaja dimaniskan.

"Masuk sebelum I tarik you masuk dalam kereta." Haqiem berkata tanpa menoleh kepada Nia yang jelas terkejut dengan kata-katanya. Namun, segera diubah riak wajahnya sebelum disedari Haqiem. Setakat kata-kata, itu tidak sepatutnya menggetarkan hatinya.

Nia yang buat tidak peduli dengan kata-katanya dipandang tajam. Aik, dia boleh buat tak layan cakap aku? Takkanlah aku nak kena tarik dia masuk dalam kereta betul-betul baru dia nak faham? Berkasar bukan caranya. Haqiem berkira-kira dalam hati. Hanya ada satu jalan sahaja. Tali pinggang keledarnya ditanggal kasar.

Melihat Haqiem yang mahu membuka pintu kereta, Nia mula diserang rasa gentar. Wajahnya kian menunduk saat langkah Haqiem tinggal 2 kaki sahaja daripada kedudukannya kini. Entah kenapa, peristiwa di tangga kembali menerjah fikirannya. Suara Haqiem perlahan bertanya. "Do I really have to do it?"

"Tak perlu nak main gertak macam ni. Kita bukan dalam novel melayu yang asyik main gertak, cinta kontrak bagai tu. Tapi, kita ni orang melayu. Ada adab sopan bila mengajak orang. Kalau tak ikhlas, baik jangan buat." Nia menarik pemegang pintu kereta berwarna merah hati itu perlahan. Bukan niatnya mahu berkasar. Dia sedar, dia juga di pihak yang salah. Terlalu mengikut hati yang mahu mengelak dari Haqiem sehingga terpamer pada riak wajah dan kelakuannya.

"Siapa kata I terpaksa?" Soalan Haqiem tergantung tanpa jawapan.

Tanpa sesiapa sedari, ada dua pasang mata yang asyik mengintai dari beranda tingkat atas rumah agam milik Puan Sri Azizah itu. Drama di luar pagar besar itu jelas bermain di hadapan mereka berdua. Si anak hanya menggeleng melihat emaknya yang masih belum lekang dengan senyuman di bibir. Suka benar nampaknya.

"Abang tu suka betul menyakat si Nia. Sampai Nia yang gila-gila sebegitu pun boleh terdiam dibuatnya. Emak pulak yang rasa seronok tengok gelagat mereka berdua."

"Fi yakin, lepas ni, lagi banyak adegan menarik yang akan muncul, mak. Kita tunggu dan lihat je." Senyuman di bibir Lutfi sinis. Tetapi, penuh dengan makna yang jelas difahami emaknya sendiri.


Whatsapp dah jadi Instagram ?

On je data phone pagi ni, benda pertama yang keluar dalam whatsapp group hari ni adalah Whatsapp status. Nampaknya, bukan Facebook saja yang alami perubahan. Sampai Whatsapp pun terkena bahananya. Layankan sajalah apa yang developer ni nak ketengahkan. Nanti, lama kelamaan akan basi juga trend ni *kisah sedih seorang developer*. Live Story di Instagram pun sekarang dah jarang-jarang digunakan. Ya lah. Kita bukan artis atau orang famous. Buat Live Story pun tak ada yang tengok #hujanhujanmukasedihmukasedih



Anyway, Mya dah cuba pun sebenarnya Whatsapp Status ni. Fungsinya lebih kurang seperti Stories di Instagram saja. Sesuai sangatlah untuk mereka yang gemar atau kerap menukar status. Cuma kalau disuruh memilih, Mya lagi sukakan Stories. Sebab icons yang ada di Stories lebih comel #senyumtayanggigi

Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering

Ada tak yang alami masalah kulit muka kering? Atau mungkin ada dalam kalangan yang datang ke entri ni hari sebenarnya tengah mencari jalan atau cara atasi masalah kulit muka kering. Mya ni bukanlah pakar kecantikan atau kesihatan kulit pun. Nak memandai-mandai bagi nasihat dan tips kesihatan pun tak jugak. Cuma, ada sesetengah perkara yang Mya pernah alami sendiri tu, Mya rasa patutlah kalau Mya berkongsi pendapat atau cadangan, kan? Mungkin boleh jadi ikhtiar untuk sesiapa sahaja yang ada masalah sama. Tambah lagi kalau masalah kulit muka kering tu sampai ke tahap mengelupas. Malu woo nak hadap orang lain. Disebabkan Mya pernah rasa keadaan tu, Mya nak kongsikan sikit cara atasi masalah kulit muka kering yang pernah cuba sendiri.

Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering


Sebenarnya, segala solution yang ada dalam entri ni bukanlah datang dari Mya 100%. I mean like, Mya pun cari solution dari a few resources and apply pada diri sendiri. Maklumlah, bukannya boleh terus men'khinzir' buta je nak cadang itu ini. Kejap lagi, muka orang jadi lebih teruk pulak. Matilah kakak dik non oii...

So, as for the first step, sebaiknya kenal pasti dulu punca kulit jadi kering. Well, untuk sesetengah orang, maybe disebabkan pemakanan. Ada juga sebab kurang pengambilan air dalam sehari. Or maybe, sebab faktor sekeliling, macam air-cond, bekerja tengah panas atau sebagainya. Kalau disebabkan kurang minum air, you should drink more. Kalau disebabkan pemakanan or alergik, elakkan dari that something yang jadi punca tu. Kalau kerap berada bawah panas tu, sesekali basahkan muka dengan air atau spray mist. Tambah-tambah lagi, dalam keadaan cuaca yang tak tentu ni. 

Cara atasi masalah kulit muka kering | Sumber Gambar : Google

Next, bila dah kenal pasti punca, mestilah kena rawat, kan? Before that, Mya nak tanya, since kulit muka kering ni, berapa kali cuci muka dengan cleanser dalam sehari? Tiga? Empat? Kalau betul awak buat sebanyak itu, mula saat ini, kurangkan. Sebab, bila kita kerap cuci muka, natural moisture kulit kita tak sempat terhasil. Sebab itulah kulit muka kita jadi semakin kering.

Suhu air masa kita mencuci muka pun penting. Never use hot water. Air suam is the best. Liang pori akan lebih senang terbuka and memudahkan proses cuci muka. Meanwhile, air panas akan buat muka kita jadi lagi kering. 

Guna kain tuala yang lembut untuk keringkan muka lepas cuci, ok? Just dap-dap je kawasan muka yang basah tu. Jangan lap muka macam lap badan selepas mandi tau. Tak payah keringkan dengan tuala sampai terlalu kering pun. Melainkanlah kalau awak nak kena pakai krim Hydrocortisone yang doktor bagi tu. Untuk kes tu, memang kena pastikan kulit 100% kering.

Kalau dah cuci muka sekali sehari pun masih kering, last thing to do is, cuba amalkan apply moisturizer (pelembab) sebelum tidur. Tak apply banyak, sikit mesti kena letak. And, bercakap pasal moisturizer, awak boleh cari moisturizing mask kat any beauty store (Guardian/Watsons/dll) and amalkan pakai sekali seminggu. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Tapi, disebabkan Mya ni pemalas, Mya beli je yang dekat guardian tu. 

cara atasi masalah kulit muka kering : moisturizer

Janganlah baru hari ni buat, harapkan esok kulit dah jadi normal. Things take time. Cuma, jangan putus asa je. Bila dah okey nanti pun, jangan berhenti amalan-amalan ni. Sebab, kulit muka kering ni sangat sensitif. Dia mungkin akan jadi semula.

Late Dinner di Kongsi Bistro, Ipoh

Senyum sampai telinga. Memang berbunga-bunga hati penyokong pasukan Perak The Bos Gaurus lepas keluar dari stadium. Mama awal-awal dah menari cha-cha kat dalam stadium. Mya? Tengah melawan rasa sakit perut yang dah masuk angin. Balik je dari stadium, kepala dah fikir makanan. Nasib baiklah lalu depan Kongsi Bistro. Jadi, apa lagi? Kita isi perut dululah sebelum balik ke rumah di Kongsi Bistro ni.

Kongsi Bistro, Ipoh

Kongsi Bistro ni sebenarnya tak jauh pun dari rumah Mya kat Kampung Sengat, Simpang Pulai tu. Dan sebenarnya lagi, sebelum ni, Kongsi Bistro ni dipanggil Laypark Cafe. Mungkin owner-nya dah berubah, Mya tidak tahu. Tetapi, konsep and suasana kedai pun terasa lain dari sebelumnya. Mya lagi sukakan konsep yang sekarang. Santai dan mesra untuk yang datang dengan family. Gaya hipster pun ada juga terselit di beberapa tempat. Simple je decoration yang bistro ni guna. Minimal at max.


Kongsi Bistro #1

Waiter pun nampak sempoi dan mesra. Senyum je memanjang. Relax je dia attend family Mya yang tak berapa nak 'sihat' tengah-tengah malam tu. Maklumlah. Bila happy dan lapar bergabung, dia jadi luar alam sikit. Dah hampir pukul 12 pula. Memang kami jadi hyper sikit.

Disebabkan dah tengah malam dan hidangan bergoreng semuanya dah habis, also I'm not in the mood for Nasi Ayam, Mya pilih Chicken Chop. Selalu sangat makan Lamb Chop pun tak boleh jugak kan? But, definitely masuk senarai 'To-Eat-at-Kongsi-Bistro-next-time'. Sebab, to me, makanan kat sini semuanya sedap. Ayah dengan mama sapu licin Nasi Ayam, tak sempat nak join. Adik yang order Fish and Chip pun katanya sedap juga.

Kongsi Bistro #2 : Chicken Chop

Semestinya akan datang lagi after this. Silap-silap, boleh datang sini after every home game. Oh ya! Isnin cuti tau. Manalah tahu kut-kut dari Gopeng nak ke Ipoh atau sebaliknya, teringin nak singgah Kongsi Bistro ni. Tengok tutup, marah pulak. Waktu operasi tak sempat nak check. Tapi, around late evening until late night-lah jugak.

Nak datang guna PakCik Google Maps pun boleh. Google je 'LayPark Cafe Ipoh' (nama lama). Senang je nak cari. Betul-betul depan Jalan Nazrin Shah ni. Tepi jalan sangat.

Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh

Memandangkan hari ni cuti sebab pada rancangannya nak ke stadium untuk menonton secara langsung perlawanan Liga Super antara pasukan Perak dan Johor DT, Mya sekeluarga pun cuba penuhkan dengan aktiviti bersama kawan-kawan mama. As planned, kami pun berkumpul di restoran laksa telur sarang Taman Botani yang sangat terkenal di Ipoh ni. Nasib baiklah kawan-kawan mama dah reservekan meja untuk kami. Kalau tak, memang tak dapatlah nak merasa laksa telur sarang ni.

Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh

Laksa Telur Sarang Taman Botani, Ipoh


Nama sebenar kafe ini adalah Kafe Setinggan. Tapi memang orang setempat lebih selesa dengan gelaran restoran laksa telur sarang. Bila dah sampai sini, mestilah nak merasa laksa yang famous sangat ni. Mya memang sedikit cerewet bila menghadap hidangan laksa. Sebab Mya suka bandingkan dengan laksa yang mama masak. For the taste, bagi Mya biasa-biasa sahaja. Tetapi, for most, mungkin rasanya sudah cukup memuaskan hati. Laksanya pun banyak. Memang kenyang sungguhlah.

I really love the environment yang cuba diketengahkan restoran ni. Klasik dan sangat mengimbau memori. Rasa macam berada dalam filem Rock Oo. Tambah pula dengan poster-poster kumpulan rock lagenda yang digantung pada dinding. Terkeluar sebaris dua dialog filem Rock Oo tanpa sedar.

Ada juga makanan lain yang dijual di luar restoran ini. Jadi, kalau awak mahu menikmati hidangan lain, just pilih je anything dari gerai-gerai yang berada berhampiran.

Cara paling mudah untuk ke Kafe Setinggan adalah dengan gunakan Waze atau Google Maps. Taip saja Laksa Telur Sarang Taman Botani, terus keluar alamat yang dicari. Bagi yang belum mencuba tu, bolehlah mencubanya.

Akim, Stacy terima ahli keluarga baru


Baru je semalam mama tanya dengan Mya pasal Stacy. Tup-tup, hari ni, Akim kejutkan peminat dengan berita Stacy selamat lahirkan bayi perempuan di laman instagramnya. Berita ini sebenarnya baru singgah ke tetingkap Mya sebab sepanjang hari ni Mya tak sempat nak scroll instagram. Agak busy dengan tempahan yang terbaru. Anyway, Mya pun tak nak terlepas peluang untuk ucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy on this happy occasion. 

Berkongsi kegembiraan dengan peminat

Sumber Gambar : Instagram Rasmi Akim Ahmad


.Memang Mya terkejut betul masa gambar ni muncul di timeline instagram Mya. Yalah Tak ada dengar khabar angin apa pun. Atau mungkin Mya yang tak sempat nak ambil tahu hal semasa disebabkan terlalu sibuk. Instagram Akim hingga ke saat ini pun masih lagi dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat. Anyway, tahniah diucapkan buat Akim, Stacy dan Beyya untuk kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil mereka. 

p/s: Tak sabar nak tunggu Akim dan Stacy tunjuk gambar newborn baby.
Mesti segak macam mak pak dia jugak.

[LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet)

[LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet) [LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz (OST Suamiku Paling Sweet)

[LIRIK] Ku Ingin Kamu - Ippo Hafiz 

(OST Suamiku Paling Sweet)

Sumber gambar : Tonton

Takdir telah menemukan kita
tanpa kita sedari manisnya
di setiap waktu waktu
yang kau inginkan 
kau disampingku

Saat bila ku merenung wajahmu
kau balas dengan senyuman yang indah
Terpancar satu doa
ku hajatkan kepada Tuhan

Ku ingin kamu
bisa kau jadi teman hidupku,
untuk selamanya
selagi masa masih diizinkan

Berikan aku masa
agar bisa aku setia bersama
Kecapi nikmat cinta
saat pabila ku nikahi dirimu

Oooo

Aku dan kamu
menanti sampai hujung waktu
Bertahan rasa bersamamu
 Oooo...

Ku ingin kamu
bisa kau jadi teman hidupku,
untuk selamanya
selagi masa masih diizinkan

Berikan aku masa
agar bisa aku setia bersama
Kecapi nikmat cinta
saat pabila ku nikahi dirimu

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 6

MALAM SUDAH berganti siang, namun fikiran masih tidak berganjak dari memikirkan hal semalam. Sudahlah terkantoi segala rancangan, maggi goreng pula dimakan Haqiem. Tetapi tak mengapa. Sementelah rahsianya terbongkar di hadapan Haqiem, rasa lapar Nia hilang sekelip mata. Yang tinggal rasa cemas dan risau. Perbincangan sulit antara dia dan Haqiem masih tidak mencapai kata putus yang pasti. Akhirnya, dia ditinggalkan di dapur termangu sendiri sehingga jam mencecah tiga pagi.

Walaupun tangannya ligat membantu Mak Timah menyediakan sarapan di dapur, matanya sempat mencuri pandang ke arah Hadi dan Haqiem yang riuh bermain Nintendo di tengah ruang tamu. Nia bimbang juga kalau-kalau Haqiem ada memberitahu Hadi. Tetapi, melihat kepada cara Hadi menegurnya semasa mengambil minuman di dalam peti ais tadi, nampaknya masih belum disampaikan juga. Nia menarik nafas lega.

"Nia, tolong bawak nasi goreng ni ke meja. Mak Timah nak panggil Puan Sri kat atas." Nia mengangguk serba salah. Kalau ikutkan hati, dia nak duduk sahaja di dalam bilik dan tidak keluar. Tidak mahu dia bertentang empat mata dengan Haqiem yang bila-bila masa mahu membocorkan rahsia besarnya. Tiba-tiba, hatinya terdetik. Mungkin dia patut mula mengemas barangnya ke dalam bagasi. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Nia, tak siap lagi ke kemas dapur tu?" Suara Mak Timah mengembalikan Nia ke alam nyata semula. Melihat Puan Sri Azizah yang sedang berbual dengan anak-anak lelakinya di meja makan, Nia sedar, dia terlajak berangan di dapur. Soalan Mak Timah yang tadinya dibiarkan tergantung tanpa jawapan hanya dijawab dengan senyuman manis.

"Nia, mari makan sekali dengan mama." Nia yang baru sahaja mahu melarikan diri dari dapur, menghentikan langkahnya. Bibir bawahnya digigit sebelum berpaling memandang Puan Sri Azizah dengan senyuman. Baru sahaja hendak menolak, suara Haqiem perlahan bertanya.

"Siapa tu, ma? Tak nak kenalkan kat abang ke?"

Nia menahan wajahnya dari menunjukkan sebarang riak. Haqiem yang memandangnya dengan senyuman yang paling manis dan ceria dipandang lama. Nampak seperti ikhlas. Tetapi, Nia tahu makna di sebalik senyuman itu. Baiklah. Encik nak bermain, kan? Saya akan turut permainan encik tu. Sebaik mungkin.

Meja makan yang bersusun pelbagai menu di atasnya dirapati perlahan. Kerusi kosong tanpa penghuni di sebelah Hadi ditarik perlahan. Nasi goreng yang cuma separuh senduk diisi di dalam pinggan kosong dihadapannya. Jus oren juga hanya diisi separuh gelas. Dia tidak mahu berlama-lama di meja makan itu.

"Ini Nia, kawan adik masa kat uni dulu. Buat masa ni, dia akan tinggal kat rumah kita." Hadi memulakan sesi perkenalan tanpa menunggu arahan dari mamanya. Lebih baik dia yang melakukannya berbanding mama memandangkan Nia adalah kawan baiknya. Lagi pula, dia sudahpun memperkenalkan Nia secara tidak langsung kepada Haqiem semasa memperbetul salah faham abangnya petang semalam.

"Yang ini, abang aku, Haqiem. Kau pun boleh panggil abang jugak. Jarak umur dengan kita, 4 tahun. Tua dah." Ayat akhirnya sengaja disuarakan separa berbisik, namun masih jelas kedengaran oleh Haqiem yang duduk berhadapan dengannya. Haqiem berpura-pura tunduk menyuap nasi goreng ke dalam mulut sambil kakinya menendang hujung kaki Hadi yang akhirnya mengaduh kecil.

Nia me ngukir senyum manis. Hanya sebagai lakonan di hadapan Puan Sri Azizah yang nampaknya senang dengan sesi pengenalan ringkas yang diadakan Hadi. Kalaulah wanita itu tahu apa yang terjadi pada malam sebelumnya...

"Mama, lepas makan ni, abang dengan adik nak keluar main tenis kat sport hall. Mama nak ikut tak?" Puan Sri Azizah laju menggeleng. Katanya, tenaganya sudah tidak sekuat mana kalau mahu dibandingkan dengan tenaga anak-anak lelakinya. Lebih baik dia berehat di rumah sahaja.

"Ala, ma. Dah lama kita tak spend time together. Banyak benda yang nak dibualkan ni." Haqiem sengaja menekan suaranya pada perkataan 'benda' sambil mencuri pandang ke arah Nia yang jelas mengelak dari memandangnya. Dia tahu, Nia pasti sedang tidak senang duduk dan bimbang kalau-kalau mamanya tiba-tiba bersetuju mahu ikut serta.

"Mama rehat kat rumah sajalah. Lagipun, mama nak kena review bahan mesyuarat dengan board nanti. Esok tak sempat nak buat. Takut meeting persatuan habis lambat. Haa, lupa mama nak beritahu Nia. Rabu nanti, mama ada important meetings. Tak boleh nak temankan Nia beli barang. Ataupun, nanti Hadilah gantikan mama. Boleh kan, Hadi?"

Hadi dipandang, meminta kepastian. Lagipun, bukan kenduri orang lain. Kenduri kahwin dia sendiri juga. Nia juga turut memandang Hadi. Kalau Hadi setuju, memang senangnyalah dalam hati. Dapat keluar dengan Hadi sekali lagi, Senyumannya ditahan hanya dalam hati. Tidak mahu jelas kelihatan pada pandangan mata.

"Tak bolehlah, ma. Hadi ada meeting dengan potential partner dari Singapura tu. Lain hari tak boleh ke?" Hadi senyum kelat. Terasa seperti dirinya tidak bertanggungjawab sekiranya menyerahkan segala persiapan majlis perkahwinannya bulat-bulat kepada kawan baiknya sahaja. Itupun sudah cukup baik apabila Nia bersetuju untuk membantu.

"Tak apa, ma. Biar abang tolong temankan Nia. Abang free hari rabu nanti. Nak delay, nanti lambat siap segala persiapan. Anak manja mama tu jugak yang marah nanti." Mendengar kata-kata anak sulungnya, Puan Sri Azizah jadi terdiam. Hadi dan Haqiem pula berlawan kaki di bawah meja. Ada betulnya kata Haqiem. Bukannya lama pun tempoh dua bulan setengah. Mahu tidak mahu, segala persiapan perlu dilakukan secepat mungkin. Lambat-lambat, Puan Sri Azizah mengangguk memberi kebenaran.

Nia menunduk. Apa pula yang mamat ni rancang? Entah-entah dia nak buli aku atau apa-apakan aku tak? Tekaknya terasa kelat untuk ditelan. Jus oren yang diteguk langsung tidak membantu. Dia perlu menyelamatkan diri dan mengelakkan diri dari berduaan dengan Haqiem. Tak kira bila dan di mana.

"Tak apalah, ma. Nia boleh pergi sendiri."

"Bahaya perempuan jalan seorang diri. Kalau jadi apa-apa, macam mana?" Haqiem laju meningkah kata-kata Nia sambil menunjukkan riak wajah bimbang. Pandangannya dialih pula kepada Hadi yang cuba melarikan pandangan. Tadi nak sangat kenakan aku, kan? Kata aku tua, kan? Ini abanglah. Daulat besar. Kalau aku beritahu mama pasal kejadian di mall semalam, agak-agak apa jadi?

Sarapan pagi itu berakhir dengan hasilnya tidak berpihak kepada Nia. Mahu tidak mahu, dia perlu bertemankan Haqiem yang 'ikhlas' mahu menemaninya. Nia melepaskan keluhan berat tanpa sedar. Mak Timah yang berada di belakangnya hanya menggeleng kecil. Ada-ada sahaja masalah yang melanda gadis itu. Tapi dia tidak mahu bertanya. Takut dikatakan busybody.

"Mak Timah, mama minta buatkan kopi dan hantar ke bilik dia." Suara Haqiem yang tiba-tiba muncul di muka pintu dapur mengembalikan Nia ke alam nyata. Lelaki psiko itu kini berdiri betul-betul dihadapannya. Hanya berjarak beberapa langkah sahaja. Sesekali dia mengerling ke arah Haqiem dengan hujung mata.

Tidak sampai lima minit, Mak Timah sudah mula menaiki anak tangga, meninggalkan anak sulung dan anak angkat Puan Sri Azizah berdua di dapur. Nia laju melangkah keluar, tidak mahu terus berada di situ. Terasa sesak nafasnya apabila berada di dalam kawasan yang sama dengan mamat psiko yang hanya diam memandangnya.

"Rasanya patut atau tak beritahu mama?" Suara Haqiem perlahan. Namun, jelas menampar gegendang telinga Nia yang membelakanginya. Langkah berani Nia mati. Lama. Entah apa permainan yang cuba diatur Haqiem, Nia cuba memahami rentaknya.

"Maybe I should just tell mama the truth." Melihat Nia yang yang hanya berdiri kaku, Haqiem berpura-pura mengomel sendirian walaupun pada hakikatnya, jelas yang dia mahu Nia dengar setiap butir katanya.

Nia menarik nafas sedalamnya. Dasar mamat psiko memang macam ni. Tetapi, dia tidak boleh mengaku kalah begitu sahaja. Kalau Haqiem mahu menang, dia juga mahu menang dalam permainan ini. Dan berdiam diri bukanlah jalannya. Langkahnya diatur memasuki dapur semula. Berdiri betul-betul di hadapan Haqiem.

"Saya dah cakap separuh dari apa yang perlu semalam. Saya bukan orang berada macam encik yang mampu nak beri apa yang mungkin encik mahu minta dari saya. Tapi, right here right now, at this very moment, saya boleh beri jaminan kepada encik yang saya tak akan ganggu hubungan Hadi dan Wanie lagi. Bila masanya tiba, saya akan pergi dari sini, before you know it."

Mata Nia merenung tajam wajah Haqiem yang seakan tidak ambil peduli dengan kata-katanya. Pandangan Haqiem juga bukan ke arahnya. Tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan. Minda warasnya sudah habis berfikir sebaiknya. Mahu sahaja dia meninggalkan rumah agam ini, tapi ke mana arah tujuannya nanti. Bayangan wajah marah ayah kembali menyapa fikiran.

Haqiem masih lagi diam tanpa reaksi. Sengaja dia berbuat begitu. Mahu menguji gadis di hadapannya. Adakah berbeza atau sama dengan gadis-gadis berfikiran sempit yang sering ditemuinya? Jawapannya pasti kini. Langkahnya diatur semakin hampir dengan Nia yang mengundur. Manakan tidak. Antara mereka kini berjarak satu langkah. Namun, kabinet di belakang tubuh mematikan langkah yang cuba melarikan diri.

"Rasanya mama dah tahu tak yang semalam aku rembat buah-buah dalam peti sejuk ni bawak balik kondo? Perlu atau tidak beritahu mama?" Haqiem membuka peti sejuk, menunduk sejenak sebelum kembali berdiri dengan sebiji epal di dalam genggaman tangan kirinya. Nia yang berdiri betul-betul di tepi peti sejuk seakan tidak wujud padanya.

Rasa geram di hati Nia, hanya dia sahaja yang menanggungnya. Hidup-hidup dia dipermain oleh Haqiem. Belakang tubuh Haqiem yang mahu meninggalkan dapur dipandang dengan hati yang membara. Tak apa. Kali ni permainan berpihak kepada kau, mamat psiko. Next time, it'll be mine.

Seakan tahu apa yang dibisikkan hati kecil Nia, Haqiem menoleh dengan senyuman sinis yang masih tidak lekang dari bibir. Nia menggenggam penumbuk dalam diam. Sabar Nia, sabar. Dia tuan rumah, kau cuma menumpang. Layankan je.

"Exactly what I want to hear. Pegang janji-janji tu elok-elok." Haqiem terus melangkah ke ruang tamu tanpa menoleh. Baru sahaja Nia hendak menjawab, Hadi muncul dari tingkat atas. Sudah bersedia dengan pakaian dan beg sukannya.

"Nia, lunch nanti kau dengan mama je tau. Aku lunch dengan abang kat luar. Aku dah beritahu mama dah tadi. And, abang. Malam ni tidurlah sini lagi. Esok boleh gerak pergi office sekali."

Haqiem menggeleng kecil sambil menggigit sebahagian besar epal di tangan. Bukan dia tidak suka dengan cadangan adiknya. Di rumah mama, makan minumnya lebih terjaga. Pakaian pun ada yang tolong basuhkan. Serba-serbi seperti tuan putera di dalam istana. Cuma...

"Negative. Barang abang semua kat kondo. Maklumlah, abang lari sehelai sepinggang je semalam. Kecemasanlah katakan." Hadi dan Haqiem ketawa serentak.

"Maybe she will stop once you show that you are interested." Haqiem laju menggeleng. Tanda tidak bersetuju. Cadangan adiknya yang ini sangat tidak boleh digunapakai. Cuba bayangkan jikalau dia dan Kyra digandingkan. Boleh porak peranda rumah tangga. Itupun kalau dia mampu bertahan lama sehingga ke jinjang pelamin.

Nia yang turut berada di situ mula merasa dirinya tidak diperlukan. Perbualan dua beradik itu semakin sukar difahaminya. Pada dasarnya, ia cuma sebuah perbualan antara dua anak teruna Puan Sri Azizah mengenai seorang gadis yang kedengarannya seperti tergila-gilakan si abang. Hum, mamat psiko macam dia pun ada orang berkenan ke? Well, psiko dengan psiko. Memang sesuai sangatlah.


RAKET TENIS dihayun sekuat hati, mahu menamatkan permainan terakhir itu. Penat rasanya mahu berentap dengan adiknya yang seorang ini. Tenaga macam raksasa! Macam tidak pernah habis. Permainan tiga pusingan macam baru tiga kali hayun bagi Hadi. Langsung tiada riak penat pada wajahnya.

Tanpa menunggu lama, tubuhnya ditumbangkan di tengah gelanggang tenis. Namun, tidak sampai beberapa saat, dia bingkas semula. Terus berlari ke bawah pondok rehat. Kerja gila namanya mahu berbaring di atas gelanggang yang panas tahap mendidih di bawah terik matahari. Ini bukan rancangan Fear Factor.

"Adik dah lama kenal Nia tu?" Haqiem terus menyoal sebaik nafasnya mula reda. Hadi yang sedang meneguk air mineral yang baru dibelinya, berhenti. Masih tidak habis lagikah permasalahan semalam, walaupun dia sudah menerangkan siapa Nia itu sebenarnya? Mengapa abangnya masih lagi bertanya mengenai gadis itu?

"Sejak minggu kedua adik masuk belajar dulu. Kira-kira dah lebih tujuh tahun jugaklah. Why do you seem so concern? Takkanlah pasal semalam tu tak habis lagi. Adik dah explain semuanya, kan?" Berkerut dahi Hadi cuba mendapatkan kepastian. Kadang-kadang tindakan dan tingkah laku abangnya memang sukar difahami.

"I just want to know her. Dalam rumah tu, abanglah orang yang paling tak kenal dia. Nanti mama kata abang ni tak ada effort nak kenal anak angkat kesayangannya tu." Agak-agak alasan tu cukup kuat tak untuk yakinkan adik aku ni? Aku tahu dia mesti pelik aku tanya macam-macam pasal budak perempuan tu. Tapi, ini untuk kebaikan semua orang. Hati aku pun rasa macam tak tenteram je kalau tak ambil tahu.

Dalam mahu tidak mahu, Hadi memulakan ceritanya. Dari hari pertama dia dan Nia mula berkenalan hinggalah ke hari ini. Semuanya diceritakan tanpa ada yang tertinggal. Termasuklah cerita rekaan Nia yang didengarinya kelmarin. Haqiem di hadapannya kelihatan mendengar dengan tekun.

Nampaknya Hadi masih belum tahu perasaan sebenar Nia kepadanya. Atau mungkinkah Hadi sudah mengetahuinya namun sengaja disembunyikan demi menjaga nama kawan baiknya itu? Namun, dari apa yang dilihatnya, besar kemungkinan yang Hadi masih belum tahu. Patutkah dia bertanya? Atau sekadar membiarkan sahaja persoalannya berlalu?

"Selama berkawan ni, takkan tak ada perasaan lebih dari kawan? Maybe, rindu bila dia tak ada?" Haqiem cuba menguji dengan soalan. Melihat Hadi yang hanya diam memandang minumannya, Haqiem tahu soalannya sedikit menjerat.

"Lepas Nia kerja di Korea, timbullah jugak rasa sunyi. Tapi rasanya, perasaan tu semua sebab dia selalu ada. So, bila Nia tiada, rasa kosong sikit. Tapi, untuk pengetahuan abang, dialah orang yang bertanggungjawab menyatukan Arif Hadi dengan Syazwani." Senyuman Hadi melebar.

"Dua tahun selepas dia pindah sana, adik ada pergi melawat dia. Kebetulan masa tu, Wanie pun melawat dia juga. Masa tu, adik belum kenal Wanie betul-betul lagi. Cuma tahu yang dia junior setahun bidang yang sama dengan adik. Bila jumpa kat majlis ulangtahun Wira Corporation setahun yang lepas, baru adik mula rapat dengan dia. Perangai dia yang lebih kurang macam Nia, buat adik selesa sangat dengan dia." Hadi menyambung apabila melihat abangnya hanya mendengar dengan tekun.

Cerita yang selama ini hanya dia dan Wanie yang tahu diceritakan kepada abangnya dengan rela hati. Bukannya rahsia besar yang perlu disimpan selamanya. Cuma, selama ini, tiada siapa yang pernah bertanya.

"Maksudnya, adik suka Wanie sebab perangainya sama dengan Nia? Bukankah maksudnya adik suka Nia?" Haqiem menyoal, cuba menjerat dalam diam. Hadi menggeleng. Riak wajahnya yakin.

"I thought exactly the same thing three months after we got together. Tapi lepas tu adik sedar, adik sukakan Wanie sebab Wanie sendiri. Bukan sebab Nia atau orang lain. Sikap mereka mungkin lebih kurang sama, tapi masing-masing ada keunikan tersendiri. Bila abang dah kenal Nia lama sikit nanti,you'll know what I mean." Haqiem hanya mengangguk kecil. Mungkin ada betulnya kata-kata Hadi. Dia masih belum betul mengenali gadis yang kini anak angkat mamanya.

"Sebenarnya, abang ada hal apa dengan Nia?" Masanya untuk dia pula menjerat Haqiem. Berkerut dahi Haqiem cuba mencerna maksud di sebalik soalan Hadi. Tadi aku, sekarang giliran dia pula yang menyoal?

"Tak ada apa pun. Kenapa tanya macam tu?" Lambat-lambat dia menyedut teh ais kegemarannya. Raut wajahnya ditahan dari menunjukkan sebarang riak.

"Adik dah perasan dari masa sarapan tadi yang abang curi-curi tengok Nia. Macam tadi tu bukan pertemuan pertama abang dengan dia." Kening kanannya diangkat tinggi. Berbual dengan abangnya yang seorang ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Kalah mahu menjawab peperiksaan lagi susahnya.

"Memanglah bukan. Dah lupa ke? The mall?" Sengaja dia menekan suaranya saat menyebut perkataan mall.

Melihat riak wajah Hadi yang berubah, Haqiem mengeluh kecil di dalam hatinya. Kenyataan yang Hadi luahkan bukanlah tekaan yang boleh dibidas tidak kena cara. Mungkin boleh mengundang kepada perkara lain yang sepatutnya menjadi rahsia. Biarpun pada dasarnya, dia masih belum betul mengenali Nia, biarlah maruah gadis itu kekal terjaga.

"Bukan itu. Maksud adik, duduk semeja, bercakap, bersembang. Ada apa-apa rahsia yang perlu adik tahu?" Tubuhnya disandarkan pada kerusi, tanda dia bersedia mendengar sebarang masalah atau rahsia yang mungkin wujud antara kawan baik dan abangnya.

"Ada satu benda yang abang belajar masa kat London. Secrets are meant to be keep, not told." Haqiem terus bangun meninggalkan Hadi yang masih terpinga-pinga. Penggera di tangan ditekan lembut. Pintu kereta dibuka perlahan.

"Serius abang tak nak tidur kat rumah malam ni? Boleh je singgah rumah abang sekejap ambil barang." Hadi bertanya dari dalam restoran. Nasib baiklah meja yang mereka duduki tadi berada betul-betul di hadapan tempat letak kereta. Tidak perlu dia memalukan berteriak sekadar mahu bertanya soalan yang sudah pasti jawapannya.

"Serius. Lagipun petang ni abang dah janji nak jumpa Farah." Haqiem berdiri di celah pintu yang sudah dibuka.

"Untuk apa?" Dahi Hadi berkerut.

"Biasalah masalah orang bercinta." Haqiem mengangkat kening double jerk. Tangan kanannya diangkat tinggi dari dalam kereta, tanda mahu mengundurkan diri. Hadi hanya mengangguk sebelum membalas dengan gerak tubuh yang sama.

"Dan aku yakin ada orang akan lebih gembira kalau aku tiada dalam rumah agam tu." Perlahan suara Haqiem bermonolog. Pedal minyak ditekan lebih dalam. Nissan Murano berwarna merah darah itu mula bergerak lebih laju dari sebelumnya.


[LIRIK] Urusan Hati - Sarah Fazny (OST Urusan Hati Cik Drama Queen)

Lirik Urusan Hati Sarah Fazny OST Urusan Hati Cik Drama Queen Lirik Urusan Hati Sarah Fazny OST Urusan Hati Cik Drama Queen

Lirik Urusan Hati - Sarah Fazny

OST Urusan Hati Cik Drama Queen


Sumber Gambar : Google

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Di mana dia kekasihku
Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Puas sudah aku mencuba
Mengharap datangnya cinta
Yang membuat aku bahagia
Dia yang selalu aku puja
Rupanya hanya berpura-pura
Mencintai diriku

Walaupun berkali
Hati disakiti
Namun aku tak mungkin
kan berputus asa
Percayalah jaga itu
ada pada urusan hati
Tuhan bawa dia kepadaku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia
Akan ku tunggu kekasih hati
Hadirmu terus mendakapku

Ku sulam angan perih indah
Untuk nikmati erti bahagia
Ku pasti nanti akan ku temui
Dia yang benar mencintaiku
Dan menyayangiku sepenuh hati

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Di mana dia kekasihku
Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Engkau ku mahu
Pasti ketemu
Di mana dia kekasihku
Cinta ku cari
Datang dan pergi
Hadirmu terus mendakapku

Hadirmu terus memelukku

Kebaikan Chia Seeds

Tengah syok berangan membuat flower bouquet, tiba-tiba group Whatsapp sekolah berbunyi. Macam biasalah. Mya yang tak sibuk ni telah pun menyibukkan diri untuk ambil tahu. Oh, pasal chia seeds rupanya! Kawan ni nak cari kedai yang ada jual grains ni kat kedai-kedai biasa sekitar Ipoh. Mya memang tak dapatlah nak menjawabnya sebab tak pernah consume pun. Tapi, ramai juga rupanya antara kawan Mya yang makan chia seeds ni.

Kebaikan Chia Seeds | Sumber Gambar : Google

Kebaikan Chia Seeds


Rupa-rupanya, chia seeds ni bagus untuk orang yang nak kurangkan berat badan. Memang boleh dikira sebagai pilihan terbaik untuk orang yang nak kuruskan badan. Dari experience kawan-kawan Mya yang dah biasa consume chia seeds ni, mereka kata selera makan jadi lebih terkawal. Which mean, makan sikit pun dah kenyang. So, Mya cuba cari ciri sebenar chia seeds ni dengan bantuan PakCik Google. Barulah Mya tahu yang chia seeds ni mengandungi serat, protein dan macam-macam lagi khasiat lain.

Patutlah Mya tengok kawan-kawan ni macam semakin bertenaga dan sihat. Dah ada anak pun macam anak dara lagi. Nampak muda bergetah lagi. Yang paling best, mereka kata chia seeds ni boleh membuatkan muka nampak muda sentiasa. Sebab dalam chia seed ni ada antioxidant tau. Jadi, dia akan cepatkan proses pulihkan kulit dan lambatkan penuaan. Barulah muda babyface sentiasa.

Ada juga yang amalkan chia seeds ni sebab nak elak dari kanser. Kononnya chia seeds ni akan membunuh sel kanser, without mengganggu sel normallah. Tapi yang buat Mya tertarik pasal chia seeds ni adalah dia bantu rawat sakit diabetes. Well, as most of us know, diabetes dan obesiti masalah nombor satu kat Malaysia. So, setidaknya kita dah jumpa salah satu penawar kepada masalah tu, kan?

Anyway, bila dengar ramai yang puji kebaikan dan manfaat chia seeds ni, mulalah Mya pun rasa nak mencuba. Nampak gayanya esok bolehlah pergi jelajah AEON Mall tu cari chia seeds.

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 5

NIA MELANGKAH perlahan-lahan menuruni tangga. Perutnya entah kenapa terasa lapar pula di tengah-tengah malam begini. Mungkin kerana tadi dia lebih banyak termenung daripada menjamah makanan. Entah kenapa suara Haqiem asyik bermain di gegendang telinganya. Eh, lagaknya sudah seperti orang angau! Yang dikejar pun masih belum dapat lagi. Berangankan yang muncul mbagai angin lalu.

Perlahan pintu peti ais dibuka, takut didengari oleh penghuni rumah agam itu. Matanya laju meneliti segala jenis sayuran yang masih berbaki. Dicapai sawi dan taugeh yang diletakkan bersebelahan. Bawang di kabinet bawah diambil sekadar perlu sahaja. Langkahnya berjengket antara dapur ke sinki. Pergerakannya dalam menyediakan bahan masakan juga perlahan saja. Nasib baik ada maggi dalam simpanannya. Bolehlah dia menjamah maggi goreng ala-kadar seperti yang selalu dimasaknya di Korea. Tetapi, rimas pula rasanya bila pergerakannya dibatasi dengan rasa berhati-hati. Dah macam pencuri pulak aku ni, bisik hati Nia.

Baru sahaja dia hendak duduk dan menjamah masakannya, telefon bimbit di dalam poket seluarnya berbunyi. Hanya beberapa orang yang ada menyimpan nombor barunya. Tetapi, siapa sajalah yang hendak menelefon di tengah malam begini? Butang hijau laju diheret, enggan bunyi berlarutan. Bimbang ada yang tersedar.

"Hello."

"Nia, aku ni. Rai." Suara di hujung talian sebelah sana kedengaran girang. Mungkin kerana taliannya bersambung seperti diharapkan.

"Rai? Raihana?" Nia cuba memastikan walaupun memang hanya seorang sahaja teman baiknya yang dipanggil Rai. Telefon dibawa jauh dari telinga. Nombor pada skrin jelas tidak dikenalinya.

"Rai mana lagi? Ke kau balik Malaysia dah dapat kawan lain nama Rai jugak?" Raihana cuba bercanda dalam nada suara yang serius. Dia tahu Nia keliru. Mana tidaknya? Sudahlah menelefon di tengah malam, dengan nombor telefon asing pula.

"Ya Allah, Rai. Kau ni buat terkejut aku je. Ni nombor siapa ni? Apa hal yang kau telefon aku tengah-tengah malam ni? Dah pukul 1 kan sekarang ni?" Nia menggeleng sendiri. Memang confirm ini Rai. Dia je yang suka buat kerja gila macam ni. Risau andai perbualannya boleh didengari, Nia menukar tempat ke bilik rehat di sebelah ruang makan.

"Aku tau kau belum tidur. Aku pulak tak boleh tidur. Alang-alang teringat, baik aku call kau. Nak bagitahu yang aku dah tukar nombor telefon je. Telefon aku yang lama hilang."

"Konon. Kalau rindu, cakap je. Aku faham. Walaupun baru beberapa hari je aku balik Malaysia ni kan?" Giliran Nia pula mengusik. memang dia gemar menyakat Rai. Rindu pula dia melihat pipi Rai yang memerah setiap kali nama teman sekerja mereka disebut. Cinta dalam hati katanya.

"Langsung tak. Eh, terlanjur bersembang. Hadi macam mana? Kau ada jumpa dia tak?" Soalan Raihana membuatkan kata-kata Nia mati. Begitu juga reaksi wajahnya. Diceritakan semula semua yang berlaku dari saat dia menjejakkan kaki di KLIA hingga ke malam ini. Cerita tentang dia yang mula rasa kurang yakin juga turut disampaikan dalam nada yang mendatar. Berpintal hujung langsir dek digulung Nia dengan hujung jari.

"Habis tu, sekarang kau nak buat apa? Balik sini balik? Okey jugak. Mr. Yoon asyik tanya je kalau-kalau kau nak masuk kerja balik. Aku tak bagitahu dia lagi pun yang kau dah balik Malaysia." Rai cuba mencuri hati Nia agar kembali semula ke Korea. Ramai yang bertanya hingga penat Rai mahu menjawab.

"Pasal masuk kerja or balik Korea balik tu, nantilah aku fikir-fikirkan. Aku kan pekerja kesayangan dia. Masa aku hantar resignation letter hari tu pun, muka dah pucat semacam. Tapi, pasal Hadi, aku rasa aku nak teruskan jugak niat aku tawan hati dia. Aku rasa aku masih ada can. Wanie pun cakap yang Hadi selalu sebut nama aku. Maybe ada ruang untuk aku. Siapa tahu, kan?" Nia merenung langit hitam disebalik jendela. Harapannya mungkin nampak sia-sia, tapi dia tidak akan berhenti mencuba.

Perbualan telefon dua gadis itu berterusan lagi dengan Rai berulang kali mengingatkan yang dia tidak sesekali bersetuju dengan idea tidak masuk akal Nia. Kerja gila namanya nak memutuskan tali pertunangan antara dua orang yang tengah asyik bercinta. Ingat ini drama Melayu petang-petang yang selalu adiknya ceritakan di dalam Facebook Messenger tu ke ?

"Okeylah Nia. Aku mengantuk ni. Kau pun pergilah makan. Kelaparan katanya, ya?" Ketawa Raihana bergema lagi. Pun begitu, dia kagum dengan metabolisma badan Nia yang nyata terlalu aktif. Makan banyak pun badan masih kekal begitu juga.

Panggilan jarak jauh itu dimatikan. Lega bila dia sudah meluahkan apa yang dirasanya kepada seseorang. Tidaklah hanya terbeban sendiri. Nia memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket. Waktu untuk makan!

"Apa tujuan kau sebenarnya?" Satu suara menyapa saat Nia menoleh mahu keluar dari bilik rehat itu. Langkahnya mati.


BOSAN DENGAN KARENAH Kyra yang tidak jemu menganggunya, Haqiem membawa dirinya keluar dari rumah. Kalau dah sampai datang rumah bujang yang didudukinya dengan Rafiq, itu memang melampau. Apatah pula ketika dia sedang bersendirian di rumah. Sebelum jadi benda-benda yang tak diingini, lebih baik dia keluar.

Lama dia bersendirian menghabiskan masa di mall. Hingga tamat waktu perniagaan. Entah ke mana pula hendak dituju tengah-tengah malam begini. Dia bukan jenis menjengah kelab malam atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Dia sudah bosan ke tempat-tempat begitu sebenarnya. Walaupun cuma untuk menjemput kawan-kawan serumahnya yang hanyut dengan hasutan Syaitan untuk meneguk air haram itu.

Akhirnya, dia buat keputusan untuk pulang ke rumah Mama. Satu-satunya tempat paling selamat. Itupun kerana Kyra takutkan Puan Sri Azizah yang pernah menengkingnya kerana membuat kacau di pejabat. Rafiq pun baru sahaja menghantar mesej memberitahu yang Kyra masih belum beredar dan hanya menunggu di dalam keretanya di hadapan rumah.

Baru sahaja hendak menaiki tangga, perutnya berlagu tidak tertahan. Hendak lari dari Kyra, dia lupa hendak mengisi perutnya. Niatnya untuk terus naik ke bilik dibatalkan. Langkahnya terus ditukar mengarah ke dapur. Peti ais dibuka perlahan. Nampaknya lauk makan malam tadi tiada berbaki. Menyesal pula tidak turut serta mkan sekali. Kononnya si Rafiq ajak lepak bersama. Alih-alih, dia ditinggalkan sendirian di rumah. Ada meeting dengan klien konon. Macamlah tak kenal.

Maggi goreng? Macam sedap. Siapa punya ni? Aku tak nampak sesiapa pun. Takkanlah dihidang untuk aku? Tak cakap kat sesiapa pun yang aku nak balik malam ni. Ini memang dah macam lapar disorongkan maggi goreng ni. Rasa-rasa ada orang punya tak? Okey, kita tunggu lagi lima minit. Kalau tak ada, kira halal jelah, ya?

Dan akhirnya, maggi goreng yang tadinya berada di atas meja, selamat berada di dalam perut Haqiem. Walaupun tidak tahu siapa yang empunya, tapi hatinya tetap hendak memuji masakan yang datang tepat pada waktu dia lapar itu. Langkahnya diatur ke peti ais semula.

"Pasal masuk kerja or balik Korea balik tu, nantilah aku fikir-fikirkan. Aku kan pekerja kesayangan dia. Masa aku hantar resignation letter hari tu pun, muka dah pucat semacam. Tapi, pasal Hadi, aku rasa aku nak teruskan jugak niat aku tawan hati dia. Aku rasa aku masih ada can. Wanie pun cakap yang Hadi selalu sebut nama aku. Maybe ada ruang untuk aku. Siapa tahu, kan?"

Haqiem mengintai ke dalam bilik rehat. Gadis bertudung merah jambu itu jelas tidak sedar akan kehadirannya. Mahu sahaja dia terus beredar sebelum kewujudannya disedari. Namun, mendengar nama Hadi disebut, niatnya terhenti. Perbualan tetamu misteri di telefon didengari hingga ke penghujungnya.

"Apa tujuan kau sebenarnya?" Si gadis yang baru habis berbual jelas terkejut dengan kehadirannya. Riak wajahnya cemas. Haqiem melangkah merapati Nia yang mula mengundur menjauhkan diri. Tetapi, langkahnya tersekat dek dinding yang berada di belakang tubuhnya. Walaupun tunduk, dia dapat merasa renungan Haqiem yang tajam kepadanya. Mesti mamat ni dah dengar semuanya. Matilah aku.

"We need to talk. But, not here." Perlahan suara Haqiem berbisik, keras. Arahan, bukan permintaan. Nia hanya mengangguk halus sebelum Haqiem meninggalkan dia sendirian di dalam bilik yang hanya dimasuki sejalur cahaya dari lampu dapur yang dipasangnya tadi. Langkahnya kemudian diatur mengekori Haqiem menuju ke meja makan.

"Apa tujuan awak sebenarnya?" Soalan yang sama diulang sekali lagi sebaik duduknya dilabuhkan. Suaranya masih ditahan dari didengari oleh orang lain. Terutamanya Mama dan Hadi. Biarlah dia cuba menyelesaikan masalah ini sendiri. Dari bicara Hadi, Haqiem tahu mamanya terlalu sayangkan gadis yang masih belum diketahui namanya ini.

"Saya tahu, mesti encik akan salah faham kalau encik dah dengar semua isi phone conversation saya dengan kawan saya tadi. Tapi, saya nak encik tahu satu benda. Saya ikhlas berada dalam keluarga ni. Cuma saya tak boleh tipu hati saya. Saya sayangkan Hadi lebih dari seorang kawan baik." Nia cuba menegakkan dirinya. Lebih senang jika dibiasakan memanggil dengan panggilan 'Encik'. Situasinya tika ini umpama ditangkap sedang makan gaji buta oleh bos sendiri.

"And the talk about separating Hadi and Wanie?"

"Cuma angan dan omong kosong. Saya sedar yang Hadi betul-betul cintakan Wanie. Tapi, saya perlukan masa untuk terima semua ini. Saya harap encik faham dan tolong simpan rahsia ni dari Mama dan Hadi." Harap-harap mamat depan aku ni percayalah apa yang aku cakap ni. Tapi, kalau aku sendiri pun macam susah nak percaya. Membongak je perempuan ni.

"Apa yang saya akan dapat?" Haqiem tiba-tiba berdiri. Nia menelan liurnya, kasar. Apa yang dia nak ni? Aku ni sah-sahlah tak ada apa-apa. Tapi, betul juga. Buat apa dia nak simpan rahsia aku kalau tak ada kelebihan untuk dia. Sia-sia.

"Apa awak nak bagi pada saya?" Haqiem mengulang soalannya. Wajah serba salah Nia mengundang geli hati. Tetapi, ditahan dari terpamer jelas di wajahnya. Gadis seperti Nia perlu diajar untuk menghormati hubungan orang lain. Bukan bercita-cita menghancurkan.

"Saya... saya..."

"Then, I can't promise." Haqiem terus berlalu naik ke biliknya. Perut sudah kenyang, mata sudah mengantuk, jawapan sudah ditemui. Boleh tidur dengan lena. Esok pun cuti lagi. Walaupun rasa bersalah kerana menghabiskan makanan Nia, hatinya keras mengatakan Nia melakukan kesalahan yang lebih berat. Akhirnya, Nia ditinggalkan sendirian di dapur.


[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 4

HADI MENJENGUKKAN KEPALANYA. Bayang tubuh abangnya dicari seluruh pelusuk rumah. Keretanya ada, orangnya tiada. Padahal tadi, dialah orangnya yang kelam-kabut meminta Hadi segera pulang kerana mahu berbincang mengenai sesuatu. Nada suaranya tadi kedengaran serius. Mak Timah yang perasan perlakuan Hadi rajin bertanya.

"Kamu cari siapa, Hadi? Terjenguk-jenguk macam burung unta."

"Ada ke patut burung unta Mak Timah samakan dengan saya? Abang mana abang? Tadi abang yang suruh Hadi balik cepat ni. Sampai Nia pun terpaksa Hadi tinggalkan dengan Wanie. Nak cepat punya pasal." Sepenuh hati Hadi bercerita. Ditambah dengan pula dengan riak wajah yang seakan-akan sedih. Mak Timah hanya melayan perangai anak bongsu Puan Sri Azizah yang sememangnya kuat berdrama itu.

"Abang ada di belakang, dengan Lutfi. Mama suruh dia betulkan pasu bunga yang tumbang tu. Kalau suruh Hadi, entah bilalah pokok tu nak tegak balik?" Mak Timah terus berlalu. Hadi menggaru kepala yang tidak gatal. Sindiran Mak Timah langsung tidak mencalar hatinya. Dia tahu wanita itu hanya bergurau.

Pintu belakang rumah yang tertutup rapat dikuak perlahan. Dua orang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya sedang elok duduk di tepi rumah dengan peluh yang merenik lebat di dahi. Rasanya pasu yang tumbang satu sahaja. Tetapi, dua manusia ini berpeluh macam mengangkat batang balak di hutan.

"Tadi hujan ke? Lencun ni." Botol berisi air mineral sejuk yang baru dihulur Mak Timah disua kepada Haqiem dan Lutfi yang memandangnya tajam. Orang lain yang asalnya disuruh untuk buat kerja, orang lain yang end up buat kerja. Lepas tu buat-buat tanya. Aku cepuk jugak budak ni karang. Pandangan Haqiem kian tajam.

"Ala, rilekslah big brother. Kita adik-beradik kena saling tolong menolong." Hadi memautkan lengannya pada bahu Haqiem yang baru berdiri. Haqiem laju menepis. Tengah panas ni, dia main paut-paut pulak. Ada yang dinner makan siku kejap lagi.

Duduknya dilabuhkan di atas sofa antik mama dari Bali yang dibeli lima tahun lalu. Tujuan asalnya pulang ke rumah agam ini kembali terlintas di benak fikiran. Wajah adiknya direnung lama. Ah, lupakan dulu panas badan ni! Sekarang ini, biar dia meredakan panas di hati terlebih dahulu. Dia yakin adiknya bukan orang sebegitu. Tetapi, mengingatkan semula babak tengah hari tadi, dia jadi tidak keruan.

"Kau pergi mana tadi?" Suara Haqiem mendatar.

"Shopping barang kahwin. Abang nak tanya soalan yang sama berapa kali ni?" Hadi laju menjawab. Pandangan Haqiem yang tepat ke arahnya dibalas. Hairan sebenarnya dengan lagak Haqiem yang bagai ada yang tidak kena. Sudah kali kedua soalan yang sama diajukan kepadanya. Sekali semasa Haqiem menelefonnya semasa dia bersama Syazwani dan Nia di Bangsar tadi.

"Baik kau jawab betul-betul. Kau pergi beli barang kahwin atau kau pergi menggatal dengan perempuan lain?" Terbeliak mata Hadi mendengar soalan abangnya yang kedengaran janggal. Abang ni abang kandung aku ke abang kandung Wanie ni? Soalan pun bunyi macam isteri pertama yang tengah cemburu suaminya keluar tengah malam.

"Back up a second. Ini ada salah kefahaman ni." Pandangan Haqiem masih mencerlung. Hadi membetulkan duduknya. Kekeliruan mengenai dia, Nia dan Syazwani dirungkai dalam nafas yang panjang. Ayatnya diatur satu persatu agar abangnya memahami plot cerita yang sebenarnya. Kekalutan itu tidak seharusnya ada jika Haqiem memahami watak sebenar Nia dalam perjalanan cerita hidup mereka sekeluarga.

"Jadi, begitulah ceritanya. Abang ni paranoid sangat."

Ini bukan kisah mengenai betapa paranoidnya Haqiem apabila lelaki didampingi dua wanita pada satu masa yang sama. Ini bukan juga kisah Haqiem mahu mengongkong hidup Hadi atau betapa dia menyayangi Syazwani sebagai bakal adik iparnya. Tetapi, dia tidak mahu mana-mana wanita yang dekat dengannya merasa peritnya ditinggalkan lelaki yang sudah berubah hati.

Dia lelaki. Dia juga tahu bagaimana nikmatnya bila dikelilingi wanita. Dia juga boleh berbuat begitu. Dia punya rupa, harta dan pangkat seperti yang digilai wanita pisau cukur di luar sana. Namun, apabila teringatkan air mata mama yang jatuh demi seorang lelaki yang tidak setia lapan belas tahun dulu, dia tekad. Hatinya hanya buat seorang wanita sahaja hingga ke hujung nyawa. Dan dia masih mencari.

"Kau tahu kenapa abang jadi macam ni. Abang bukan nak paranoid ke apa ke." Haqiem bingkas. Langkahnya diatur ke arah tingkap. Hadi mengekor dengan anak mata. Wah, macam dalam drama pulak! Asal kecewa je, mulalah berpeluk tubuh di depan tingkap. Ingat ni lagu Joe Flizzow ke? Merenung ke luar jendela... Hadi mengutuk dalam hati.

"Abang, dahlah tu. Even mama pun dah maafkan papa."

"Never. No. Abang ingat lagi air mata mama yang jatuh untuk lelaki tu."

"Adik bukan nak sebelahi dia. Tapi, papa pun dah tak ada. Jangan sebab kita, tak aman arwah kat alam sana. Kita sebagai anak, kena doakan dia." Tubuh Haqiem yang masih membelakanginya dipandang lama. Bukan berniat mahu memberi syarahan. Hadi sedar, dia dalam rumah ini, dialah yang paling muda. Tetapi, bila emosi mula menguasai, rasional pun mula hilang entah ke mana.

"Walau bagaimana sekalipun, abang kena ingat. We are his living legacies and we cannot change that fact."


NIA MENUANGKAN lauk ikan masak tiga rasa kegemarannya yang dimasak Mak Timah ke atas pinggan besar berhati-hati. Langsung tidak dibazirkan sedikit pun di dalam kuali. Sejak pulang dengan Syazwani tadi dia sudah terhidu bau masakan itu. Laju dihantar adik angkatnya itu ke bilik tidur. Baru sahaja dia mahu mengangkatnya, Mak Timah muncul di pintu dapur. Mata sepet Mak Timah mengecil memandang Nia tersenyum sumbing kepadanya.

"Kan Mak Timah dah cakap banyak kali pada Nia. Kerja-kerja dapur, kerja-kerja rumah, biar Mak Timah buat. Duduk je kat depan tu sementara Mak Timah siapkan meja. Ini baru je Mak Timah tinggalkan dapur sekejap, dia mula gatal tangan."

"Ala, Mak Timah. Nia bukannya buat apa pun. Geram pulak tengok lauk tiga rasa ni. Tu yang Nia tolong tu. Bagi cepat sikit boleh makan. Lagipun, kalau Nia tak buat kerja, rasa macam mengada-ngada sangat. Nia bukannya VVIP guest pun dalam rumah ni. Menumpang je. Jadi, kenalah buat cara orang menumpang. Buat kerja apa yang patut."

Mak Timah langsung terdiam mendengar kata-kata Nia. Bukan sengaja dia berkeras melarang, tetapi itu arahan daripada Puan Sri Azizah sendiri. Mahu tak mahu, dia kena menurut. Majikannya itu memang sayang sangat pada anak angkatnya yang seorang ini. Seperti dia menyayangi dua anak lelakinya.

"Tak apa. Yang lain ni biar Mak Timah buat. Nia tolong panggil yang lain turun kat bilik. Rasanya semua dah siap solat Maghrib." Nia mengisyaratkan 'okey' dengan tiga jari. 
Kakinya laju memanjat anak tangga. Entah mana silapnya, nyaris dia terjatuh ke belakang. Namun tangannya sempat ditarik oleh seseorang dari atas. Tubuhnya tegak semula tanpa sedar. Pun begitu, genggamannya pada tangan yang membantu masih lagi kuat dalam mata yang terpejam.

"Are you okay?"

Mendengar suara yang membantunya adalah lelaki, laju Nia menarik tangan. Kepalanya masih tidak diangkat. Tiba-tiba terasa malu pula. Hadi ke? Tetapi, suaranya berbeza. Slang Inggerisnya kedengaran pekat sedikit.

"Kak Nia."

Syazwani menjengulkan kepalanya di celah bukaan pintu. Dilihat kakak angkat dan bakal abang iparnya hanya berdiri pegun di tangga. Lelaki itu kemudiannya tersenyum memandang Syazwani yang jelas hairan dengan kedudukannya kini. Dia terus turun dan keluar dari rumah. Hanya deruman Nissan Murano yang sedang meninggalkan halaman rumah sahaja yang kedengaran.

"Kak Nia."

Mata yang tadinya memandang gerak langkah lelaki yang telah membantunya kini dialih kepada Syazwani yang masih lagi berdiri di sebalik pintu. Malu pula rasanya bila Syazwani menangkapnya merenung lelaki yang tidak dikenalinya.

"Kak Nia dengan Abang Haqiem buat apa tadi kat tangga?" Syazwani bertanya bersahaja. Nia hanya menggeleng. Eh?

"Abang Haqiem? Nia kenal lelaki tu?" Kenapa aku tak kenal? Hati Nia berbisik kecil.

"Mestilah kenal. Itulah abang kepada Abang Hadi. Takkanlah orang sembarangan pulak." Soalan Nia terasa asing. Kakak angkatnya itu nampak gayanya masih belum mengenali Haqiem walaupun dia yang terlebih dahulu rapat dengan keluarga tunangnya itu.

Nia menggaru kepala yang berbalut tudung. Betul jugak. Ini bukan hotel yang boleh senang-senang dimasuki sesiapa. Semestinya berkait rapat dengan keluarga Puan Sri Azizah. Mahu sahaja Nia mengetuk kepalanya yang tidak berfikir sebelum berkata-kata. Kan sudah malu sendiri.

Nia laju mengalihkan perhatian Syazwani dengan mengajak gadis itu makan malam. Pintu bilik Puan Sri Azizah diketuk kemudiannya. Lembut suara tua itu meminta mereka turun dahulu kerana dia hendak menunggu Hadi yang masih belum keluar dari bilik. Nia dan Syazwani hanya menurut.

"Please be careful next time. I'm not always there for you." Perlahan bisik Haqiem kepadanya tadi jelas terngiang-ngiang di telinga. Nasi di dalam pinggan dikais-kais dengan hujung jari. Perbualan antara Puan Sri Azizah dan Syazwani yang tadinya rancak jadi terhenti apa bila melihat Hadi yang ralit memandang Nia yang tidak bergerak.

"Kenapa, Nia? Ada yang tak kena ke dengan nasi tu? Bukan ni lauk favorite kau ke? Kenapa tak makan? Dok kais-kais je dari tadi." Hadi meringankan mulut bertanya. Pandangan mereka bertiga kini bertumpu kepada Nia yang masih tunduk.

"Nia!"

Nia mengangkat wajahnya. Pandangan Puan Sri Azizah yang duduk bertentangan, tepat ke arahnya. Hadi dan Syazwani juga. Nia hanya diam. Tahu yang dia terlanjur termenung di meja makan.

Hadi mula dipamit rasa bimbang. Mungkinkah Nia masih diganggu peristiwa yang terjadi di mall tengah hari tadi? Kalaulah perkara itu terlepas ke pengetahuan mama, pasti panjang leteran wanita itu. Sudahlah tadi, abangnya sendiri tersalah faham. Mujur ianya sudah diselesaikan. Kepada Haqiem, diminta agar kejadian ragut tadi dirahsiakan dari Puan Sri Azizah.

"Kak Nia sejak jumpa Abang Haqiem tadi asyik termenung je." Syazwani tiba-tiba bersuara. Nia kembali menunduk. Bukan Syazwani tidak perasan. Sementara menunggu Puan Sri Azizah dan Hadi turun pun Nia sempat termenung. Tetapi dikejutkan oleh suara Hadi yang baru muncul dari dapur. Syazwani sendiri jadi ralit memerhati Nia hingga tak sedar Hadi sudah turun ke dapur.

"Nia dah jumpa Haqiem? Tak sempat Mama nak properly introduce kat Nia." Puan Sri Azizah mengeluh kecil. Nia mengangguk kecil. Hadi hanya tersenyum sumbing. Anak mama tu dah jumpa anak angkat mama ni dua kali hari ni, getus hati kecil Hadi. Dipandang Nia yang masih tunduk. Tak tahulah Nia ni cam Abang atau tak pagi tadi, sambung bisik hati Hadi.